November 28, 2012

penangan emosi

Alhamdulillah.

Selamat bersalin pada usia baby 39 minggu. Keluar jugak dia dan terjadi lah jatuh cinta pandang pertama pada baby kecil yang diberi nama Muhammad hadif bin muhamad fadhlan.
Kini dah 24 hari menjalani sesi berpantang (yang tak berapa berpantang sangat).
Sehari lepas bersalin dah boleh kuar wad n terus balik rumah mertua kat teluk intan.
Stay teluk intan 2 minggu. Terasa janggal berpantang kat rumah mertua + rasa segan.
Tapi keinginan hati yang tidak mahu jauh dari suami, ku turut jua.
Emosi selepas melahirkan terasa berubah 360 darjah.
Lebih sensitif berkali ganda tak terkira.
Tak mahu langsung jauh dari suami
Lepas suami habis cuti, terus hati meronta nak ikut jugak balik rumah sendiri.
Risau tinggalkan suami sensorang kat rumah + kesian + takut.
Sebenarnya hati gelisah bila jauh. 
Jadi aku amik risiko balik jugak rumah sendiri bersama suami walau baru 2 minggu melahirkan. 
Sikit pun tak risau pada diri sendiri.
lagipun terasa diri agak sihat sikit dan mampu meguruskan semua.
Ingat nak jaga diri sendiri je kat rumah + belajar jaga baby sendiri selaku ibu yg muda kononnya.
Tak mahu menyusah kan kedua2 mak. 
Di sebabkan kedegilan kuasa kuda lalu suami pun menurut.
Mungkin sebab aku dah terbiasa mengurus diri sendiri sejak dulu diasrama.
Bila dah melalui fasa melahirkan yang bagai nyawa di hujung tanduk ni, rasa nak dapatkan kasih sayang lebih dari suami.
Emosi menjadi begitu lemah longlai. 
Takut ditinggalkan, takut kalau apa2 jadi.
Mungkin di pengaruhi oleh pembacaan kisah mereka2 sebelum ni yang masih berpantang tapi suami pulak cari pompuan lain kat luar (pengaruh pembacaan yg tak elok)
Bukan isu kepercayaan, tapi cuma emosi yang kurang stabil.  
Apa yang aku mau hanya nak ada dekat dengan suami.
Baru hati rasa tenang, emosi pun tak terganggu dek benda2 remeh.
maklumla bila emosi celaru, setan pun mula la menghasut.
Patut la orang cakap pompuan lepas melahirkan ramai yang meroyan.
Semua di sebabkan emosi yang berubah.
Mungkin macam yang aku rasa sekarang.
Semoga semua nya berjalan dengan lancar.
Sesungguhnya Allah mendengar doa hambanya.

“ Ya Tuhan, Kau telah temukan kami, dan Kau satukan kami sebagai suami isteri, oleh itu kekalkan kasih sayang kami berdua, kekalkan kesetiaan kami, berikan kami keberkatan rumah tangga,
Kurniakan rezeki yang luas dan halal pada keluarga kami, dekatkan hati kami utk terus beribadat kpd Mu,
berikan ketenangan hati dan fikiran kpd kami, jauhkan kami dari perasaan cemburu dan buruk sangka,
berikan kami kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak2 kami, sesungguhnya kami mengimpikan keluarga yg kekal bahagia hingga ke syurga Mu Ya Tuhan "

amin.





No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal