February 8, 2012

rajuk jiwa menanti permata










Baru paham bagaimana perasaan isteri2 yang terlalu berharap kan zuriat, tapi bila check tak mengandung pun.

Sebenarnya aku berharap, sebab dalam hati dua tiga minggu ni perasan habis bajet mengandung. Tapi tak nak berharap sangat, so semalam p farmasi beli pregnancy test..pagi tadi bangun2 terus check,...

Negative.

Oh.

Tak mengandung pun.

Dan.

Terus rasa nak nangis.

Haha.

Tu la.

Lain kali jangan berharap sangat.

Tapi.

berapa lama dah kawin?

8 bulan.

Tak sampai setahun.

Tapi dah tak sabar2 nak ada baby.

Ramai lagi mereka yang kawin bertahun2, belum ada rezeki lagi.

Sabar...sabar..

Kakak2, saya paham perasaan anda.

Aku yang baru lebih kurang 8 bulan kawin pun teruja sangat nak dapat baby, macam mana dengan mereka2 yang bertahun2 kawin.

Mesti bertambah tekanan.

Huhu.

Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya:

“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”

Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:

“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”

Setiap yang berlaku ada sebab dan cara mengatasinya.

mungkin Tuhan bagi rezeki lain dulu.

mungkin juga kita belum mampu untuk bergelar ibu dan ayah.

Allah lebih tahu.

Kakak-kakak,jom berkongsi...

Kenapa belum di kurniakan zuriat?

1. Belum bersedia

Yela,memang kita rasa kita dah bersedia untuk ada baby, tapi sebenarnya TIDAK.

Mungkin apa yang kita rasa adalah keinginan je.

Contohnya bila kita tengok kawan2 kita yang ada baby, kita pun rasa nak jugak. Keinginan menguasai fikiran kita dan kita dah tak fikir perkara lain.

2. Perlu memperbaiki diri

Kita semua rasa kita lah yang terbaik. Tapi kita tak sedar macam mana hubungan kita dengan kawan2, dengan orang2 lain.

Baik? Mungkin ye, tapi rasanya kita tak perasan yang kita pernah mengumpat, mengutuk, fitnah, macam2 lagi yang kita buat pada orang lain.

Hati tak bersih. Macam mana nak didik anak kalau diri sendiri pun tak betul. Alamatnya jadi ketam mengajar anaknya berjalan. Senget.

3. Baiki solat

Nyatanya, kita suka lengah2 kan solat. Ada jugak yang terlepas terus. Solat menghubungkan kita dengan Tuhan.

Berapa kali kita tadah tangan mohon pada Tuhan, diberikan permata hati yang soleh dan solehah? Adakah solat kita cukup?

Adakah solat kita sempurna rukun2 nya dan di terima Tuhan?

Menjadi tugas ibu bapa didik anak solat, tapi bila ibu bapa pun zero bab tu, macam mana? Apa nak jawab kalau anak tanya “ mak tak solat ke?”,

“ ayah, apa bacaan waktu rukuk,apa bacaan waktu sujud”.

4. Baiki hubungan suami isteri

Suami isteri yang baik akan memahami diri masing2. Mungkin sesekali ada terlepas cakap, terasa hati, tapi tak lama pun rajuknya.

Kena ingat nanti tak boleh bertekak depan anak2. Kena belajar kawal diri. Kita nak jadi ibu bapa contoh pada anak2.

Kena belajar cara nak tunjuk kan kasih sayang.

Biar nanti anak tengok macam mana eratnya kasih sayang ibu bapa dia, dan dia merasakan yang dia ada keluarga penyayang yang sangat bahagia.

Apa yang kamu2 semua nak cakap?

Ok.

i'm a student of uitm.

Student.

Student.

Tapi.

i'm married

perasaan setiap orang berbeza.

Ada mereka yang berkawin ketika belajar, sama macam aku, n mereka cakap habis belajar baru fikir soal anak.

Dan aku rasa, mereka tipu.

Minta maaf.

Kalau menyinggung sesiapa.

Tapi memang betul.

Tipu.

Tipu.

Tipu.

Di sebabkan tuntutan mereka sebagai pelajar,

perkara lain perlu di korban kan.

Sungguhpun hati kata mahu, tapi lidah tetap cakap sebaliknya.

tapi, selagi punya masa, belajar lah cara menjadi ibu bapa yang terbaik.

Titik.


No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal