March 8, 2011

siapakah wanita ahli syurga?

sapa tak nak masuk syurga?
mesti semua nak.

tak payah tanya pun dah tau..
semua akan jawab

" bila mati nanti aku nak masuk syurga "

" tak kan nak masuk neraka kot "

kan?

orang cakap..
wanita senang nak masuk syurga.
senang cakap daripada buat..

apa ciri2 yang jadi kunci wanita untuk masuk syurga?



sebuah hadis Nabi menyatakan :

" apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang 5 waktu,
berpuasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatan dan taat kepada suami,
dia akan disuruh masuk ke dalam syurga melalui mana2 pintu yg dia suka"

(HR. Ahmad)

ada 4 dasar atau sifat utama yg jadi teras bagi seseorang wanita untuk masuk syurga.

1) TUNAIKAN KEWAJIPAN KEPADA ALLAH



maknanya laksanakan ibadah yg di wajibkan ke atasnya. terutama nya solat 5 waktu.
1 hadis ada sebut yg sembahyang tu perkara pertama yang
disoal Hari Kiamat nanti.

daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda :

" sesungguh nya perkara yg pertama sekali di kira dari amalan hamba di hari kiamat
adalah sembahyang; sekiranya sembahyang sempurna,
maka beruntung lah dia, jika tidak,
maka rugilah ia.
kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman :
lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. demikianlah seterus nya amalan yang lain "

(HR. At-Tirmizi)


2) BERPUASA

ni salah 1 kewajipan bagi seorang perempuan untuk dia masuk syurga.
keistimewaan ni lelaki tak dapat. so ni la bukti yang Allah meninggikan martabat dan darjat wanita solehah selama mana mereka menunaikan perintah Allah.


3) MENJAGA KEHORMATAN DIRI

dalam konteks ni termasuklah sifat pemalu, jika suaminya keluar,
dia menjaga kehormatan diri dan harta suaminya dengan amanah.
sentiasa menyebut perkataan yg baik pada suaminya.
menggembirakan suami.



1 hadis Nabi SAW bermaksud :

" sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah 1 nya dikeluarkan, yg 1 lagi juga akan hilang."
(HR.Baihaqi)



4) MENUNAIKAN HAK SUAMI

taat pada suami wajib bagi mana2 perempuan.
1 hadis yg diriwayat kan oleh al-Imam Bazzar Nabi SAW bersabda, maksudnya :

" kamu sampaikan pada perempuan yang kamu jumpa,
bahawa taat kepada suami dan mengakui hak2 suami sama pahala nya
dengan berperang
dan bertempur dengan musuh2 Islam di medan perang,
tetapi sikit sangat lah daripada isteri2 yg menyempurnakan hak2 suami mereka."
(HR. Imam al-Bazzar)


isteri lah pusat kebahgiaan dalam rumahtangga.
isteri mesti bagi perhatian pada suami dengan anak2.
Nabi SAW bersabda:

" seorang wanita yg menyakiti hati suami dengan lidah nya,
dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah,
para malaikat dan umat manusia."

Saidina Ali r.a meriwayat kan 1 hadis tentang isteri yg tak hormat pada suami dia.

" wanita yg berkata pada suami nya yg tak lihat apa2 kebaikan pada suami dia,
Allah hapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun,
walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya."
(HR. Ibnu Majah dan An-Nasai)

kesimpulannya..
jika wanita berlandaskan 4 perkara ni, maka mudah lah dia masuk syurga.
Allah merahmati dan di bolehkan masuk ke syurga
melalui mana2 pintu yg dia suka.
sekadar berkongsi dan mengingatkan diri sendiri terutamanya..



No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal