Hoi hoi hoi...
dah
macam trend plak tiap kali beranak kena cite pengalaman bersalin kat blog kan..
Thethethehehe...
lagipun ramai kawan2 yang tanya macam mana beranak, sakit ke tak n bagai2 lagi. penat jugak nak cerita satu2 kan...so share jelah kat sini.
Sharing is
caring.caring is loving.loving is...(sila isi tempat kosong)
Baiklah.
Rasa tak bersalah
nak cite jugak walaupun dah 3 bulan berlalu.
Huhui.
Tanggal 5 november
2012 yg jatuh pada hari isnin, lahir la anakanda putera kesayangan hamba.
Awal 5 hari dari
tarikh jangkaan iaitu 10 november 2012.
Mulanya hari sabtu sebelum
tu tetiba rasa sakit pinggang tapi gagah juga ke kelas takaful bersama suami
dan singgah pula jalan2 di space u8 selepas itu.Rasa dah macam
penguin gaya jalan diriku ini tapi gigih juga.
Sebenarnye memang
sengaja nak berjalan2 sebab semasa pegi check untuk 38 minggu usia kandungan,
dr Wan Ratna mengatakan kedudukan baby masih tinggi dan belum masuk ke laluan
nya. risau kemungkinan akan overdue.
Anak pertama
kebiasaan nya begitu katanya lagi.
Lalu beliau
menasihatkan aku supaya banyak kan berjalan.
Lepas dari tu
hari2 aku turun naik tangga n pusing2 area umah aku ni.
Berbalik pada cerita
tadi, pulang dari space u8 terus berehat2 saje.
Esok nya iaitu
hari ahad, tetibe dah turun darah sikit.
Abaikan je sebab
mak cakap dah sakit baru pegi hospital..
(selaku anak yg baik terus ikut cakap mak)
(selaku anak yg baik terus ikut cakap mak)
Tak lama lepas tu
masih ada darah n rasa contraction sikit2.
Suami terus ajak p
hospital.
Sampai di Putra Medical Centre(PMC)
seperti di jangkakan
dr. Wan Ratna takde sebab bukan waktu dia bertugas.
dr. Wan Ratna takde sebab bukan waktu dia bertugas.
Lalu nurse yg
ambil alih aku.
Buat CTG tengok
graph memang ade contraction sikit.
Cek bukaan baru 1
cm.
Nurse dah bagi arahan tak bagi balik rumah.
Nurse dah bagi arahan tak bagi balik rumah.
Tapi aku yg degil
kuasa kuda cepat2 membantah nak balik rumah jugak.
Nurse tadi cakap
dia call dr Wan Ratna dulu
tanya boleh balik tak.
tanya boleh balik tak.
Tak lama lepas tu,
dia cakap doktor bagi balik tapi kalau sakit makin kerap cepat2 datang balik.
Lalu kami suami
isteri pun balik la.
Malam tu sakit
bertambah kuat.
Tapi masih mampu
bertahan sebab ala2 senggugut je.
Aku dah biasa
senggugut masa period so aku bertahan je.
Esok nya iaitu
hari isnin masih turun darah.
Sakit makin
bertambah dan makin kerap.
Teringat dr Wan
Ratna selalu pesan, tanda sakit nak bersalin ialah bila sakit tu makin sakit
dan makin kerap..
Dalam hati berkira2..dah dekat dah ni.
Suami pun work
from home je hari tu
sebab risau apa2 jadi.
sebab risau apa2 jadi.
Bila contraction
dah makin kerap, suami terus ajak pegi PMC balik.
Mula2 aku degil
jugak,tapi risaukan
baby, menurut jua.
Degil kuasa kuda
ku lari gagah berani pun dah tak ada gunanya sebab suami pun dah menunjuk kan ketegasan kuasa kuda juga adanya pun.
Dalam perjalanan
singgah beli air kelapa kat tempat biasa dulu.
Sempat lagi tu
kan.
Tiba kat PMC dr
Wan Ratna takde lagi sebab dia bertugas petang.
Lalu kami laki bini
pegi la makan tengahari dulu kat kedai yg berdekatan.
Lepas makan kami
decide untuk pegi je check, nak tunggu dr Wan Ratna lambat lagi.
Lepas wat CTG dr
Zarul yg ambik alih aku.
Ayarkk....agak
segan di situ.
Saya mahukan doktor Wan Ratna kesayangan
saya.
Keadaan yg terdesak pasrah je.
Dr Zarul check bukaan dah 2 cm dan
diarahkan untuk warded terus.
Dah tak degil lalu aku turutkan je.
Nurse ambik kan wheelca atau bahasa ibunda
nya wheelchair.
Aku cakap tak payah pakai wheelchair la.
Nurse tu kata itu arahan dr Zarul.
Aduhai.
Sampai kat wad, suami dah pilih nak single
room sebab malam2 dia boleh teman tapi bilik tu penuh la pulak.
Kami pegi je ke wad yg ada 4 katil.
Tapi kat situ suami tak boleh tunggu.
Lepas kami laki bini bincang2, aku pun
setuju bila suami cadangkan kami ambik je VIP room.Kat situ suami boleh tunggu dan lebih
privacy.
Tunggu punya tunggu dr Wan Ratna pun masuk.
Dia check bukaan dah 4cm. Aku terkejut jugak sebab cepat la pulak.
Dr Wan Ratna pecahkan ketuban, then dia
cakap baby dah berak dalam perut dan suruh encik suami tengok memang betul
sebab cecair yg keluar kaler kehijauan.
Dalam hati aku dah risau dah..
ah sudah la kena czer plak la karang ni.
tapi lega bila dr Wan Ratna cakap nak check jantung baby dulu then baru decide macam mana.
ah sudah la kena czer plak la karang ni.
tapi lega bila dr Wan Ratna cakap nak check jantung baby dulu then baru decide macam mana.
Wat CTG lagi sekali, alhamdulillah jantung
baby ok lagi. dr Wan Ratna cakap dia boleh tunggu dalam masa 4 jam untuk cuba
bersalin normal, tak boleh lama2 sebab baby pun dah berak takut termakan
najis..jadinya dah tentu la aku akan di induce untuk cepatkan bukaan rahim.
So doktor pun induce ubat melalui drip kat
tangan kiri.
hohoi...sakit kamu tahu.
hohoi...sakit kamu tahu.
Aku ingatkan lepas masuk ubat tu lambat
lagi la kesan nya, rupanya lepas je nurse masuk kan ubat tu, terus rasa sakit
berganda dari sebelum nya.
mana tak nya bila dah di induce sama la macam kita dipaksa untuk bersalin.
mana tak nya bila dah di induce sama la macam kita dipaksa untuk bersalin.
Contraction makin kuat dan makin kerap
dalam 5 minit sekali.
Nak tunggu 4 jam rasa bertahun2. Sakit macam
pinggang di patah2 kan..(over kan..)
Lepas tu nurse datang aku suruh dia stop
kan ubat tu, tak mau dah sebab sakit sangat.
Nurse cakap tak boleh kena habiskan sampai
bukaan 10 cm.
Oo mak aihhh...sakit nya dah beribu2 kali
ganda dari sakit senggugut.
Tak boleh nak gambarkan dah sakitnya.
Dalam masa macam ni, suami la yg jadi mangsa tempat menahan sakit.
Mujur suami sentiasa ada teman aku.
Tetibe mengalir airmata terharu kan...sob...sob..
Dalam masa macam ni, suami la yg jadi mangsa tempat menahan sakit.
Mujur suami sentiasa ada teman aku.
Tetibe mengalir airmata terharu kan...sob...sob..
masa tengah menahan sakit tu rasa bagus jugak kami pindah VIP room ni, tak de la 1 wad dengar aku meraung menahan sakit.
kalau tak sudah semestinya la mendatang kan ketakutan kepada pesakit lain yg mungkin berfikir aku akan bertukar menjadi hulk..
kalau tak sudah semestinya la mendatang kan ketakutan kepada pesakit lain yg mungkin berfikir aku akan bertukar menjadi hulk..
Tak lama lepas tu, nurse dah suruh masuk
labour room.
Ingatkan dah boleh beranak, rupenye belum
lagi. kena tunggu lagi sebab bukaan belum full.
Tuhan je tau sakitnya. Masa kat labour room
tu dr Ratna masuk sekali sekala tengok keadaan aku.
Nurse cek lagi bukaan, dah 9cm. Dia tengok
aku dah sakit sangat dia tanya aku nak ubat tahan sakit ke, aku mestilah cakap
nak. Dia cakap ubat tahan sakit tu cuma boleh tenangkan aku je, tapi sakitnya
tetap sama.
Aku tak kisah aku nak jugak sebab sakit sangat,
suami cakap masa tu muka aku dah biru menahan sakit.
Aku tak kisah aku nak jugak sebab sakit sangat,
suami cakap masa tu muka aku dah biru menahan sakit.
Tak lama lepas tu bukaan dah full, nurse
panggil dr Ratna dan bermula la proses meneran. Disebabkan letih yg teramat
menahan sakit, aku dah takde tenaga dah nak teran,
lagipun ubat tahan sakit tu buat aku macam separuh sedar je.
Risau dengan keadaan baby, dr. Ratna terpaksa guna vacuum untuk tolong tarik baby keluar.
aku tetap jugak push, tak lama lepas tu baby pun keluar.
Nurse tunjuk baby kat aku dan cakap baby boy. Aku terpinga2 je tapi aku nampak kepala baby macam bengkak mungkin sebab vacuum.
lagipun ubat tahan sakit tu buat aku macam separuh sedar je.
Risau dengan keadaan baby, dr. Ratna terpaksa guna vacuum untuk tolong tarik baby keluar.
aku tetap jugak push, tak lama lepas tu baby pun keluar.
Nurse tunjuk baby kat aku dan cakap baby boy. Aku terpinga2 je tapi aku nampak kepala baby macam bengkak mungkin sebab vacuum.
Ajaibnya kuasa Tuhan, lepas je baby keluar,
sakit hilang 100% sampai aku lupa macam mana sakit tadi.
Nurse terus bius peha aku dan lepas tu terus tak sedar.
Suami cakap aku tertidur sampai berdengkur dek letih yg teramat gayanye.
Nurse terus bius peha aku dan lepas tu terus tak sedar.
Suami cakap aku tertidur sampai berdengkur dek letih yg teramat gayanye.
Bila aku sedar balik, nurse tengah tolak katil aku ke wad.
Maknanya, semua proses cuci mencuci dan jahit menjahit telah siap.
Kat wad mak n kakak aku dah tunggu..rasa tersangat adventure nye hari tu.
macam baru lepas panjat gunung kinabalu, turun, panjat balik, turun panjat balik, turun panjat balik, turun pastu panjat lagi...dan seterusnya.
Bila ingat balik rasa macam tak nak beranak dah. trauma yg teramat sangat rasanye. Tapi bila tengok muka si kecil ni rasa berbaloi sakitnya..anugerah Tuhan yg tak ada nilainya.
ok ni serba ringkas je aku cerita..dan mari lihat baby yg comel ini selepas beberapa jam di lahirkan.
MUHAMMAD HADIF BIN MUHAMAD FADHLAN
lahir pada pukul 7.13pm..
dengan berat 2.7 kg.
dengan berat 2.7 kg.
pertama kali melihat wajah yg bersih suci ni terus jatuh cinta. inilah anak yg aku kandung selama 9 bulan lebih.
Terima kasih Tuhan kerana memberi nikmat kebahagiaan ini.
Terima kasih suami ku yg selalu ada masa susah senang.
Terima kasih juga untuk baby comel ini sebab sudi jadi penyeri hidup ibu dan abah.
Terima kasih Tuhan kerana memberi nikmat kebahagiaan ini.
Terima kasih suami ku yg selalu ada masa susah senang.
Terima kasih juga untuk baby comel ini sebab sudi jadi penyeri hidup ibu dan abah.
Hari pertama bersua muka dengan dia, dalam hati terus berjanji, hai anak, macam mana keadaan sekali pun, ibu tetap akan jaga kamu, ibu tetap akan selalu ada untuk kamu, dan ibu tetap akan jadi orang pertama yg kamu lihat tiap kali kamu bangun dari tidur.
Dalam keadaan apa pun, ibu akan cuba jadi yg terbaik untuk kamu dan semuanya untuk kamu..anak.
tetiba mood sedih..tetiba yg tetiba sungguh ni.
hai kawan2..jangan pulak takut nak beranak lepas baca cerita aku ni. percaya la, Tuhan lebih tahu. lepas Dia beri kesakitan, Dia beri pulak kebahagiaan dengan melihat wajah sicomel ini. pengalaman yg sangat berharga buat seorang wanita..
tammat...
Assalamualaikum...
ReplyDeleteBoleh tahu rate bersalin di PMC x? hehe
terharu pulak saya baca post ni walaupun sekarang ni mengandung anak ke 3..
ReplyDeletebergenang mata..
google pengalaman beranak tadik terus jumpa link ni :)
thank sudi singgah...:)
Deleteterharunyaaa sobs sobs.tak sabar menanti rezeki dari yang Esa.
ReplyDeleteinsyaAllah..ade rezekinya..byk2 berdoa...:)
Deleteseronoknye baca pengalaman orang. mintak-mintak dipermudahkan, dua saya semakin hampir. huuu, takut.
ReplyDeletecomelnya baby..hem ni dh kes baca smbil menitik air mata nih..hhehe feeling hbis
ReplyDeletehttp://vitaminpilihansemua.blogspot.com/
Pengorbanan wanita.
ReplyDeletedari
Baby Shop Malaysia
tengah carik review dr ratna.. bump in2 this blog.. thanks for sharing.. :) i pulak yg rasa ngilu... :)
ReplyDeletehttp://ladysuerauf.blogspot.com