January 1, 2012

Azam tahun baru ke angan-angan tahun baru?

Tahun baru.

Bangun pagi2 dah update blog..haishhh....

Cepatnye masa berlalu.

Tahun ni umo dah 23.

Tapi masih perasan muda.

Tahun 2011 banyak tinggalkan kenangan.

Azam?

Entah. Hari2 ade azam baru kot.

Bukan tunggu tahun baru je.

Tiap hari adalah hari untuk mencapai azam.

Kan?

Cuba pikir, bila azam nak tercapai kalau asyik tangguh je.

Dah 3, 4 tahun azam yang sama je.

Tu dah tak jadi azam dah..tu dah jadi kerja tak menjadi.

Yela.. azam tahun ni dah tak tercapai, so tangguh la tahun depan,

Apa masalahnye?

Masalahnye, cuba pikir..tahun ni ber azam dengan semangatnye..

Senyum lebar ke telinga..tapi tak pernah ada usaha untuk capai azam tu.

Maksud aku, ramai orang yang berlumba2 ber azam sempena tahun baru,

Konon azam dia paling best tahun ni..

tapi tengok 2, 3 hari lepas tu berapa ramai yang berusaha untuk capai azam tu?

sebab tu aku pikir yang azam tahun baru ni macam 1 tradisi..

tradisi menjelang tahun baru..

bila nak tahun baru je semua ber azam macam2..

tapi yang ramai nya sama je azam tahun lepas dengan tahun ni.

Alasan sebab azam tahun lepas tak tercapai lagi.

Sebenarnye, bila kita ber azam, kita dah set dalam hati kita.

Kita dah berniat untuk capai azam tu.

kalau tak?

Ape jadi?

Kalau tak, alamatnye azam tahun ni akan ditangguhkan ke tahun depan.

Alah..benda sama je..

Contohnye macam ni..

Sorang budak ber azam nak dapat 20A untuk SPM

Menjelang tahun baru, dia ber azam.

Tapi sepanjang tahun baru tu dia tak berusaha pun nak capai azam tu.

Bila kuar result SPM, azam dia tak tercapai.

So macam mana?

Dia dah tak boleh nak tangguh azam tu ke tahun depan sebab SPM sekali je kan..

Melainkan dia sanggup nak amik paper tu lagi sekali.

Sama jela dengan azam - azam yang lain.

Bila dah ber azam jangan ingat senang2 nak tangguh tahun depan.

Nanti buang masa..menyesal kemudian tak guna pun.

azam sepatutnya untuk setiap hari bukan setiap tahun.

azam jugak bukan tradisi yang tiap2 kali tahun baru kena buat azam..

Konon.

Tak payah nak tipu diri sendiri.

Tak payah jugak nak heboh 1 kampung azam tahun baru tu.

Tengok kat status facebook dah cukup..

Tengok berapa ramai yang azam nye sama je tiap tahun.

Kat mana dia punya perubahan?

Tak kan tak ada ape2 penambahbaikan.

Ok2..aku pun sama sebab tu aku cakap macam ni.

Sebab bosan..

azam tiap tahun tapi sekadar azam je..

Tak ada perubahan pun..

Cuba tengok maksud azam dalam kamus dewan.

Maksudnya kemahuan yang sangat kuat, tujuan.

Kan?

Kemahuan yang sangat kuat.

Maksudnya kita nak sangat benda tu.

Bukan sekadar ayat je..jangan buang masa pikir azam yang mengarut.

tapi tak nak tunaikan.

Alasan?

Sebab azam boleh tangguh tahun depan.

Bosan betul.

Tiap hari kena ingat kan dalam hati tentang azam tu.

Maklumlah manusia ni cepat leka.

Kalau tak mampu nak tunaikan..dalam masa setahun tu cuba

usaha untuk capaikan azam dan matlamat tu.

itu adalah azam tahun baru bukan angan-angan tahun baru.

Semua bermula dengan niat.

Niat untuk berhijrah atau pun berubah.

Kalam mutiara dari Rasulullah SAW ada menyebut:

Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang ingin dikahwini, maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya.” (Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Jadi..kalau nak ber azam tu biarla yang kita betul2 nak capai untuk tahun tu.

Niat betul-betul.

Pastikan ianya bermanfaat untuk diri kita dan orang lain.

Jangan jadikan azam tahun baru sebagai 1 tradisi.

Jadikan kenyataan bukan nya angan-angan.

No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal