February 29, 2012

ulser mulut

Ulser mulut menyerang.

Puncanya tergigit je pun.

Uhuhhu..

Bangun pagi2 pedih gila.

Nak makan lagi la payah.

Terpaksa makan bubur je.

Nasib baik la dengan bantuan encik google, aku berjaya menemui ubat nya..

Kalau kamu2 pun mengalami ulser mulut sila cuba petua berikut :

Ambil asam keping. Tapi sikit je la.

Tekap kan pada ulser dalam mulut tu.

Biarkan je. Lagi lama lagi bagus.

Masa ni anda akan rasa seperti mau mati ooo..

Pedih.

Airmata mengalir sendiri leleh2 kat pipi.

Kaki pun melompat dengan sendiri.

Tapi kena tahan la sikit.

Hahahaahaa.

Aku nak baik punya pasal tahan je.

Setengah jam lepas tu bila aku buang asam keping tu,

Bahagian yg kena ulser terasa macam kebas.

Tapi still pedih2 lagi.

Dalam 5 minit lepas tu dah tak sakit,

Alhamdulillah. Dengan izin Allah jua.

Dan hari ni lepas bangun tido dah rasa ok.

Ulser tu macam dah kering.

Tak sakit dah.

Boleh lah kamu2 cuba.

Selain asam keping letak garam pun boleh juga.

Kumur2 ngan air garam.

Tapi ikut pada pengalaman aku,

asam keping memang membantu walaupun agak kejam pedihnya.

Jadi jagalah kesihatan.

Minum banyak air masak.

Kalau tak azabnya tersangatlah pedih.

No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal