February 21, 2011

mengutuk diri sendiri..terharu..

kenapa la sengal sangat aku ni ek..

" burung gagak makan kucing tak? "

ada ke patut soalan macam tu yg di tanya. kot ye pun tanye la kat luar pagar uitm tu ke. adui la, budak2 u zaman sekarang kan? kan? eh, mana boleh, buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan..buah cempedak je dok luar pagar. aku tak..

bak kata sorang ni la, tak ingat plak sape kan,

" universiti ni tempat belajar, tanya je apa2 soalan yg kamu tak paham. kalau orang dah pandai buat apa dia nak susah2 masuk universiti ni "

ha tengok..kan aku dah cakap, tak salah kalau bertanya. errrr....walaupun soalan tu soalan bodoh???

balik pada soalan tadi.. burung gagak makan kucing ke???

masa aku pergi joging kat tepi kolam, banyak sangat gagak.

"aak, aakk, aaakkkk"

bising plak tu. ( aku rasa kalau gagak tu bunyi eauk..eauk..eaukk..lagi cute miut kan?)

pastu ada pulak sekor kucing (bapak kucing kot, besar je ). risau aku takut gagak tu makan kucing tu. kesian kot. kucing tu tak bersalah.
tapi aku heran plak nape kucing tu dok tengah2 panas.motiff???..haissyhh...tu bukan masalah nya. masalahnyasekarang aku takut gagak tu makan bapak kucing tu..

" mana pulak gagak makan kucing "

huh! lega aku dengar jawapan tu. agak2 soalan tu masuk akal tak? aku konfius jadinya tak salah aku tanya kan? kan? so lepas ni tak ada la aku risau kalau tengok ada kucing jalan sorang2 dekat2 kolam tu..sorang????
lagipun ni salah satu bukti yang aku ni berjiwa lembut, sayangkan haiwan..kan? kan? nampak tak permainan aku ni? kan? nampak kan?

tadi aku lalu sebelah sorang budak ni..budak ke? senior kot. terdengar dia bercakap ngan kawan dia.


" haah. takpe2 ko guna la. bapak aku tiap2 bulan kasik duit untuk aku beli topap je, memang dia suh kongsi2 ngan kawan2 pun "

aku rasa macam penah dengar ayat tu. makan dalam tu..berbisa. agak2 macam dah femesss kan? rileks je dia gunakan bahasa macam tu kat khalayak ramai. ramai ke? ramai kot termasuk pakcik guard yg tiba2 ada kat mesin atm tu. kawan dia sengih2 je. tapi aku terpikir memang patut cakap macam tu lebih2 lagi pada orang yang asyik nak pinjam telepon orang lain. ramai kan macam ni, alasan kredit dah expired, bukan baru semalam topap ke? mesti ada orang macam ni kan? sengal2 ubi..

balik hostel plak dok dengaq depa dok cakap pasai kumpulan2 korea (pellliiissssss).super junior??? ensem? sori to say ok..macam gay je aku tengok. dah kuar loghat kedah entah mana aku dapat, konon nak cover la tu?
seriously, tang mana yg ensem tu? aku kalau tengok depa tu dah tak tau nak beza
kan laki ke pompuan.
betul aku tak tipu..pada pendapat aku depa tu bukan ensem tapi cantik..bulehhh???
ni kalau bebudak tu tau aku dok mengutuk lelaki pujaan depa kat blog ni, alamatnya kena kerat 14 la aku ni..yaa ampun..sori ye..but..every person ada their own opinion utk satu2 benda tu kan.
tapi memang betul la..i suka lelaki sejati je tau yang ada janggut kiut miut kat dagu...macam abang sayang. kan abang kan? kan? angguk jelah bang..
ok..titik.

let's talk about this blog plak. mula2 dulu aku tak terpikir nak tulis apa2 kat blog. aku lagi suka tulis dalam diari..jangan gelak!!
kalau ada orang tanya ada lagi tak orang zaman sekarang yang tulis diari ..jawab jelah ada. aku la tu..

dear diary,
i'm not feeling well today

wahai diari ku..
di satu pagi yang indah, aku berjalan2 sorang diri.

haha..ayat nak bunga je. dalam hati ada taman..
actually, aku takde lah sejiwang tu kan. tapi apa yang aku nak cakap ialah menulis diari tu adalah 1 kepuasan. kadang2 bila kita meluahkan sesuatu pada orang lain, tak semua orang boleh terima. paling kurang pun kena sumpah dalam hati.

" ek ala dia ni..tacing2 plak "
" ada aku kisah ke dia senyum ngan ko"
" perasan je dia ni "
" dia ingat aku ni kaunselor ke? "
" gaduh ngan balak je ngadu kat aku. tension tau tak "

tak semua orang boleh paham kita. bak kata pepatah..
kawan gembira bertukar ganti, kawan menangis sukar di cari..
kan??

aku tak nak cakap banyak walau pun dari tadi jari aku ni tak berhenti menari2 atas keyboard ni, aku cuma nak cakap. menulis diari adalah 1 kepuasan. lebih2 lagi kalau kita tulis pakai pen, ada diari sendiri, sorok bawah bantal.. pedulik la orang nak mengata aku ni tak up to date ke hapa ke, ade aku kacau hidup diorang? mesti lah takde. aku kan pemalu, penyenyap, pendiam, segala macam lagi.
bila diari terakhir aku dah habis..takde space lagi nak tulis, aku pun buat keputusan untuk catit sesuatu kat blog yang aku dah register ni. lagipun sebenarnya lari bajet nak kena beli diari baru plak dah. takpe la..balik pada asal, yang penting PUAS..




No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal