January 9, 2013

hadif yg gigih

Waaaa...gigih kan ko hadif.
Mula nak belajar meniarap sendiri.
Hari ni 2 bulan 4 hari..perkembangan yg positif untuk dia.
Dan.....
Beberapa minggu yg lepas sebelum umo dia menginjak ke 2 bulan, dia mula pandai sebut ibu.
Walau kadang2 dia lupa macam mane nak bunyi kan ibu tu, 
tp bila dah terkeluar bunyi tu rasa berganda2 sayang pd hadif.
Yup..berganda2 sejak 1st time jatuh cinta pd dia masa hari pertama dia lahir dulu.
Oh Tuhan.....macam ni perasaan menjadi ibu.
Baru ku tahu...
Hadif memang bijak.
Sebelum ni tunggu suami balik keje dok la sorang2 kat rumah.
Sekarang hadif la jd kawan.
Pandai pulak dia borak dgn aku, tau2 je aku bosan kan..
Dia jugak la tadah telinga dengar aku membebel hari2 sampai terkebil2 mata.
Comel sangat ok.
Best kan kalau dapat jd ibu sepenuh masa.
Dpt tengok perkembangan anak 24 jam.
Letih pun takpe demi anak tu.
Td bila dia berjaya pusingkan badan dan meniarap sendiri rasa macam waaaaaaa....
Anak aku dah pandai la...
Tp lepas tu dia cuba lagi dan tak berjaya pusingkan badan.
Mula la dia mengeluh.
Hai anak, nak ibu jd pom pom girl makcik ke sorak sampai ko berjaya meniarap sekali lagi ha ...
Tapi takpela..tu pun perkembangan yg bagus untuk baby umo 2 bulan++..
Tak sabar tunggu dia membesar.
Mesti lg comel dgn gelagat dia tu.
Sepanjang aku jaga dia ni, paling best sekali bila aku hilang dari pandangan dia, dia mesti tercari2, pastu sedih nak nangis, mungkin takut sorang2.
Bila aku cakap 
“ hadif nape sedih, ibu ade je ni jage hadif “ 
sambil pegang tangan dia,
Dia x jd nangis dan tak takut dah. tengok betapa comel nye dia.
Dan bila abahnya pegi keje, dia selalu toleh kat kerusi yg abah dia selalu duduk tu,
pastu aku bagitau la 
“ abah keje, nanti petang abah balik la”
tetibe sedih jugak. Hai anak, pandai main dgn emosi dah ye. 

Untuk anakku hadif, jgn risau, ibu n abah selalu ada dgn hadif.
Tak kira apa pun susah senang, jangan takut.
Macam mana ibu jaga hadif masa hadif 9 bulan dalam perut, macam tu jugak la sekarang ni.
Hadif amanah untuk ibu n abah.
Cuma jd anak yg baik je.
Kami sayang hadif. 

No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal