*bukan gambar sebenar *
Aktiviti baru semasa cuti.
Melihat perut.
Bukan lihat2 saja.
Ada sesuatu yg begitu menarik perhatian diri sendiri tau.
Bila baby tendang, perut pun akan terbonjol.
Bila dia aktif bergerak, terbonjol2 kulit perut terkena
anggota badan dia.
Tak tahu lah kaki ke tangan.
Dan tiap kali dia bergerak, rasa teruja nak melihat perut
sendiri.
Tengok pergerakan baby terbonjol2 pun dah berbunga2 rasa hati.
Dia lahir nanti makin berbunga la nampaknya.
Siap daun sekali.
Sekarang dah dapat agak dah aktiviti dia.
Sepanjang bulan puasa ni, siang dia kurang bergerak.
Mungkin kah tidur?
Mungkin juga.
Sebab bila menjelang tengah malam dia akan berjaga.
Bergerak ke kiri kanan, menendang, berenang dan macam2 la
aktiviti dia kat dalam tu.
Kadang2 tak sampai hati biarkan
dia bermain sorang2.
Huhu.
Baby yg bijak ni tak elok berjaga malam tahu!
Tak jeles ke tengok abah nya tidur begitu lena sekali?
Jeles kot.
Dan baby yg manis ni jugak mesti jeles ok...
No comments:
Post a Comment