January 7, 2013

hati ibu yg sayu


2 bulan dah muhammad hadif ni.
Seronok tengok perkembangan dia.
Dari mula2 dah pandai senyum, pastu riuh dah mulut dia sekarang ni.comellll sangat.
Hati ni tak keruan pikirkan bulan 3 nak masuk belaja balik.
Tak sanggup pulak hantar hadif balik kampung, walaupun neneknya yg jaga.
Hati ibu ni lain sikit.
Nak anta umah pengasuh pun berat hati ni...huhu..tapi paling tak pun dia ada dengan kita tiap hari.
Tiba2 terpikir macam mane ibu2 lain dok jauh ngan anak dorang eh.
9 bulan kot bawak baby dalam kandungan, bila lahir je hantar kampung...oh tidakkk....
Mungkin ade alasan tersendiri tapi aku dah pikir banyak kali dah, tak sanggup.
Kesian baby.
Dalam perut dia sentiasa dengan ibu dia, selesa je, berkongsi perasaan, makanan, emosi,  bila lahir mesti dia nak rasa lebih lagi kasih sayang n belaian seorang ibu. Kalau dia tau ibu dia tak nak jaga dia, mesti dia taknak kuar dari kandungan kan?
Sampai camtu aku terpikir..yelah kesian kot.
Karang orang meroyan dalam pantang, aku meroyan lepas habis pantang sebab berpisah dengan anak.
Lagipun hadif dah mula kenal ibu abah dia..
Kasih sayang n didikan ibu bapa tak sama dengan orang lain, walaupun atuk nenek sendiri..
Aku tau sebab dulu aku tinggal dengan atuk opah jugak.
Memang tak sama.
Aku tak nak anak aku pun macam tu.
Tambah pulak dia baby lagi.
Biar la dia belajar kenal siapa ibu abah dia.
Lagipun anak amanah Allah, Tuhan dah bagi kena jaga elok2.
Bila Tuhan bagi tu maknanye Dia tau kita boleh jaga apa yg diamanahkan tu.
Tambah pulak aku yang bertarung nyawa lahirkan dia,sakit Tuhan je tau.
Cuba bayangkan kita nak sesuatu ,dan bertarung nyawa hidup mati nak dapatkan nya,bila dah dapat mesti kita nak jaga elok2, tak kan senang2 bagi kat orang.
Tetiba jeles tengok orang dapat besarkan anak sendiri depan mata.
Baru rasa susah ke senang nak jadi ibu bapa.
Bukan senang buat senang jugak bagi kat orang.
Sekarang ni bila tengok muka hadif rasa kesian sangat.
Naluri ibu yang melahirkan selalunya tak semua orang tau.
Dari masa mengandung 9 bulan bawak perut.
Lepas tu menanggung sakit bersalin yang teramat sampai trauma.
Lepas bersalin ada lagi dugaan masa berpantang,hati selalu tak keruan risaukan suami bila berjauhan. Lagi kesian bila nasib isteri yg dalam pantang tapi suami syok dengan pompuan lain. Tak paham langsung keadaan isteri tu baru lahirkan anak dia jugak. Kalau tak nak jaga dia dalam pantang pun hargai la pengorbanan isteri tu bertarung nyawa. Bukan mengungkit tapi cuma nak dihargai.
Tak habis dengan tu kena pulak berjaga malam nak susukan anak sampai sakit pinggang, tersengguk2.
Siapa pernah rasa semua tu mesti tau kenapa syurga bawah tapak kaki ibu.
Patut pun Tuhan bagi pahala jihad untuk ibu yang melahirkan.
Tuhan lebih tau semuanya.
Sekarang masih terpikir, macam mana nanti bulan 3  ???
Mintak Tuhan bagi jalan terbaik..amin....

 

 

No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal