December 16, 2011

ini rumahtangga kita 4

Al-Musowwir

(YANG MENCIPTAKAN RUPA MAKHLUK)

Khasiat ASMAA'UL HUSNA ke-14

Ikhtiar bagi pasangan yang mahu mendapatkan zuriat.

Antara amalan yang boleh dilakukan oleh pasangan-pasangan suami isteri yang belum dikurnai oleh Allah zuriat.

Ucaplah " Yaa Musowwir" sebanyak 336 kali tiap-tiap hari, dengan izin ALLAH semua usaha tidak akan sia-sia.

Amalan Buat Isteri

Isteri hendaklah berpuasa 7 hari berturut-turut, dimulai dari Ahad, sampai hari Sabtu, maka sewaktu berbuka puasa, ucapkan "Yaa Musowwir" sebanyak 21 kali pada air dingin, sebaik-baiknya air zam-zam,lalu diminum. tapi selama 7 malam itu jangan makan banyak, cukuplah makan sederhana, ketika berbuka pula, tidak makan terlalu sangat kenyang.

Amalan Buat Suami

Buat suami kena puasa jugak, tapi cuma 3 hari dan waktu nak berbuka puasa anda ucapkan "Yaa Musowwir" sebanyak 21 kali pada air dingin, sebaik-baiknya air zam-zam,lalu diminum waktu berbuka puasa.

Dan ketika anda bersama, iaitu sebelum anda membuka pakaian cubalah ucapkan "Yaa Musowwir" sebanyak 10 kali, InsyaAllah anda akan dikurniakan anak yang soleh.

Mari sama2 amalkan bagi yg sudah berkahwin.

Kalau belum kawin, sekadar pengetahuan.

buat persediaan utk masa depan.

Moga dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah.

Amin.

No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal