March 21, 2012

permata hati bakal tiba

syukur..
Tuhan memberi aku lagi 1 nikmat berkahwin.
bertambah kebahagiaan.

mulanya Isnin hari tu, aku rasa sakit perut yang teramat.
tekak tiba2 berubah selera.
dalam hati rasa mungkin keracunan makanan atau salah makan.
bukan apa, tak nak berharap.
sebelum ni bayak kali test kehamilan.
semua negatif.
semalam p klinik, perut masih sakit.
macam biasa, doktor cakap aku mengandung.
tapi aku tak percaya.
bukan putus asa, tapi tak nak berharap.
doktor suruh buat UPT.
aku ikutkan je.
dan lepas tu,
" kan saya dah cakap, awak mengandung"

wah!!
keajaiban dah berlaku.
si junior dah berada dalam perutku
selama 11 minggu.
mintak maaf ye baby..
tak perasan baby dah duduk dalam perut ibu 11 minggu.
terima kasih sebab jadi anak yang baik.
tak ada alahan yang teruk berlaku.
cuma kesian si suami.
sebelum tau aku mengandung.
aku mintak macam2.
laksa.
sampai aku cakap nak makan laksa je sebulan.
lepas tu rojak.
jenuh mencari rojak.
last2 buat sendiri.
beli kuah rojak n buah.
dan nasib baik!!!
aku tak beli nenas.
suami dah syak, mungkin mengandung.
tapi aku macam biasa.
tak nak berharap.
nanti kecewa.
tapi semalam aku mula percaya.
si junior dah 11 minggu wujud.

lepas ni aku tak ada lah sorang2 p kelas.
ada si junior yang teman.
moga Allah memberi rezeki
yang tak putus2 buat kami suami isteri.
semoga semua urusan di permudah kan.

pesan untuk anak ku :

moga jadi anak yang pintar.
dalam perut ibu dah bawak p universiti.
belajar.
jadi anak yang pandai ye baby..janji !!
jadi anak yang baik.
ikut ibu pergi kelas dok diam2.
jadi budak baik.
bukan berlakon jadi budak baik tau!!
jangan bebankan ayah sangat.
penat dia keje untuk kita berdua.
dah lama dia tunggu baby,
akhirnya ada jugak.
kita mesti sama2 kuat semangat.
ok.
janji!!!

p/s : kebahagiaan kini berganda.

1 comment:

  1. Salam peserta contest #4 KakiWayang.com.

    Kami ada up satu segmen khas untuk network blogger review filem.
    Nak join Rakan Bloggers @ Kakiwayang.com?
    Boleh rujuk pada link di bawah ini :

    Segmen Khas - Rakan Bloggers @ KakiWayang.com

    Nantikan contest baru bulan depan.
    Terima kasih ye =)

    ReplyDelete

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal