December 12, 2011

kalah dengan masa

Malas.

Senang nye kan alasan. Satu perkataan je..

Then senyap.

Kalau macam tu mudah, semua keje akan tertangguh. Gilalah..

Malam semalam baru terdetik..

“ esok nak study. Dah nak start ape yg patut. Final exam x lama lagi dah”

Tapi..hakikat nya..

Ok2..

Esok yg aku maksudkan adalah hari ni...

Hari ni ye..hari aku tengah tulis entry ni..

Dapat tak?

Ok.

Ramai orang sedar tindakan yang sepatutnya dia buat atau janji2 yang dia ikrar semalam.

Konon.

Tapi kita jdi separuh sedar bila otak mentafsir kan perkataan M.A.L.A.S

Kita tau ada banyak keje tertangguh.

Kita tau sepatutnya banyak keje nak dibuat.

Tapi no action....tak ada apa2 tindakan sebab kita pikir masa sangat rajin untuk menunggu kita..

Adakah masa sangat setia dengan kita sampai sanggup menunggu bila masanya kita nak bertindak..

But..

Masa adalah emas..

No..

Aku tak setuju.

Masa bukan emas.

Kalau masa adalah emas..orang masih mampu untuk membelinya

Masa sangat bernilai dari emas.

Dan masa sebenarnya tak ada ‘masa’ untuk menunggu sesiapa..

Masa sendiri pun bosan dengan kita agaknya.

Aku ni dah berapa kali menoleh jarum jam.

Masa untuk aku tulis entry ni dah hampir sejam.

Masa tak tunggu aku pun.

Dan masa bukan lah peneman yang setia.

Kalau kita lambat,masa terus pergi.

Tinggal kan kita..

Jadi..kalau kita plan something untuk dibuat..

Buat segera pada masa yang betul..

Ingat..

Masa sangat2 tak setia dengan kita...walau hanya 5 saat..

Kalau kita lewat..masa terus pergi...tak kan undur bailk.

Haha..

Dah sejam.....

Untuk entry ni saja..aku cadang nak peruntukan setengah jam jer tadi..

Tapi masa sangat cemburu dengan aku..

Dia tinggalkan aku jauh..

Selalu macam ni.

Sebab aku selalu tangguh keje..and gelabah bila dah last minit baru nak buat.

Tapi aku berani cakap,bukan aku sorang je macam ni.

Ramai lagi kan..

Sebab kita selalu berkhayal..

Ingat..

“ bila kita selalu berfantasi...bermakna kita telah memilih untuk tidak melakukan apa-apa...”

Kita yang pilih...

Nak buat ketak nak..

Untuk diri sendiri jugak..sebab aku selalu terfikir..kenapa keje selalu tertangguh..

Kadang2 benda tu sepatut nya di buat..tapi tak menjadi.

Kenapa ye?

Mungkin...masa.

Contoh...dalam hidup aku sendiri..

Semalam plan nak buat keje awal pagi, pukul 8.30am.

Dah bangun awal, solat subuh semua..leka..

Tengok jam dah pukul 9am.

So apa jadi dengan plan yang pukul 8.30am tadi?

Hangus.

Dan yang nyatanya..keje terus tak buat langsung, sebab dah pukul 9..

Dah MALAS..

Plan pukul 8.30 tapi bila masa dah berlalu..

Tak payah buat.

“ tu kan keje yang sepatutnya buat pukul 8.30..sekarang pukul 9...tak payah la buat dah..”

Jangan tipu ok!

Kamu semua pun sama macam aku..

Ingat ni..

Masa bukan kawan yang setia..

Masa tak kan tunggu sesiapa pun yang tak mahu ikut rentak detik dia..

Lewat 1 saat...kita kalah!!!!

No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal