October 10, 2012

36 minggu menunggu hari


minggu ni genap lah 36 minggu.
 rasa cepat masa berlalu dan tiba2 terpikir bila pulak perut aku ni makin membesar?
 maklum lah sebelum ni hari2 bangun tido p tengok perut kat cermin, risau perut tak membesar.
pastu dah malas, pejam celik tetiba pulak besar.
ajaibnya kuasa Tuhan.
makna nya baby jugak dah membesar dengan sihat. last scan hari tu dia dah 2.2 kg untuk 34 minggu.
lega bila doc cakap berat normal untuk baby seusia itu.
harap dia lahir nanti tak de lah besar sangat, sedang elok pun dah ok.
memandang kan due date 10.11.12 (tarikh yang cantik), hati ni berkira2 nak suruh baby kuar 36 minggu ++.
kalau kuar 19.10 baby dah 36 minggu 6 hari..
kenapa 19.10??
sebab sama tarikh lahir dengan bapaknya.
bapaknya pulak berkira2 sebab tak nak berkongsi kek dengan anakanda bila nak sambut besday nanti.
kesian anakanda.

sepanjang menunggu nak masuk 36 minggu ni macam2 dugaannya.
badan pulak sakit2 mungkin baby dah berat.
di sebabkan baby yang comel ni suka sangat dok belah kiri, jadinya badan sebelah kira tersangat la sakit. lebih lagi bila bangun tidur.
tiap hari menahan jelah memandang kan lagi bape hari je baby ni boleh lepak kat situ.
lepas tu dah kuar melihat dunia..apa sajalah anakanda..
pasni mesti rindu nak rasa baby bergerak dalam perut.
rindu nak rasa baby tendang2.
huhu.
bertuah menjadi perempuan.
9 bulan lebih menggendong anak.
makan minum tido berjalan, buat kerja rumah..tiap masa bawak anak dalam perut.
sayang kaum lelaki tak dapat merasa.

mungkin si ayah patut merasa ketika baby dah lahir pulak.
berjaga malam tukar pampers anak.
ye ke?
si suami cakap dia seorang yang penyabar.
sabar je dengar anak nangis ye..

beg baby  n semua barang untuk di bawa ke hospital dah siap.
tinggal nak masuk kan dalam kereta je.

dah berapa kali check takut ade benda tinggal.
 semua google je ape yang nak kena bawak.
1st time kan.
ikut jelah apa yang cik google bagitau.
lalalalala.....
harap semuanya selamat...



No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal