October 10, 2012

petua mudah bersalin



bila dah dekat due date mulalah sibuk mencari2 petua memudahkan proses bersalin nanti.

ni antara yang menarik perhatian.. 

  • amalkan baca surah Yassin di sertai niat moga di permudah kan semuanya 
  • amalkan bacaan surah Maryam. 
  • amalkan juga doa Nabi Yunus :                                                                    
            " la ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin "
  •  amalkan minum air lebihan suami (macam best je ) 
  • masa mandi tu amalkan minum air basuhan rambut, yang hujung rambut tu. ni petua orang tua2 la 
  • amalkan makan kurma tiap hari kalau boleh dalam bilangan yang ganjil ye.  
  • minum air kelapa dan amalkan selepas usia kandungan 7 bulan ke atas. banyak aku baca pengalaman2 orang yang minum air kelapa ni insyaAllah anak yang lahir bersih dan putih (sangat teruja bila baca kan) 
  • makan telur mentah bila dah hujung2 nak dekat due date ( mungkin tak lalu nak telan tapi boleh jugak cuba) 
  • kerap makan bendi untuk mudah kan laluan baby. tak pasti betul atau tak, mungkin sebab bendi tu berlendir. mak aku pun suruh makan bendi banyak2 untuk elak anak kena kuning. insyaAllah. 
  • banyak kan berjalan. sila jangan malas ye puan2. nasib baik umah aku ni tingkat  4 tak de lif. boleh jugak la nak bersenam sikit. kalau si suami ajak kuar jalan2 memang aku laju je. tengah sakit2 badan pun dah tak heran.  
  •  minum la air selusuh. lagi baik kalau mintak suami yang buatkan. 
  •  amal kan baca Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir 
  •  selalulah 'bersama' suami. ( dalam banyak2 petua, yang last ni jugak la laki aku ingat nye)


semua petua di atas boleh lah di amalkan. 
Sesungguhnya semua yang berlaku di atas keizinan Allah juga. 
Kalau dah amalkan semua yg di atas tapi masih mengalami kesukaran semasa melahirkan, anggap lah tu ujian dan dugaan yang Allah bagi untuk menghapus dosa2 silam kita. 
macam yang tercatat dalam satu hadis

 “ Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya “

jadi bersyukur lah bila kita di pilih untuk merasai semua kesakitan dari saat mengandung selama 9 bulan 10 hari hinggalah di saat melahirkan.




August 6, 2012

faktor2 yg membolehkan ibu hamil berbuka puasa



Kebanyakan ibu hamil keliru atau tak tau faktor2 yang boleh mendatang kan bahaya pada baby. So, sebab tak tau mereka pun terus puasa macam biasa. Walaupun ibu hamil tidak mengalami apa2 kesakitan, tapi yang penting keadaan baby mesti di ambil berat juga.

Beberapa perkara yang membolehkan ibu hamil berbuka puasa.
Kalau perkara ni berlaku, maka boleh lah berbuka ye.

Berasa pening, lemah atau pitam walaupun dah rehat 30 minit hingga sejam
Loya dan muntah yang memerlukan ibu hamil makan ubat penahan muntah
Umur kehamilan lebih daripada 20 minggu dan pergerakan baby kurang dari 10 pergerakan.
Biasanya baby akan bergerak lepas ibunya makan sebab baby dalam rahim dapat nutrisi yang di bekalkan ibunya. Bila pergerakan baby kurang maksudnya baby perlukan nutrient.
Sakit perut memulas-mulas. Mungkin juga tanda kelahiran pramatang. Bila ibu makan atau minum baby dapat nutrient secukupnya dan dapat elakkan kelahiran pramatang
Rasa sangat haus, air kencing bertukar jadi keruh dan baunya sangat hancing.ni tanda berlakunya dehidrasi pada ibu hamil.
Ibu hamil mengalami kekurangan berat badan atau tiada pertambahan berat badan.
Sakit kepala atau demam.

Kalau ibu hamil tidak mengalami apa-apa perubahan atau keadaan yang memudarat kan, maka bolehlah terus berpuasa macam biasa.
Seelok-eloknya dapat kan nasihat doktor dulu,lebih2 lagi bagi yang pertama kali mengandung.

sayang baby......

 



 

 

July 30, 2012

berat naik masa mengandung


Semalam p klinik.
Check up yg ke sekian kali nye.
Dan menerima suntikan kancing gigi.
Sampai hari ni terasa sakit2 lagi tempat cucuk tu.
Gatal pun ade. Rasa nak garu sekuat hati je.
Tapi..
Tu bukan perkara yg membimbangkan sangat.
yg di pikirkan sekarang ni.........
berat naik lagi.........
semalam timbang makin naik.
Tak pernah seberat ni.
Tapi doc tu cakap normal kalau berat naik masa mengandung.
Dia cakap sepanjang mengandung, berat akan naik dalam lebih kurang 15 kg.
15kg????
Apakah?
Tapi sedikit lega..
Sebab tadi baru google forum ibu mengandung, ramai yg risau pasal berat.
Ade yg naik sampai 20kg.
Tapi turun balik lepas beranak.
Harap macam tulah.
Lepas bersalin memang nak kena diet balik.
Ade jugak yang mengandung tapi berat tak naik banyak.
Jeles ni.
tapi berat naik pun ada sebab.
Pertambahan berat badan masa mengandung penting untuk membentuk fizikal baby dalam rahim
N untuk sediakan simpanan tenaga masa nak bersalin nanti.
Tapi jangan naik banyak sangat, nanti takut baby besar.
Pertambahan berat yg disarankan kena ikut BMI.

Macam ni : 

BMI kurang 18.5    – kenaikan dalam 12.7 - 18.2kg
BMI 18.5-24.9       – kenaikan dalam 11.4 - 15.9kg
BMI  25-29.9         – kenaikan dalam 6.8 - 11.4kg
BMI  30 atau lebih  – kenaikan dalm 5 - 9.1kg

Jadi kira sendiri la berapa pertambahan berat yang di perlukan.
Tapi kena dapat nasihat doc dulu.
Kalau kembar kira double la.
Berat yg naik masa mengandung tu ada banyak faktor.

Contoh nya, dalam blog dr.zubaidi, kenaikan 15kg-16kg penting untuk :

      Fizikal baby                                = 3.0-3.5kg
      Pembesaran payudara                = 1kg
       Pembesaran rahim                     = 1kg
       Pembentukan uri                        = 0.7kg
       Air ketuban                                 = 1kg
       Cecair dalam saluran darah       = 1.4-1.8kg
       Cecair dalam tubuh                     = 2.7-3.6kg
        Lemak                                         = 2.7-3.6kg     
Begitu rupanya.
patut la berat naik gile2 sekarang ni.
Jadi sekarang tak payah risau.
Lepas bersalin baru pikir nak berdiet.
Sekarang ni suami pun dilarang berdiet.
Nanti diet sama2.
Baru adil.
Huhuiii...






kesukaan melihat perut



 
*bukan gambar sebenar *
Aktiviti baru semasa cuti.
Melihat perut.
Bukan lihat2 saja.
Ada sesuatu yg begitu menarik perhatian diri sendiri tau.
Bila baby tendang,   perut pun akan terbonjol.
Bila dia aktif bergerak, terbonjol2 kulit perut terkena anggota badan dia.
Tak tahu lah kaki ke tangan.
Dan tiap kali dia bergerak, rasa teruja nak melihat perut sendiri.
Tengok pergerakan baby terbonjol2  pun dah berbunga2 rasa hati.
Dia lahir nanti makin berbunga la nampaknya.
Siap daun sekali.
Sekarang dah dapat agak dah aktiviti dia.
Sepanjang bulan puasa ni, siang dia kurang bergerak.
Mungkin kah tidur?
Mungkin juga.
Sebab bila menjelang tengah malam dia akan berjaga.
Bergerak ke kiri kanan, menendang, berenang dan macam2 la aktiviti dia kat dalam tu.
Kadang2 tak sampai hati biarkan dia bermain sorang2.
Huhu.
Baby yg bijak ni tak elok berjaga malam tahu!
Tak jeles ke tengok abah nya tidur begitu lena sekali?
Jeles kot.
Dan baby yg manis ni jugak mesti jeles ok...





July 26, 2012

sakit belakang ketika hamil



Kandungan dah cukup 6 bulan, dan terasa diri mengalami sakit tulang belakang yang amat sangat.
Terutama sekali lepas bangun tidur atau berdiri terlalu lama. 
Baby pun dah terasa berat.
Ni la padahnya kot selalu skip makan kalsium tu. susu memang wasalam la. Tak sentuh langsung.
Dengan bantuan encik google lagi, dapat beberapa tips untuk mengurang kan sakit belakang yang makin berlarutan ni. 
dan bolehlah kita berkongsi.

Pertama sekali mari ketahui kenapa bila hamil kita sakit belakang atau pinggul
  • Perubahan berat badan (pembesaran baby dalam kandungan dan menekan urat saraf dan sebabkan sakit belakang)
  • Perubahan hormon
  • Otot mengalami keletihan (posisi baring, duduk atau berdiri yang salah)
  • Perubahan postur badan
Posisi tidur terbaik adalah tidur mengiring ke kiri.
So, tidur ke kiri dapat meningkatkan pengaliran darah, nutrisi n oksigen ke plasenta.
Jangan tidur telentang.
Aku selalu jugak tidur telentang ni, tapi memang tak selesa n susah nak bernafas.
Tidur telentang membuatkan rahim bagi tekanan fizikal pada saluran darah besar dan boleh mengganggu bekalan oksigen pada baby. Jadi jangan tidur telentang.
Sian baby.
Lagipun tiap kali aku tidur telentang, terasa pergerakan baby macam tak selesa.
 Marah betul dia kalau aku tidur macam tu.
Sebelum ni jugak asyik tidur mengiring ke kanan je, sampai lenguh sendi2 lengan kanan ni.huhu.
 tapi ada terbaca jugak dalam blog Dr. Zubaidi yang wanita hamil boleh mengiring ke kanan atau ke kiri.
Lagipun mengiring ke kanan kan ikut sunnah Rasulullah saw.
Jadinya tukar2 la. Kalau lenguh belah kiri, tukar kanan. Tak de masalah pun.
ni la dugaan masa mengandung. sabar jela. lagi 3 bulan je. lagipun bukan semua orang merasa macam ni. 
lagipun kalau kita cakap sakit, orang boleh cakap sakit sikit je.
yang menanggung nya kita jugak kan.
lepas ni tak boleh la nak duduk ke, baring ke, berdiri lama2 ke or berjalan lama2lagi.
jangan suka2 hati.
nanti makan diri.
kesian kat baby juga.


July 20, 2012

tips berpuasa untuk ibu hamil


sape cakap pompuan mengandung tak boleh puasa.
tapi kena dapat nasihat doc dulu la.
keadaan setiap ibu hamil adalah berbeza.
dan pastikan keadaan kita ketika berpuasa tidak memudaratkan 
baby kat dalam perut tu.
untuk memastikan keselamatan nye..
mari ikut beberapa tips di bawah ini.

1) Jangan 'miss' untuk bersahur

2) Perbanyakkan makanan yang bernutrien dan serat yang
tinggi ketika berbuka dan bersahur.

3) Jangan melakukan terlalu banyak aktiviti fizikal.

4) Jika terdapat simptom yang luar biasa ketika berpuasa,
segera berbuka dan terus bawa ke klinik.

5) Elakkan dari meminum minuman yang mengandungi
kafein seperti coffee dan coke


6) Minum air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi

7) Ambil makanan tambahan seperti pil vitamin dan kalsium pada waktu malam dan bukannya sewaktu bersahur bagi mengurangkan kesan sampingan akibat ubat seperti loya dan pening kepala. 

8) Jangan paksa diri untuk terus berpuasa
    Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Dr. Noor Aini Saari berkata: ``Ibu-ibu yang terus memaksa diri untuk berpuasa tanpa menimbangkan keadaan kehamilan itu sebenarnya sedang membahayakan fetus/janin sendiri. Malah, janin juga boleh terkena hipoglisemia, kekurangan zat gula, kalori dan zat makanan/nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya, kasihanilah anak-anak yang di dalam kandungan. Segala keberkatan tidak bermakna apabila zuriat kita tidak sihat.''

9) Seelok-eloknye lewatkan lah waktu bersahur

10) Elakkan membeli-belah atau berjalan-jalan terutamanya di tengah panas supaya kekal segar dan tidak berlaku dehidrasi.
Selagi keadaan kita berpuasa tak mudaratkan baby, kita boleh berpuasa.
Tapi kena ikut cara yg betul.
Kalau betul2 tak mampu, diboleh kan berbuka.tapi kena ganti balik puasa tu.
Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa".Hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui boleh berbuka puasa.

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal