January 25, 2011


Kemahiran Insaniah..

salah 1 topik nya tentang masa..
pastu kaitkan pulak dengan umur ( ni yg aku sensitif)..
buat2 tak sedar umur dah 22.
22 tahun katanya..
layak sgt dah pegi mengundi..bangga le tu..
tak ada maknanya.
dulu masa kecik2, teringin nak jadi dewasa.
kat sekolah cikgu asyik tanya je
" dah beso nak jadi ape? "

" polis"

"askar"

"doktor"

huh..masing2 pakat kabo cita2.
ingat senang gamaknya..
cita2 nak bergaji beso je..
tapi budak dulu2 muka suci (zaman aku)..
zaman sekarang cuba tanya cita2..

" masuk akademi fantasia macam Mawi "

apa ko ingat suara ko tu sedap sangat.

kutuk dek Adlin Aman Ramli tak memasal je..
makan dalam tu..

dulu dah tak sabar nak kerja..
nak berdikari..
ada duit sendiri..
boleh bercinta2..
boleh pergi mana2..mak tak marah..
tak sedar masa cepat je berubah..
perasan tak sejak bila kita mula menjadi dewasa??
mesti tak perasan..
kalau dulu kita baca buku kartun je
sekarang dah layan Mangga..

dulu main kawin2 je, letak bunga raya tepi telinga
calit2 mekap mak..
biru,kuning,hijau..
ingatkan cantik..sekali macam bapok dah...
* koma*
sekarang ni dah nak kawin betul2..
tak main2 macam dulu dah..
tak sedar dah besar rupanya.

teringat dulu cikgu suruh buat karangan 'aku sebuah kerusi'
tu yg paling best, create cerita sendiri..
macam2 la. kesian kerusi jadi mangsa.
tp sekarang tak dah.
baru tadi aku submit assignment business...
" business ethics"
tak ada maknanya dah aku sebuah kerusi..
nak best lagi dulu masa tadika cikgu siap bagi vitamin..
perisa oren..

best betul jadi budak kecik (pulak dah)
dulu dah tak sesabar nak beso
sekarang nak jadi budak kecik balik pulak
konfius aku.

ada ke org yg memang asyik kira umur je..
hari2 dok mengira umur..
tumpo..
mesti semua orang pun macam tak perasan..
cuba duduk depan cermin..
pandang diri sendiri atas bawah
ada yg berubah kan? (agak sensitif soalan ni)
perubahan tu pun kita tak sedar
yg kita tahu tiap tahun umur bertambah bila ada orang bagi kita hadiah

" selamat hari jadi"

tu pun dapat kotak pensel hello kitty je.
budak sekarang ni tu dia..
ambik ko..
dapat henpon sebijik..
tak ke mewah tu..
menangis aku..

lagi bape tahun bertambah lagi umur..
sekarang ni bila dah besar,
baru tahu yg orang dewasa sebenar nya tak seseronok budak2..
lagi banyak masalah..
lagi banyak tanggungjawab...
banyak assignment..
semuanya banyak..banyak..banyak dan banyak..
tak boleh ke kalau kita stop kan masa?

Doraemon kan ada..
pinjam la mesin masa dia tu..
lagi sekali aku konfius.
betul ke 22 ni?
tak matang sungguh!

No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal