February 29, 2012

Colmar Tropicale

5 Februari, pre honeymoon dengan suami.
Colmar Tropicale.
tak rancang pun nak kesini.
pagi tu kami ke raub.
kawan hubby kawin.
ingat lepas tu nak ke cameron atau Fraser Hill.
tapi jalan nak ke sana sangat la berliku.
hati pun turut berliku-liku nak kesana.
sempat lagi kami google, Fraser Hill tak menarik perhatian.
disebabkan hari dah petang, nak balik KL pun alang2 je.
hubby mencadangkan kami ke Bukit Tinggi.
tapi hotel hampir penuh kat sane.
masa kami pergi ni pun mood Tahun Baru Cina lagi.
so mesti la ramai bertapa kat sana.
sebagai anak jati raub,
hubby memberi cadangan supaya kami bermalam je kat Raub.
esok pagi2 baru kami bertolak ke Bukit Tinggi.
aku menurut sebab hari pun dah petang.
kami menginap di Hotel Jelai.
esoknya lepas sarapan kami bertolak ke Bukit Tinggi.
dengan tiket rm12 seorang kami masuk ke Colmar Tropicale.
sedikit terpegun,
keadaan kat situ sejuk waktu pagi.
dah petang sikit baru rasa panas tapi still rasa berangin.



maklumlah kawasan tanah tinggi.
nak di ingatkan, sebelum naik ke sini,
sila ringankan tangan anda membawa bekal
minuman dan makanan dari bawah.
kalau tak,anda terpaksa ringankan tangan anda hulur rm6 untuk air tin sahaja.
mesti anda rasa ragu2 kan?
ok.
ni gambar di ambil dari dalam kereta.
tak sabar nak turun.


sape yang suka ambil gambar, kat sini memang sesuai.
senibina bangunan ala Eropah.
sangat cantik.




benda ni pun ada kat sini.
macam funfair.
tengok patung gajah dan kuda laut tu..
warna pink..
idaman hati dalam diam.


kasihan.
encik bear yang comel ni dah gantung diri.



lepas tu kami ke Taman Jepun pulak.
rasa2 nya tak payah la bawak kereta.
kat sini ada disediakan bas shuttle yang comel.
dan free.
oh ye,
aku dan suami bernasib baik sebab pergi dan balik dapat duduk.
sebenarnya kami duduk di kerusi hadapan.
sebelah pemandu.
tak payah berebut.
puas hati
tapi bas ni turunkan pengunjung kat bawah je.
nak ke Taman Jepun tu kena guna kaki sendiri menapak ke atas.



Japanese Village.
ada rumah berkonsepkan Jepun
boleh jugak nak join Japanese Tea. tapi kena tambah RM la.
nak perasan Jepun lagi?
boleh jugak sewa kimono.
pun kena tambah RM jugak.



restoran Shushi n makanan ala Jepun



cash only ok.



kamu2 silalah berkunjung ke sini.
best.
oh.
hubby cakap ini adalah pre honeymoon.
maksudnye..
akan ada honeymoon n honeystar yang akan menyusul.
kan?
kan??
yes!!
angguk sendiri.

ulser mulut

Ulser mulut menyerang.

Puncanya tergigit je pun.

Uhuhhu..

Bangun pagi2 pedih gila.

Nak makan lagi la payah.

Terpaksa makan bubur je.

Nasib baik la dengan bantuan encik google, aku berjaya menemui ubat nya..

Kalau kamu2 pun mengalami ulser mulut sila cuba petua berikut :

Ambil asam keping. Tapi sikit je la.

Tekap kan pada ulser dalam mulut tu.

Biarkan je. Lagi lama lagi bagus.

Masa ni anda akan rasa seperti mau mati ooo..

Pedih.

Airmata mengalir sendiri leleh2 kat pipi.

Kaki pun melompat dengan sendiri.

Tapi kena tahan la sikit.

Hahahaahaa.

Aku nak baik punya pasal tahan je.

Setengah jam lepas tu bila aku buang asam keping tu,

Bahagian yg kena ulser terasa macam kebas.

Tapi still pedih2 lagi.

Dalam 5 minit lepas tu dah tak sakit,

Alhamdulillah. Dengan izin Allah jua.

Dan hari ni lepas bangun tido dah rasa ok.

Ulser tu macam dah kering.

Tak sakit dah.

Boleh lah kamu2 cuba.

Selain asam keping letak garam pun boleh juga.

Kumur2 ngan air garam.

Tapi ikut pada pengalaman aku,

asam keping memang membantu walaupun agak kejam pedihnya.

Jadi jagalah kesihatan.

Minum banyak air masak.

Kalau tak azabnya tersangatlah pedih.

February 28, 2012

hujan bersama kenangan


Hujan...
Bila duduk sensorang dalam waktu hujan lebat macam ni, mesti teringat masa kecik2 dulu.
Dulu umur aku dalam lingkungan 8tahun.
Masa ni kami duduk kampung.
Rumah tinggalan arwah ayah.
Dan kat belakang rumah tu ada 2 pokok kelapa yg tinggi.
Yang tak best nye, pokok tu macam condong sikit ke arah umah aku.
Bila hujan lebat pokok tu goyang2 macam nak tumbang.
Kalau tumbang rumah aku la ranap dulu.
Jadi,.
Sebelum hujan, agak2 hari gelap macam nak hujan tu, mak aku dah siap2 barang.
Bantal, tilam, baju, semua.
Sebelum hujan turun,kami lari ke rumah opah.
Opah sebelah arwah ayah.
Rumah opah tak jauh, kat depan rumah aku je.
Kami bermalam kat situ.
Takut nanti ribut, pokok kelapa tu tumbang jatuh kat rumah kami.
Bila aku dah besar sikit, aku terpikir,
Dulu lepas ayah meninggal, mak bersusah payah jaga kami.
Sentiasa berjaga2 demi keselamatan kami.
Bila hari nak ujan, mak selamatkan kami.
Takut apa2 benda buruk pulak jadi.
Dan 1 lagi.
Bila nak balik kampung opah sebelah mak pulak.
Mak susah payah ulang alik naik moto 2 kali.
Sebab nak hantar kitorang balik kampung.
Nasib la adik beradik aku 4 orang je.
So 2 kali la mak ulang alik.
Sekarang bila dah besar, aku terpikir,
apa yang aku buat untuk gembira kan mak pulak?
Apa perasaan mak sekarang ni?
Adakah mak betul2 gembira?
Adakah mak lebih bahagia setelah kesusahan yg dia alami dulu?
Aku sentiasa bertanya..
Tapi semua belum terjawab.

February 14, 2012

kita sangka kita burung



Kita adalah apa yang kita sangka kan.
Ngerti?
Kita menjadi apa yang kita ingin jadi.
Semua nya bukan di luar kemahuan.
Kita sentiasa nak jadi apa yang kita nak.
Bila kita nak bebas..
kita sangka kita adalah seorang seekor burung,
..........
................
................
.............
Ye.
Kita adalah seekor burung.
Tak payah lari2 p tengok cermin.
Anda masih manusia.
Tapi apa yang sebenarnya aku berkata demikian?
Itu hanya kiasan.
Burung selalu di kaitkan dengan kebebasan.
Kita semua nak kebebasan dalam hidup.
Tak suka di gantung oleh orang lain.
Tak suka dikawal.
Dan bila kita bermati-matian untuk 1 kebebasan,
Dan kita telah menang,
Kita ialah seorang seekor burung!
Burung yang bebas.
Lihat.
Kita telah menjadi apa yang kita sangkakan
Kita burung!
Burung adalah kita!
Kita.
Burung.
Sudah2 lah.
Jangan suka sangat jadi burung.
Kelak mati kena tembak.
Paling tak pun kena lastik dengan budak belum sunat.
Dah jadi burung nak jadi singa pulak.
Itulah kita.
Dah bebas nak pulak jadi raja.
Siang malam apa di buatnya?
asah gigi.
Buang sayap.
Buang paruh.
Nak jadi singa.
Raja rimba.
Semua nak baham.
Dia dah bebas, dia pulak nak mengawal orang lain.
Ingat lagi sekali.
Kita adalah apa yang kita selalu sangka kan.
Bila kita pikir nak jadi singa,
Kita terlalu berjuang untuk itu.
Kalau semua burung nak jadi singa,
persaingan yang dasyat akan berlaku.
Burung yang mula2 bebas berkicau.
Terbang sekawan.
Kini berbalah hanya untuk menjadi singa.
Dan kita pasti akan musnahkan hidup mereka yang lain.
Bila kita dah bebas,
Biarlah orang lain pun rasa kebebasan.
Sama2 jadi burung.
Tak payah jadi singa, yang menjadi pemangsa.
Bila singa datang, semua lari.
Takut kena baham.
Tak ada beza singa dengan burung.
Dua2 akan mati kena tembak.
Bezanya kau boleh terbang bebas,
Kau tak akan di takuti.
Kau tak akan di jauhi.
Itu jika kau jadi burung.
Kalau jadi singa
semua takut dekat dengan kau.
Hanya kroni2 terhormat je berani.
Tapi kau ingat kau bebas?
1 masa nanti,
Kau pasti terancam.
Mana nak lari?
Terbang ke awan??
Dah lupa ke??
Kau bukan lagi seekor burung.
.........
.......
Lihat mereka2 yang punya kuasa.
Di bawah mereka ada insan2 yang bebas.
Tapi sebenarnya bebas dalam sangkar yang besar.
Tengok mereka2 yang punya wang.
Berjawatan besar.
Berpengaruh kuat.
Siapa bersama mereka?
Insan2 biasa yg sangka diri mereka bebas??
Tak mungkin.
Di sebelah mereka juga mestilah yang seangkatan.
Semua perkara biasa.
Kita lihat di mana2.
.......
...........
....................
Siapa yang terfikir nak jadi burung,
Selagi singa belum jinak..
Fikir lah 2 kali.
Sebab anda mungkin akan bebas,
Tapi bebas dalam sangkar sendiri.
Betul tak apa yang aku cakap??
p/s : rasa2 kat negara kita ni siapa singa siapa pulak burung? Cepat pikir....nak pilihanraya nih..

“ biar jadi burung, mewah di awan, kaya di tanah.
Jangan jadi singa, nak gapai awan tak sampai, semua tanah dia yang punya ”
*kata jiwa ai *

February 10, 2012

duit lagi tinggi dari budi

Yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin.

Bagi sesetengah orang, duit umpama harta yg menjadi hak milik kekal.

Sangat rugi jika di berikan walau sedikit kepada mereka yang memerlukan.

Hakikatnya, mereka yang tidak mampu akan terus meminta-minta.

Padahal berapa sangat la nak bagi 2, 3 sen pada yang tak mampu.

Rela nak habiskan untuk benda lain dari menderma.

Tipu kalau cakap takde duit,

Padahal..

Tiap bulan p melancong,

Kete besar2.

Rumah juta2.

Baju mahal2.

Beg tangan ribu2.

Makan sedap2.

Nak tipu pun pandai2 la cover.

Ibaratnya penjual ikan.

Tetap tak boleh cakap dorang keje jual emas.

Sebab baju dah bau ikan.

Macam tu la..

Mereka yang berduit tak boleh nak tipu cakap takde duit

Kat tv ade je berita minta sumbangan.

Kita yang tak berduit ni berkobar2 nak tolong.

Tapi mereka yang mampu????

“ golongan macam ni malas berusaha untuk perbaiki hidup mereka”

“ ini hasil usaha kami, mengapa perlu di kongsi bersama mereka”

Ingat.

Nasib setiap orang berbeza.

Mungkin hari ini kita gah dengan kekayaan.

Bangga dengan kehidupan.

Megah dengan pangkat.

Tapi.

Bumi sentiasa berputar.

Bila kita di atas, bersedialah untuk berada dibawah.

Takut nanti kita pulak yang dipijak orang.

“ biar di bawah bertapak keatas,

jangan melangut dipijak orang “

*peribahasa ai*

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal