January 18, 2012

maafkanlah mereka

Terfikir tak yg kita akan selalu memaafkan kesalahan orang lain?

Tak mungkin semua orang terfikir macam tu.

Sebab tak ramai orang yg sanggup disakiti.

Percayalah..

Kalau kita nak hidup dengan tenang,

maafkan lah kesalahan orang lain.

Walaupun kesalahan tu terlalu berat.

Sebab kita tak kan pernah terfikir kesalahan yg

kita buat pada orang lain

sama ada sengaja atau tak.

Kadang2 kita tak sedar..perbuatan kita

menyakitkan orang lain.

Macam tu jugak halnya dengan orang2

di sekeliling kita.

Adakalanya mereka tak sedar yg mereka telah

menyakitkan hati insan lain.

"Balasan terhadap kejahatan adalah pembalasan yang setimpal, tetapi barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, ganjarannya ditanggung oleh Allah"

(QS Al-Syura [42]: 40).

Bumi ni berputar...

apa yg kita lakukan pada orang lain, akan terjadi

pada kita jugak 1 hari nanti.

Jadi maafkan lah kesalahan orang2 lain.

Moga mereka juga dibukakan hati untuk turut

memaafkan semua kesalahan kita pada mereka.

Tak kan nak hidup dalam sumpah seranah orang.

Maafkan mereka..

Biar hidup kita tak tertutup dengan

gelapnya hati dek kerana hidup dalam kebencian.

"Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada
Tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?" (QS Al-Nur [24): 22).

Kita semua nak hidup aman dengan hati yg ringan.

Tak payah nak pikir hal yg membebankan.

Bila kita terlalu fikirkan permusuhan,

dalam hati kita akan simpan dendam

yg tak kan ada penyudah.

Dendam dalam diam akhirnya akan memutuskan

tali persaudaraan.

Apa kata, sebelum tidur, cakap macam ni.

“ aku maafkan semua kesalahan orang2 lain pada aku”

InsyaAllah dapat tidur dengan lena.

Dan bila bangun esoknya..

Hidup seperti baru bermula..

Tak ada dendam..

Tak ada musuh..

Tak ada beban fikiran..

Tak ada hati yg bimbang..

Sebab...

Kemaafan adalah penawar hati yg

paling mujarab..

dan memberi maaf adalah 1 kenikmatan..!!!!



No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal