March 19, 2011

Ai vs kreatif

kemalasan melanda jua akhirnya...

taknak!! taknak!!

pergi la jauh2...huhu...

iyarghhh...iyarghhh
ambik ko malas....
jangan datang dekat aku...


fuuuuuuuuuhhhhh.....ffuuuuuuuhhhhhhh...


tiup2 suruh malas pergi jauh2...

banyak keje nak dibuat ni..

tolonglah paham!

bestnya kalau dapat makan gula2 kapas kan?

tiba2 je..

cecite..cecite...

teringin pulak..

lembut...

halus...

cair di mulut...

dan ianya saaaaaaaangat

MANIS...

macam aku...

bulehh??

eh..

yela...yela...

tak...tak...

huhu..

manis...


macam makan gula sekampit...

ala..sedapnya...

tapi sekarang ni dalam mode tak mampu beli...



drama je lebih ko ni Ai..
tu pun nak cakap..
hey....
kejujuran tu penting ok...

baiklah....baiklah....

betul la tu..
sekarang mari kita bercakap tentang seseorang..


B.E.R.H.A.D.A.P.A.N D.E.N.G.AN O.R.A.N.G Y.A.N.G S.A.N.G.A.T K.R.E.A.T.I.F

versi 1...

kat cafe ...

orang yang selalu menghalang laluan orang lain
sangat buruk kelakuan nya kan.
tengah2 orang lain sibuk nak beli makanan, tiba2 buleh buat
mesyuarat plak kat tengah2 laluan..

yelah...aku paham..
korang dalam keadaan yang keliru
tak tahu sama ada nak makan tempe goreng
atau ikan masak pedas..
lagipun kat cafe banyak pilihan.

tapi...

boleh tak korang paham.
yang korang sedang bermenyuarat di tengah2 laluan
manusia2 lain.
korang tak kisah ek kalau
manusia2 tu menyumpah seranah korang
secara percuma dan berdedikasi.
sungguh indah bahasa ku ini.

kot ye pun baru nak decide nak makan apa,
ke tepi la sikit..
laluan tu kecik je kak..
kalau versi jalan raya
akan ada papan tanda
macam kat bawah ni..


yela...yela...
kat cafe tak ada pun papan tanda ni...

tapi.....

tapi kan...


boleh tak paham yang laluan tu sempit!!!!!!!

kan...

anda telah membuatkan manusia lain bermuka ketat
sambil menyumpah di dalam hati,
walaupun kadang tersengaja menyumpah secara
kuat sambil menjeling ke arah anda..

..
dek kerana laluan mereka telah di halang oleh
manusia2 kreatif seperti anda..
tahniah..

versi 2

kat bilik dobi

manusia yang memotong barisan aku secara sengaja
sangat menjengkelkan...

korang tau tak yang bakul warna merah
yang penuh dengan baju tu, adalah kepunyaan aku..
dengan muka yang manis korang ubah bakul aku
ke belakang..
korang tau tak...aku yang berdiri kat pintu bilik dobi tu..

bukan seorang yang buta..
cuma rabun sedikit..

tapi.....

korang membuat onar secara live depan aku...
dan menggunakan bakul aku sebagai mangsa.
yela...
aku paham yang korang malas nak tunggu lama2..
kan?
habis tu korang ingat aku ni rajin sangat nak tunggu
mesin tu habis basuh satu2...
sangat bersopan kelakuan kamu ini..

terharu..

bakul kain ku telah di ubah ke barisan belakang..
dan mereka telah mencuri barisan aku.

ok...ok...

mungkin korang ingat aku yang berdiri kat pintu tu
adalah cuma tiang yang reput dimakan anai2...
walaupun badan aku ni tak sesuai nak diganding kan dengan tiang??

sila paham...

aku dah berdiri kat situ setengah jam ok...
semata-mata nak pastikan tak ada manusia yang
berani ambik turn aku basuh baju..

tapi

manusia2 seperti ini telah membuatkan aku merasa
sangat di perkotak katik kan
bila mereka memotong turn aku,
sambil diperhatikan oleh aku sendiri..

keji...keji...

korang tak terharu ke dalam keadaan macam tu
aku masih bersopan santun dengan korang..

" kak, kenapa ubah bakul saya ke belakang, saya yang datang dulu "

" eh, ni bakul kamu ke, laaa..sori la..tak sengaja.."

kan????

sungguh aku gembira mendengar jawapan kamu itu.

kamu memang sangat kreatif..

kalau 10 orang buat macam tu,
seminggu lagi baru siap basuh baju aku tu.

dan

aku terpikir..
mungkin ni balasan untuk aku..

sebab....

sebelum ni aku pun pernah buat macam tu jugak..

errrrr...

hehe...

ok...ok...ok...

aku ni kreatif...

apa lagi??

yela...

aku keji,..

tapi..

kejujuran tu penting..

padan muka aku...

betul la orang cakap..

" buat baik di balas baik..buat jahat dibalas jahat.."

atau

bak kata nizam raja lawak

" buah cempedak di luar pagar,
kalau buah cempedak tu bukan kita punya jangan lah ambik "

ok..ok..
aku paham...

aku stop sekarang...

...................................................................................
................................................................
......................................................
................................................
..................................................................................
........................................................
...........................................................
................................................................................
......................................................................................

hai...

.......................................................
................................

baiklah...baiklah...

maafkan saya...

saya beredar sekarang..









No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal