sape cakap pompuan mengandung tak boleh puasa.
tapi kena dapat nasihat doc dulu la.
keadaan setiap ibu hamil adalah berbeza.
dan pastikan keadaan kita ketika berpuasa tidak memudaratkan
baby kat dalam perut tu.
untuk memastikan keselamatan nye..
mari ikut beberapa tips di bawah ini.
1) Jangan 'miss' untuk bersahur
2) Perbanyakkan makanan yang bernutrien dan serat yang
tinggi ketika berbuka dan bersahur.
3) Jangan melakukan terlalu banyak aktiviti fizikal.
4) Jika terdapat simptom yang luar biasa ketika berpuasa,
segera berbuka dan terus bawa ke klinik.
5) Elakkan dari meminum minuman yang mengandungi
kafein seperti coffee dan coke
6) Minum air sepanjang
malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik
yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi
7) Ambil makanan
tambahan seperti pil vitamin dan kalsium pada waktu malam dan bukannya sewaktu
bersahur bagi mengurangkan kesan sampingan akibat ubat seperti loya dan pening
kepala.
8) Jangan paksa diri
untuk terus berpuasa
Pakar
Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Dr. Noor
Aini Saari berkata: ``Ibu-ibu yang terus memaksa diri untuk
berpuasa tanpa menimbangkan keadaan kehamilan itu sebenarnya sedang
membahayakan fetus/janin sendiri. Malah, janin juga boleh terkena hipoglisemia,
kekurangan zat gula, kalori dan zat makanan/nutrisi yang berguna untuk
pertumbuhannya, kasihanilah anak-anak yang di dalam
kandungan. Segala keberkatan tidak bermakna apabila zuriat kita tidak sihat.''
9) Seelok-eloknye lewatkan lah waktu bersahur
10) Elakkan membeli-belah atau berjalan-jalan
terutamanya di tengah panas supaya kekal segar dan tidak berlaku dehidrasi.
Selagi keadaan kita berpuasa
tak mudaratkan baby, kita boleh berpuasa.
Tapi kena ikut cara yg betul.
Kalau betul2 tak mampu, diboleh
kan berbuka.tapi kena ganti balik puasa tu.
Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka'bi
berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah
meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi
wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa".Hadis di atas merupakan
dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui boleh berbuka puasa.
No comments:
Post a Comment