January 20, 2011

kahwinlah wahai gadis


wahai gadis, berkahwinlah!

"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." - HR Tarmidzi dan Ahmad

ketika masih bergelar sebagai seorang pelajar, hanya 1 persoalan yang menjengah di fikiran,

bila nak kahwin?

tiba-tiba terbaca 1 artikel..
" kalau dah ada yang datang melamar, kahwin jelah, tak payah tunggu sampai habis belajar"

macam kilat, datang lagi 1000 persoalan yg lain.

patut kah berkahwin jika ibadah sendiri pun merangkak lagi?
patutkah berkahwin jika Al- Quran pun jarang di baca,
patut ke berkahwin jika diri sendiri tak sanggup berkorban,
patut kah berkahwin jika sembahyang pun selalu di lewatkan,
macam -macam lagi soalan yang seolah-seolah berlari-lari kat depan mata..

tapi bila pikir balik, masa ni lah kita kena perbetulkan diri kita. sekurang-kurang nya bila kita berusaha ke arah kebaikan, kita sedar dan tahu menilai di level mana kita berada sekarang. sama ada kita ataupun pasangan kita, sama-sama lah memperbaiki diri, sama-sama membimbing, bila kita berusaha ke jalan Allah, InsyaAllah Tuhan akan mempermudahkan segala urusan kita. biar kita sama-sama mencari keberkatan Allah. dengan izin Tuhan kita dipertemukan dengan pasangan, lalu di terbitkan rasa cinta di hati, kalau bukan dengan izin Tuhan, semuanya tak mungkin berlaku. jadi wajar kah kita melupakan Nya??

bila difikirkan balik, alam perkahwinan akan menjadi lebih indah jika di serikan lagi dengan anak-anak yang soleh dan solehah. ia bermula dengan didikan ibu dan bapa.



" sekiranya kau mengimpikan anak seperti imam syafie... ibunya perlu hebat lagi "
" sekiranya kau mengimpikan anak yang hebat, bapanya perlu lebih dasyat lagi "

lihat..ibu dan bapa memainkan peranan. sebelum tu kenalah betulkan diri sendiri dulu. bermula dari sekarang lah proses memperbaiki diri perlu dilakukan. tak kan nak tunggu dah kahwin baru nak belajar. jadi, sebelum berkahwin, betulkan niat, betulkan diri dan amalan-amalan seharian kita, moga Allah memberi kita jalan dan pilihan yang baik
[ pesanan untuk diri sendiri khasnya :)]

No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal