September 12, 2013

jangan marah, dia baru 10 bulan !!

Ok anak..ibu takde poket macam kanggaru nak gendong kamu 24jam.
Muhammad Hadif dah 10 bulan dah.
Ha kan.
Lama tak update tengok dia dah besar dah.
Tapi nye..
Manja pun makin menjadi2.
Kat rumah memang 24jam mengadap anak.
Nak bangun basuh pinggan pun dia nangis macam kena dera.
Tak boleh berganjak sikit walau seinci.
Hai anak..
Tapi...
Yela.
Anak kan.
Layan kan je.
Nanti dia besar sikit lagi dah boleh jalan dah tak terkejar pulak.
Kadang2 kesian kat Muhammad Hadif tu.
Bila dia aktif sangat ade masa termarah jugak kat dia.
Tapi bila pikir balik, buat ape nak marah dia.
Anak baru 10 bulan.
Dah merangkak pulak tu.
Biasa la dia teruja nak sentuh, nak tengok semua benda sekeliling dia.
Sepatutnya bersyukur sebab perkembangan dia makin hari makin bagus.
Bila pikir macam tu..rasa bersalah pulak.
anak tu amanah Allah.
i'm not  a good mother
tapi aku cuba jadi ibu yang terbaik.
Sebab dia anak aku.
Hantar anak tinggal kat kampung??
Oh belum masa nya lagi.

Dan mungkin TIDAK.

Aku punya kudrat lagi nak jaga anak sorang.
Anak tanggungjawab mak bapak, bukan datuk nenek.
Biar susah macam mana pun, anak mesti tetap kena ada depan mata.

Teringat sorang ustazah ni penah cakap,

“ biar kita susah jaga anak kecik, jangan sesekali lepas tangan. Tuhan dah bagi anak sebagai hadiah. Kita kena bersyukur. Tengok berapa ramai orang kawin tapi belum ada anak. Siapa tahu anak yang kita jaga tu la yang akan mendoakan kita bila kita mati nanti. “

Kata sorang ustaz pulak,

"Solehkah anak itu jika waktu tua datuk dan nenek itu dibebani tugas membela cucu sedangkan mereka sepatutnya diberi peluang mengisi waktu untuk beribadah,"

Mungkin orang tua kita yg minta nak jaga cucu.
Dorang yg mintak nak jaga anak kita.
Tapi sesekali cuba kita pikir, anak kita makin membesar, makin byk karenah.
Makin aktif, makin lasak.
Kita sendiri penat melayan anak.
Ni kan pulak mak ayah kita.
Walau dorang rela hati nak jaga sekalipun, 
kita sebagai anak tak rasa kesian ke?
Cukup la mak ayah kita jaga kita + adik2 kita lagi masa kecik.
Sekarang ni tugas kita pulak nak merasai pengalaman tu semua.
Biar ape pun pendapat orang, aku tetap dengan pendirian aku.
Bersabar jela.
Susah payah pun anak kita jugak.
Dia berhak berada di bawah jagaan kita sebagai ibu bapa dia.
Syukur Tuhan bagi peluang merasai nikmat sebagai ibu bapa.

sebab tu bila aku marah Hadif usik semua benda yg dia nampak,
mesti lepas tu aku rasa bersalah.
baby 10 bulan.
ape yg dia tau?

 
 

No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal