February 17, 2012

Kahwin awal


Entry untuk mereka2 yg ramai bertanya pada aku
“ best tak kawin awal? “
Bila aku senyum, dorang paham memang best.
Tapi bila mereka kata,
“ seronok nya,. nak kawin awal jugak”
Aku takut.Aku takut bila mereka2 ada niat nak kawin awal sebab aku cakap best,
maknanya mereka betul2 dah bersedia ke?
Atau keinginan untuk berkahwin sebab tengok orang lain dah kawin.Ada 1 perkara kena paham.
Aku cakap best sebab aku kawin atas sebab aku dah bersedia.
Tak ada paksaan.So, bila aku kawin. Aku bahagia.
Cuba bayangkan kamu kawin sebab aku cakap kawin tu best,kamu pun teruja sangat.
Pastu kamu buat keputusan nak kawin jugak.Padahal masa tu kamu tak bersedia, Cuma nak kawin atas rasa best.
Bila dah kawin kamu rasa kawin tu tak se best yang aku cakap.
Tak se best zaman bujang.Dengan jiwa yang belum bersedia.
Dengan fikiran yang belum matang.Agak2 apa tindakan kamu?
Aku bukan pandai sangat nak cakap bab kawin cerai semua ni.
Tapi..
Jakim mencatatkan secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia.
Banyak sebab.Banyak punca.
Jadi nak diingatkan, sebelum buat keputusan untuk kawin,
Pikir betul2.Dah sedia ke belum?
Kawin bila dah betul2 bersedia, bukan kawin sebab terikut2.
Masa kawin dengan masa bercinta tak sama.
Lepas kawin la kita dapat belajar sikap pasangan kita yang sebenar.
Aku tak nak kalau nanti kamu kawin n berlaku apa2..aku yang akan menyesal.
Sebab aku yang cakap kawin tu best.
Jadi...
Kamu2 kalau nak kawin persiapkan la diri kamu.
Sebab nanti kamu yang akan hias rumah tangga kamu sendiri.
Bukan aku.
Best ke tak bergantung pada kamu.
Bukan pada kata2 aku je.
Jadi..bersedia lah mental n fizikal.
Sebab..kita kawin untuk kekal bahagia sampai akhir hayat.
Untuk bersama pasangan kita hingga ke syurga.
Bukan kawin untuk 2, 3 tahun je.
Kalau kita pilih dia,makna nya dia lah pasangan kita sampai bila2.
Tak boleh suka2 hati nak cerai tukar pasangan lain tanpa sebab.
Setiap bahtera rumahtangga akan dilanda ombak besar.
Tapi benda tu yang uji keutuhan bahtera kita.
Duga sejauh mana kasih sayang kita pada pasangan.
Aku cuma ingin kamu2 bahagia macam aku.Bila dah ramai bertanya,aku katakan yang benar je.
Kawin memang best.
Tapi bergantung pada setiap perkahwinan tu jugak.Memang sebelum nikah ada kursus kawin,
Tapi cukup ke kursus yang hanya sehari 2 hari tu untuk jadi bekal buat kita melayari rumahtangga hingga ke akhir hayat?
Perkahwinan ibarat pertaruhan.
Baik atau buruk kesudahan nya kita serahkan pada Allah Yang Maha Mengetahui.
Yang penting kita dah lakukan yang terbaik.
Kamu pun nak kawin kan?
Jadi haruslah kamu paham..
Islam menggalakkan setiap pasangan mendirikan masjid.
Mendirikan masjid?
Itu di ibaratkan bila kita nak mendirikan masjid..mesti ada tapaknya.
Bila dah ada tapak yang sesuai, baru kita pacak kan tiang asasnya.
Lepas tu di ikuti dengan bumbung dan sebagainya.
Bila dah siap, akan bertambah indah bila ramai yang mengimarahkan nya.
Sama macam perkahwinan.
Mesti ada ilmu pengetahuan sebagai asas.
Ditambah nanti dengan anak2 yang akan mengindahkan rumahtangga tu nanti.
Kalau bina masjid tak bertiang..masjid tu akan runtuh kan?
Kalau kawin tak ada ilmu pengetahuan asas??
Dan ternyata sijil kursus kawin sahaja bukan tiket untuk kita khatam ilmu perkahwinan.
Aku belum layak untuk berhujah bab kawin.
Aku sendiri masih belajar menambah ilmu tentang selok belok rumahtangga.
Sebelum kawin aku pun rasa yang nikmat perkahwinan akan manis sepanjang masa.
sebenarnya aku juga perlu merasa pahit ada ketika nya.
Tapi tanpa kepahitan tu, aku tak dapat pengalaman yang berharga sebagai isteri.
Dan dari pengalaman pahit, aku belajar sesuatu yang akan manis juga akhirnya.
Jadi..
Aku rasa tak begitu suka kalau ada yang bertanya.
“ best tak kawin awal “
Tak ada istilah kawin awal pun bagi aku.
Mana ada kawin muda ke kawin tua ke.
Akad tetap sama.
Jadi kalau kamu nak kawin..silakan lah..
Pastikan atas dasar ikhlas menunaikan tuntutan agama..
Sebab bila kamu ikhlas, kamu pasti mempersiapkan diri kamu.
Kalau kamu meletak kan perkahwinan tu sebagai bahan mainan,
Bila2 masa je kamu boleh pakai dan campak.
Aku menulis sambil mengingatkan diri aku sendiri jugak.
Moga semua niat kita yang baik dan ikhlas mendapat pertolongan Allah.
Amin.
“ orang yang berkahwin dapat merasa nikmat nya bercinta.
Tapi, orang yang bercinta belum tentu merasa nikmat nya berkahwin”

No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal