February 9, 2011

ustaz azam hamzah yg kelakar..



hadui la..

ustaz azam ni memang lawak..
satu topik nak habis berjam2..
mana tak nya..ada je topik lain yang terselit..
tp dia punya daya imaginasi yg sgt2 kreatif..
dari mula2 dia mengajar, byk idea2 positif yg dia kongsi..
antara yg sempat di catat..

1) terbang

" kamu bayang kan kalau kita dapat cipta satu jenis pakaian
yg boleh di isi gas. pastu kita boleh pakai dan terapung2 di udara,
mcm kat angkasa lepas. isipadu gas pulak boleh
ejas sampai dpt tampung berat badan "

masa ustaz cakap macam ni..dh tak tahan nak gelak.

" bayangkan kamu nak balik rumah tak payah nak naik
tangga batu caves tu. terapung2 je kat udara, macam berenang kat atas angin.. "


kalau la ade ciptaan macam ni, makin ramai la
budak2 yg malas nak naik tangga..
termasuk la aku..
alaaa..macam mana nak bersenam ni..huhu
agak2 nanti mungkin akan wujud jugak benda ni..
seronok jugak terapung kat udara..

2) tudung ber 'penghawa dingin


yang ni aku suka.

" nanti harap2 tak ramai yang bagi alasan tak pakai tudung sebab panas "

betul jugak. ustaz ni memang bijak.
aku pun nak kalau macam tu..huhu..tapi macam mana nak buat?
agak2 masa akan datang akan wujud tak benda ni?
kalau ada,
mesti lelaki pun nak pakai tudung nanti..
buruk bebenor kalau pakai tudung tapi ada janggut..
pengsan..


3) soya perisa durian

jap..
tengah bayangkan macam mana rasa nya..
tp memang dah ada soya perisa jagung kan?
so tak mustahil akan ada soya perisa durian..
sedap ke?
ni la usaha murni komersialkan buahan tempatan..
katanya la..
tapi xtau sejauh mana kesedapan soya berperisa durian ni..
kalau try buat ada x org nk beli?
yg tu 1 hal..
hal lain lagi nak ke mat saleh tu cuba benda ni?


" bau durian pun den tak tahan
camno nak torai soya periso durian.. "
katanya..

" ah sudah..camno den buleh speaking nogori ni.."
pape jelah mat saleh ni..
belum cuba belum tau..
tak kenal maka tak cinta..
salah..
tak kenal maka tak kenal la..
banyak bunyik pulak..

3) pewangi tandas bau durian

yg ni lagi tak tahan..
memang fanatik durian ke hape ni..
konfius aku..
kat mana2 nak bau durian..
cukuplah tandas tu macam2 bau ada..
tambah ngan bau durian..kompom hilang ingatan..
idea aku pulak..
baik buat pewangi tandas bau petai..
aroma menusuk kalbu..
tak gitu..
memang kreatif la ustaz ni..
huhu..
tabik spring ..

4) rumah boleh terapung bila banjir

bukan kucing terapung ..

yg ni boleh di terima..
sekarang kan musim banjir..
bagus jugak idea ni
tapi mesti banyak kena guna kos..
macam-macam la ustaz ni..

5) najis boleh claim duit

maksudnya boleh claim duit kat indahwater
ikut bape kilo najis yg kita hasilkan..
agak kotor..
tapi bila di pikir balik memang berbaloi...
huhu
agaknya kalau buat macam tu mesti ramai org yang kaya raya
tak payah keje..
berak je hari2..
lagi banyak berak lagi kayooo kita..
pakcik kayoooo...

ustaz Azam cakap nanti banyak lagi idea yang bakal
dia pikirkan..
bagus betul..
kadang2 tak masuk akal pun ada..
tengok negara lain dah macam2 benda pelik dorang buat..
Malaysia je belum..
katanya la..

dia suruh kitorang pulak tu yang merealisasikan idea2 bernas tu..
camno ni..
kalau den dapat buat pewangi tandas periso durian tu..
den bagi ustaz torai dulu la kat umah ustaz..
boleh??

huhu..

ustaz azam mengajar TITAS..
tapi yang paling best..semua kenyataan di atas
tak ada kena-mengena dengan TITAS..
boleh???









No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal