May 5, 2011

kau harus tahu...

Senafas kalimah cinta buat bakal suamiku..

Bila cinta datang dari pandangan mata yg pertama ku tatap

Kau adalah satu yg belum pernah aku jumpa

Hingga rindu itu datang berulang kali..

Bila rasa cinta belum pernah mati buat lelaki..

aku mula menafikan rasa yg belum ku mengerti..

sebelum aku menjadi isteri,

yang kau nikahi tanpa rasa ragu di hati..

perlu kau tahu..

aku merindukan kasih seorang lelaki

Bila masa yg ku lalui terlalu banyak episodnya,

aku menjadi mati dalam derita yg menggubah lagu sepiku..

Aku yg merindu seorang lelaki yg dulu ku kasih,

lelaki yg ku perlukan senyumannya dalam masa duka melara..

bila mana senyum nya hilang secara tiba2..

bila semangatnya lenyap tanpa aku jangka..

aku tersungkur dalam kepayahan untuk ku berdiri semula..

Aku menjadi bukan siapa-siapa,

kerna aku lemah bagai hilang separuh nyawa...

hanya kerna lelaki itu tiada..kau harus tahu...

dan kau harus memahami..

kerna lelaki yg ku rindu itu adalah wali ku..

dia ayah yg masih ku letak kukuh jauh ke dalam hati..

kau harus tahu..

sebelum aku merindukan mu..

dia yg selalu hadir dalam mimpiku.

Selain cinta Tuhan yg Agung melingkari,

aku perlukan cinta lelaki..

menemani rajuk dan sepi..

dan bila cintamu kukuh ku tempatkan di satu sudut jauh tersembunyi,

masih juga kekadang ia menjadi luka.

Kau harus tahu,

aku pertaruhkan cinta pada setiamu,

aku meletak kan nilai harga diri ku pada kejujuranmu..

dan aku tempatkan kau sebagai pengganti dia lelaki yg telah pergi mengadap Tuhan ku.

Bila mana aku terlalu mengharap pada kejujuran dan kesetiaan yg luhur..

di situ aku bagai tertipu bila dunia lebih menguasai mu.

Aku mahu kau tahu,

aku bukan bidadari yg terlalu cantik untuk menjadi sanjungan mu,

aku bukan malaikat hingga terlalu sempurna untuk kau puja,

aku cuma wanita,yg Tuhan jadikan dari rusuk mu..

aku juga punya rasa,

bila maaf terlalu mudah untuk di anyam pada lidah..

aku juga menjadi lemah hanya pada sebuah kata-kata..

bila kesilapan mu terbuka di depan ku..

aku bukan siapa-siapa untuk menghukum,

kau telah ku sembunyi kan jauh dalam hati,

dan aku sendiri lupa laluan nya. Cuba kau fahami,

bagaimana mudah untuk aku membuang mu terus dari pandangan mata kasarku,

hanya kerna kesilapan dunia, aku bukan kejam ,

cuma kau harus tahu..cinta ku satu pertaruhan..

dalam rasa rindu pada lelaki yg telah pergi...

aku membuat janji..

bila kejujuran dan kesetiaan lenyap dari hatimu untukku,

mungkin tak kan ada kedua atau ketiga kalinya..

cukup cuma sekali aku tahu betapa indah bercinta dengan mu..

Dan biarkan rasa itu kekal hanya denganmu..

berpayung setia yg ku harap dari seorang lelaki yg bakal menjadi suamiku....

No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal