January 20, 2011

CARA BERJIMAT - BAHAGI DUA



lapar..
tension tak bila kita bukak je dompet habuk pun tak ada,
padahal perut dah lapar gila..bukak pulak laci meja ada syiling je, tu pun 5 sen.
rasa nak mengemis pulak kan.
.

nak tahu tak cara-cara berjimat cermat?
lebih-lebih lagi bagi student macam kita ni, bab duit tak pernah cukup..
di samping berjimat, kita boleh la jugak menguruskan badan
yang agak-agak comel
katanya kan....
kata orang sambil menyelam minum air..
kata Ai pulak sambil menyelam menangkap ikan..
boleh ke??

tak kisah la..

yang penting ada 'cara'...pis..
.sebelum tu cara ni sesuai untuk 18 tahun ke atas je,
kalau rasa agak-agak muda, jangan buat..
cara ni namanya BERJIMAT BAHAGI DUA...
kenapa namanya macam tu? baca dulu baru tau..

1) megi..


cara ni memang paling femes la.
terutama bagi orang-orang yang berjimat cermat amalan mulia tu kan.
megi baru berapa ringgit, sebungkus ada 5 peket, tahan la 5 hari.
kira ok la tu. tapi kita boleh buat megi tu tahan sampai 10 hari..
cara nya, 1 peket megi kita bahagi dua..ha? sikit ke?
tak ada lah, separuh megi tu kalau kita rendam 3 jam kan dia kembang,
separuh megi boleh dapat semangkuk kot.yg separuh lagi tu cepat-cepat lah hilang kan dari pandangan mata, cepat-cepat sorok dalam loker, maklum lah nafsu kan tamak tak hingat. lepas tu masa nak makan megi tu kita kena makan sepenuh perasaan..bila dah habis buat-buat lah sendawa sambil gosok-gosok perut..confirm kenyang. x caya cuba la..

2) biskut kering..


alah macam biskut Hup Seng tu. sebungkus kan ada banyak keping.
makan sehari satu keping je. eh..eh..tak payah gatal tangan nak bancuh Milo pulak, cicah air kosong sudah. kalau nak jimat lagi, sekeping biskut patah la 2 jugak macam megi, separuh lagi simpan esok. biskut Hup Seng tu kalau kita betul-betul nikmati, sedap tak hingat..tak caya pegi try beli, entah-entah sebungkus habis time tu jugak..


3) nasi..

ni kalau memang kita ni jenis yg tak boleh hidup la kalau tak makan nasi..konon..mana lah tau kalau dia tak makan nasi dalam sehari boleh mati ke kan, boleh beli nasi tapi syaratnya sejemput je waktu tengah hari. lepas tu sama jugak lah, bahagi 2..kenapa? dah pening dah ke semua kena bahagi 2.. kata nak jimat.. tapi bab nasi ni jangan pulak makan separuh hari ni pastu esok pulak baru nak makan lagi separuh, kot cirit-birit pulak makan nasi basi. agak-agak la, separuh lagi makan la malam. so boleh makan nasi 2 kali sehari, walaupun sikit, Alhamdulillah la kan..


4) berlapar..

agak kejam dan tragis cara ni..berlapar adalah cara terbaik untuk berjimat. bukan tak bagi makan langsung, makan la seminggu sekali. minum air je dah boleh kenyang kan..walaupun terasa agak azab sikit...lama-lama kita dapat rasa yang perut kita ramping seramping poket kita kan? macam mana berlapar nak bahagi 2? senang je, jangan berlapar sepanjang hari, boleh berlapar dari pagi sampai tengahari, lepas tu cuba sibuk kan diri buat macam2 kerja, minum banyak air, anggap perut kita ni dah kenyang gila. pukul 5 petang sampai malam baru boleh menghayati kembali rasa lapar tu. paham tak? kalau tak paham tak payah buat cara no.4 ni..


5) ambil bau je..


macam P.Ramlee, ambik bau je dah kenyang. lepas habis kelas tu lalu lah depan cafe-cafe tu, hidu setiap makanan yang ada dengan penuh penghayatan. lepas tu buat-buat sendawa. mesti kita rasa kenyang punya lah..peduli lah orang nak kata apa..bukan dorang nak belanja kita makan pun kan..rasa-rasa nya yang ni macam mana nak bahagi 2? pergi jelah ke cafe tu 2 kali, setiap kali pergi ambik bau. pergi waktu tengah hari dengan malam. tapi ingat, jangan bawak duit..takut tergoda pulak..

setakat ni ada 5 cara. kesimpulan nya, jangan lah boros. (khas untuk diri sendiri).
kalau ada duit lebih baik simpan. waktu terdesak kan dah boleh guna. sesekali kalau kita berlapar pun apa salah nya. baru kita rasa masam mana nasib orang yang tak berkemampuan. ada yang tak makan langsung. kira bersyukur dengan apa yang ada. ingat Allah bila waktu susah dan senang,. masa banyak duit kedekut sangat nak bersedekah. bila dah papa kedana baru lah merayu-rayu kat Tuhan, kalau boleh sampai nak mintak Allah jadikan nasi depan mata.
Bersyukur dengan apa yang ada.
alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal