September 15, 2011

ai masih dalam mood memotivasikan diri

Alhamdulillah

12 september dah mula semester 2.

Setelah bercuti selama 4 bulan, otak terasa macam perlu di servis kembali

Sebab dah beku teramat sangat.

Tu diaaaaa.......................

Beku kot...4 bulan tak mengadap buku..

Pastu nak kena hadap buku tebal2 balik...

azab kot.

Ya Tuhan,...moga di permudahkan semua urusan..

Amin.

Aku dah mula memotivasikan diri sendiri, ingat senang ke??

Kalau orang tak kuat pedoman..dah lama gila..

Gilak tauk ka????

Sebagai seorang student dan seorang isteri..motivasi diri tersangat la penting.

Walaupun diri sendiri tak berapa nak berdedikasi sangat..

tapi ianya harus dipupuk terus dalam jiwa raga.

Motivasi la yg menaikkan kan balik semangat kita..

Betul tak..

Errrrrr...

Walaupun lama2 motivasi dah jadi motibasi???

Haishhhh...jgn pikir macam tu..

Tak kisah lah basi ke langsi ke...

Ianya tetap motivasi..

Cara memotivasikan diri??

Banyak cara..bergantung pada individu..

Mengikut cara ape yg dia suka..

Motivasi bukan paksaan,..tapi keperluan.

Kita boleh bercakap dengan diri kita sendiri.

Itu cara yg selalu aku buat.

Sebabnya??

Sebab hanya diri kita yg memahami ape yg terselit dalam hati sendiri.

Kita yg tau apa yg kita nak buat.

Jadi, tanya diri sendiri, apa yg perlu?

Apa yg kurang?

Macam mana nak buat?

Tanya la..

Memang la kadang2 kita sendiri keliru..

Betul ke apa yg kita buat ni..betul ke tak..

Tapi..yg penting usaha.

Usaha memotivasikan diri sendiri.

Memang la..lama2 motivasi jadi basi..

Dah memang kita ni jenis tak tetap pendirian, nak buat mcm mane?

Macam mana apenye?

Hari2 la kena motivasikan diri sendiri..

Tak payah la nak merumitkan sesuatu yg ada jalan mudah.

Cukup sekadar kita berdiri depan cermin..pastu cakap..

“ aku mesti usahakan sesuatu yg menggembirakan diri sendiri..aku mampu..sebab aku tak mahu tengok mereka menangis..”

Kenapa mesti gembirakan diri sendiri?

Sebab macam mana kita nak bagi kebahgiaan pada orang lain, sedangkan diri kita tak mampu bahgiakan diri kita dulu??

Berlakon lagi?

Adui...

Cukup2 la..

Ini serius ok...!

Kita mampu sembunyikan kepayahan dari orang lain..

tapi kita tak boleh tipu diri sendiri..

ia akan menjadi tekanan yg maha berat untuk kita pikul..

kita kena adil..

nak gembirakan orang lain,kena gembirakan diri sendiri dulu..

ok?

Kalau tak..bukan la di panggil motivasi..

Ada paham?

Mulakan dengan awal pagi..

Celik mata, ucap la Alhamdulillah, syukur..Tuhan masih bagi kita peluang untuk bersama dengan orang2 yg kita sayang..

Pastu solat subuh...

Baru lah kita boleh mulakan rutin seharian.

Motivasi diri harus bermula dari diri sendiri...

Dah nama pun motivasi diri..

Dah pening?

Kan dah bagitau tadi..jangan rumitkan benda yg ada jalan mudah.

Banyak kan baca buku2 motivasi..

Bukan sekali je..

Paling tak pun baca lah banyak buku secara berterusan.

Aku jarang buat macam ni..

Yelah..dah terang2 aku tak berapa gemar membaca..

Ada jalan lain lagi..

Banyak cara..

Pilih lah...

Kalau yg macam tu tak boleh..yang macam ni mesti boleh..

Yg penting jgn putus asa!!

Aku ni hari2 bercakap sendiri..lama2 dah terbiasa..

Dan kesempatan tu aku amik untuk berkata2 dengan hati sendiri..

Berkata2 dengan mata, hidung, mulut, rambut...

Boleh je..

Kenapa tak boleh pulak..

Bukan orang gila je yg bercakap sorang2...

Kita yg normal pun boleh.

Tapi jangan la p berdiri kat tangga tepi sogo pastu cakap sorang2

“ aku mesti boleh..aku mesti boleh...”

Yg tu sah2 orang cakap gila..

Maksudnya..kita dalam keadaan sedar...pikir sejenak..

Apa yg kita perlu buat.

Pastu bercakap la dalam hati...

Naik kan semangat..

Masa tengah mandi tu, jirus air kat kepala, sejuk je..sejuk kan la jugak hati kita..

Sebut sesuatu yg meransang kita untuk lebih bersemangat.

Masa mengadap cermin nak sikat rambut jangan lupa baca doa..

“ Ya Allah sebagaimana Engkau telah mengindahkan bentuk kejadianku, maka indahkan lah juga akhlak ku “

Amin.

Bukan susah.

Motivasi diri tak payah nak duduk sampai 2 jam dalam dewan..

2-3 minit pun cukup..tapi kerap.

Bukan tak bagi pergi ceramah motivasi..itu adalah sangat menarik.

Tapi bagi aku yg sangat malas nak join kem motivasi ni..

Kita kena pikir jalan lain jugak..

Kena ingat, motivasi diri sangat penting...

Penting...penting...penting...!!!

Aku sendiri baru mula nak motivasikan diri sendiri...

Walaupun kadang2 rasa macam tak berkesan..

Tapi mana boleh kita nak berubah secara mendadak..

Sikit2 la..

Yg penting kena konsisten..

Haishhhh......

Penat dah...

.........

..............

Ai....

Jangan cakap saja pandai.........

3 jam pertama :

“ Baik..!! “

(dengan penuh semangat)

..............

.....................

..............................

1 hari selepas :

“ Sem baru dah mula....sem baru dah mula...sem baru dah mula.....”

“ Huhuhu..”

(takut?)

2 hari selepas :

“ Apa nak buat ni? “

(keliru)

Hari2 seterusnya :

“ ................................”

( ? )

Hmmmmm... macam ni lah diri aku yg sebenarnya....

Hari2 kena motivasikan diri...

Kalau tak aku yg basi...

Insaf sekejap je.....

Motivasi....motivasi....motivasi....

No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal