November 29, 2011

CITA-CITA & IMPIAN



Bila kita melihat dalam alam yang tak pernah berubah tertib nya...
Malam tukar siang...malam...siang....malam....siang......
Kita tengok dalam diri sendiri jugak, adakah ada ketertiban tu dalam hari2 yg di lalui...
Mungkin tak ada bagi orang yg leka...
Tak ada bagi orang yang sedar....dia sering melihat ketertiban susunan hidup dia...
Dari pagi sampai petang.
Siang ke malam.
Januari ke disember..
Dia lihat...dia faham apa yang terjadi dalam setiap saat dia berdiri atas bumi Tuhan yang 1.
Mulut tak habis2 mengucap syukur...
Syukur...
Syukur ya Tuhan.
Dia tak habis2 memuji Pencipta..
Allah Maha Besar..
Allah Maha Besar..
Allah Maha Besar..
Allah Maha Besar..
Macam nilah dia yang ada ketertiban...
Dalam setiap halus mulus titian perjalan hidup,..
Dalam setiap corong halus laluan yg dia tempuhi.
Titik.
Seorang pelajar yang mencuba...dan gagal.
Lalu dia cuba lagi..
Tapi masih gagal.
Penghujung nya??
Mungkin dia bosan nak cuba lagi.
Dia bosan.
Dongak ke langit...tak nampak apa2.
Tunduk ke bawah..
Kosong.
Sorang budak...
Berjalan di tengah padang.
Kat tengah2 dia nampak sekuntum bunga...
Betul2 tengah padang.
Dia lari.
Lari2....
Nak ambil bunga.
Dalam hati seronok nak petik bunga yg sangat cantik.
Dia lari cepat..
Tiba2 dia berhenti..
Kat depan dia tak ada pun bunga tadi.
dia pandang bawah...
tak nampak ape.
Dia toleh ke belakang..
Masih kosong.
“Mana bunga yg cantik tadi”
Garu kepala.
Serentak dia mengundur selangkah ke belakang.
Bunga di bawah tapak kasut nya.
Dah dipijak.
Habis.
Ape?
Tu rekaan n khalayan aku jer...
Tak de kena mengena dengan sesape.
Tapi......
Ok...kadang2...kita tak payah terkejar2 apa yang kita nak.
Relaks.
Jangan gelabah.
Apa yang di depan mata tak semestinya milik kita..
bila kita nak sesuatu...perlahan-lahan lah.
Bila kita gelojoh...sentiasa nak di depan...
Kita sendiri yang akan rosak kan impian yg kita nak capai.
Entah la...
Ni cuma pandapat.
Pendapat aku.
Tak kisah.
Semua orang punya pandangan yg nyata berbeza.
Setengah orang, kena undur 2,3 langkah baru dapat ape yg dia nak..
Oorang yg lain pulak...sentiasa maju ke depan..
Terpulang.
Kita tahu had upaya kita.
Nak menambah atau kurang?
Mana2 je.
Bukan tak ambil kisah.
Kalau sesuatu tu milik kita, depan ke belakang ke..
Tetap kita punye.
Tak perlu gelojoh.

No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal