July 30, 2012

berat naik masa mengandung


Semalam p klinik.
Check up yg ke sekian kali nye.
Dan menerima suntikan kancing gigi.
Sampai hari ni terasa sakit2 lagi tempat cucuk tu.
Gatal pun ade. Rasa nak garu sekuat hati je.
Tapi..
Tu bukan perkara yg membimbangkan sangat.
yg di pikirkan sekarang ni.........
berat naik lagi.........
semalam timbang makin naik.
Tak pernah seberat ni.
Tapi doc tu cakap normal kalau berat naik masa mengandung.
Dia cakap sepanjang mengandung, berat akan naik dalam lebih kurang 15 kg.
15kg????
Apakah?
Tapi sedikit lega..
Sebab tadi baru google forum ibu mengandung, ramai yg risau pasal berat.
Ade yg naik sampai 20kg.
Tapi turun balik lepas beranak.
Harap macam tulah.
Lepas bersalin memang nak kena diet balik.
Ade jugak yang mengandung tapi berat tak naik banyak.
Jeles ni.
tapi berat naik pun ada sebab.
Pertambahan berat badan masa mengandung penting untuk membentuk fizikal baby dalam rahim
N untuk sediakan simpanan tenaga masa nak bersalin nanti.
Tapi jangan naik banyak sangat, nanti takut baby besar.
Pertambahan berat yg disarankan kena ikut BMI.

Macam ni : 

BMI kurang 18.5    – kenaikan dalam 12.7 - 18.2kg
BMI 18.5-24.9       – kenaikan dalam 11.4 - 15.9kg
BMI  25-29.9         – kenaikan dalam 6.8 - 11.4kg
BMI  30 atau lebih  – kenaikan dalm 5 - 9.1kg

Jadi kira sendiri la berapa pertambahan berat yang di perlukan.
Tapi kena dapat nasihat doc dulu.
Kalau kembar kira double la.
Berat yg naik masa mengandung tu ada banyak faktor.

Contoh nya, dalam blog dr.zubaidi, kenaikan 15kg-16kg penting untuk :

      Fizikal baby                                = 3.0-3.5kg
      Pembesaran payudara                = 1kg
       Pembesaran rahim                     = 1kg
       Pembentukan uri                        = 0.7kg
       Air ketuban                                 = 1kg
       Cecair dalam saluran darah       = 1.4-1.8kg
       Cecair dalam tubuh                     = 2.7-3.6kg
        Lemak                                         = 2.7-3.6kg     
Begitu rupanya.
patut la berat naik gile2 sekarang ni.
Jadi sekarang tak payah risau.
Lepas bersalin baru pikir nak berdiet.
Sekarang ni suami pun dilarang berdiet.
Nanti diet sama2.
Baru adil.
Huhuiii...






kesukaan melihat perut



 
*bukan gambar sebenar *
Aktiviti baru semasa cuti.
Melihat perut.
Bukan lihat2 saja.
Ada sesuatu yg begitu menarik perhatian diri sendiri tau.
Bila baby tendang,   perut pun akan terbonjol.
Bila dia aktif bergerak, terbonjol2 kulit perut terkena anggota badan dia.
Tak tahu lah kaki ke tangan.
Dan tiap kali dia bergerak, rasa teruja nak melihat perut sendiri.
Tengok pergerakan baby terbonjol2  pun dah berbunga2 rasa hati.
Dia lahir nanti makin berbunga la nampaknya.
Siap daun sekali.
Sekarang dah dapat agak dah aktiviti dia.
Sepanjang bulan puasa ni, siang dia kurang bergerak.
Mungkin kah tidur?
Mungkin juga.
Sebab bila menjelang tengah malam dia akan berjaga.
Bergerak ke kiri kanan, menendang, berenang dan macam2 la aktiviti dia kat dalam tu.
Kadang2 tak sampai hati biarkan dia bermain sorang2.
Huhu.
Baby yg bijak ni tak elok berjaga malam tahu!
Tak jeles ke tengok abah nya tidur begitu lena sekali?
Jeles kot.
Dan baby yg manis ni jugak mesti jeles ok...





July 26, 2012

sakit belakang ketika hamil



Kandungan dah cukup 6 bulan, dan terasa diri mengalami sakit tulang belakang yang amat sangat.
Terutama sekali lepas bangun tidur atau berdiri terlalu lama. 
Baby pun dah terasa berat.
Ni la padahnya kot selalu skip makan kalsium tu. susu memang wasalam la. Tak sentuh langsung.
Dengan bantuan encik google lagi, dapat beberapa tips untuk mengurang kan sakit belakang yang makin berlarutan ni. 
dan bolehlah kita berkongsi.

Pertama sekali mari ketahui kenapa bila hamil kita sakit belakang atau pinggul
  • Perubahan berat badan (pembesaran baby dalam kandungan dan menekan urat saraf dan sebabkan sakit belakang)
  • Perubahan hormon
  • Otot mengalami keletihan (posisi baring, duduk atau berdiri yang salah)
  • Perubahan postur badan
Posisi tidur terbaik adalah tidur mengiring ke kiri.
So, tidur ke kiri dapat meningkatkan pengaliran darah, nutrisi n oksigen ke plasenta.
Jangan tidur telentang.
Aku selalu jugak tidur telentang ni, tapi memang tak selesa n susah nak bernafas.
Tidur telentang membuatkan rahim bagi tekanan fizikal pada saluran darah besar dan boleh mengganggu bekalan oksigen pada baby. Jadi jangan tidur telentang.
Sian baby.
Lagipun tiap kali aku tidur telentang, terasa pergerakan baby macam tak selesa.
 Marah betul dia kalau aku tidur macam tu.
Sebelum ni jugak asyik tidur mengiring ke kanan je, sampai lenguh sendi2 lengan kanan ni.huhu.
 tapi ada terbaca jugak dalam blog Dr. Zubaidi yang wanita hamil boleh mengiring ke kanan atau ke kiri.
Lagipun mengiring ke kanan kan ikut sunnah Rasulullah saw.
Jadinya tukar2 la. Kalau lenguh belah kiri, tukar kanan. Tak de masalah pun.
ni la dugaan masa mengandung. sabar jela. lagi 3 bulan je. lagipun bukan semua orang merasa macam ni. 
lagipun kalau kita cakap sakit, orang boleh cakap sakit sikit je.
yang menanggung nya kita jugak kan.
lepas ni tak boleh la nak duduk ke, baring ke, berdiri lama2 ke or berjalan lama2lagi.
jangan suka2 hati.
nanti makan diri.
kesian kat baby juga.


 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal