July 20, 2012

tips berpuasa untuk ibu hamil


sape cakap pompuan mengandung tak boleh puasa.
tapi kena dapat nasihat doc dulu la.
keadaan setiap ibu hamil adalah berbeza.
dan pastikan keadaan kita ketika berpuasa tidak memudaratkan 
baby kat dalam perut tu.
untuk memastikan keselamatan nye..
mari ikut beberapa tips di bawah ini.

1) Jangan 'miss' untuk bersahur

2) Perbanyakkan makanan yang bernutrien dan serat yang
tinggi ketika berbuka dan bersahur.

3) Jangan melakukan terlalu banyak aktiviti fizikal.

4) Jika terdapat simptom yang luar biasa ketika berpuasa,
segera berbuka dan terus bawa ke klinik.

5) Elakkan dari meminum minuman yang mengandungi
kafein seperti coffee dan coke


6) Minum air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi

7) Ambil makanan tambahan seperti pil vitamin dan kalsium pada waktu malam dan bukannya sewaktu bersahur bagi mengurangkan kesan sampingan akibat ubat seperti loya dan pening kepala. 

8) Jangan paksa diri untuk terus berpuasa
    Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Dr. Noor Aini Saari berkata: ``Ibu-ibu yang terus memaksa diri untuk berpuasa tanpa menimbangkan keadaan kehamilan itu sebenarnya sedang membahayakan fetus/janin sendiri. Malah, janin juga boleh terkena hipoglisemia, kekurangan zat gula, kalori dan zat makanan/nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya, kasihanilah anak-anak yang di dalam kandungan. Segala keberkatan tidak bermakna apabila zuriat kita tidak sihat.''

9) Seelok-eloknye lewatkan lah waktu bersahur

10) Elakkan membeli-belah atau berjalan-jalan terutamanya di tengah panas supaya kekal segar dan tidak berlaku dehidrasi.
Selagi keadaan kita berpuasa tak mudaratkan baby, kita boleh berpuasa.
Tapi kena ikut cara yg betul.
Kalau betul2 tak mampu, diboleh kan berbuka.tapi kena ganti balik puasa tu.
Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa".Hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui boleh berbuka puasa.

No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal