January 13, 2014

kek kecik..sayang beso



5.11.13 besday Muhammad Hadif.
Lalu genaplah setahun umur Hadif.
Tapi..
Kesian kesian kesian Hadif mak bapak beli kek kecik je..
alah Hadif, beli kek beso gajah pun nanti kamu makan sikit je..
ibu yg makan banyak lalu berat pun naik lalu ibu jadi gemuk
lalu Hadif pun tak dapat nak bezakan ibu dgn badak air.
Abah pulak pengsan.
krik..krik...krik...krik...
...
.krik
..
krik

..
Kot nanti kamu besar ternampak pulak gambar sambut besday dengan kek kecik
Pastu pakai uniform singlet lubang2 je.


 sebenarnye anak, meh ibu jelaskan kenapa takde besday party untuk kamu.
Sedangkan ni besday kamu yg pertama.
Yang pertama ok...
Anak.
dari kamu dalam perut ibu lagi dah ada 1 ruang dalam hati untuk ibu letak kasih syg untuk kamu.
Bila kamu lahir, byk yg ibu + abah korbankan untuk kamu.
Masa...perasaan...fikiran...duit
Tapi semua tu apalah sgt.
Semua berubah 360 darjah lepas kamu lahir.
Dan kasih syg tu pulak makin hari makin berganda.
Ibarat matematik....errr...
Jadi kamu tak payah kisah sgt la dapat kek kecik.
Sebab kamu dah dapat kasih syg ibu + abah yg berganda2 besar.
Kek kecik bukan sebab tak sayang.
Apa la sangat kek harijadi nak di banding kan dengan kasih syg ibu abah untuk kamu.
Kek harijadi tu kalau dimakan habis la dia.
Kalau nak beli lain kat kedai.
Tapi kasih syg ibu abah tak kan luak pun.
walau kamu selalu suka gigit jari kaki ibu abah
tak luak pun.
Tak kan dapat kamu beli kat kedai mana2 pun.
Tapi.
Ibu tetap beli hadiah untuk kamu.
Tu pun pikir juta2 kali.
Kuar masuk kedai.
Pastu lepak pulak depan kedai pikir lagi nak beli ke tak.
Hadif lagi teruja nak naik.
Tapi anak, kamu tahu tak yg kamu pilih warna pink.
Berkenan sgt yg warna pink tu.
But..
No..
Lalu biar ibu yg pilih.
Yg ni.


Untuk anak.
But still...
Basikal beso TAK sama jugak dgn beso kasih syg ibu abah.

Titik.


p/s : sebab basikal ni macam boleh pakai 2 - 3 tahun lagi
            so next besday mungkin takde hadiah dah..krik..krik..

September 12, 2013

jangan marah, dia baru 10 bulan !!

Ok anak..ibu takde poket macam kanggaru nak gendong kamu 24jam.
Muhammad Hadif dah 10 bulan dah.
Ha kan.
Lama tak update tengok dia dah besar dah.
Tapi nye..
Manja pun makin menjadi2.
Kat rumah memang 24jam mengadap anak.
Nak bangun basuh pinggan pun dia nangis macam kena dera.
Tak boleh berganjak sikit walau seinci.
Hai anak..
Tapi...
Yela.
Anak kan.
Layan kan je.
Nanti dia besar sikit lagi dah boleh jalan dah tak terkejar pulak.
Kadang2 kesian kat Muhammad Hadif tu.
Bila dia aktif sangat ade masa termarah jugak kat dia.
Tapi bila pikir balik, buat ape nak marah dia.
Anak baru 10 bulan.
Dah merangkak pulak tu.
Biasa la dia teruja nak sentuh, nak tengok semua benda sekeliling dia.
Sepatutnya bersyukur sebab perkembangan dia makin hari makin bagus.
Bila pikir macam tu..rasa bersalah pulak.
anak tu amanah Allah.
i'm not  a good mother
tapi aku cuba jadi ibu yang terbaik.
Sebab dia anak aku.
Hantar anak tinggal kat kampung??
Oh belum masa nya lagi.

Dan mungkin TIDAK.

Aku punya kudrat lagi nak jaga anak sorang.
Anak tanggungjawab mak bapak, bukan datuk nenek.
Biar susah macam mana pun, anak mesti tetap kena ada depan mata.

Teringat sorang ustazah ni penah cakap,

“ biar kita susah jaga anak kecik, jangan sesekali lepas tangan. Tuhan dah bagi anak sebagai hadiah. Kita kena bersyukur. Tengok berapa ramai orang kawin tapi belum ada anak. Siapa tahu anak yang kita jaga tu la yang akan mendoakan kita bila kita mati nanti. “

Kata sorang ustaz pulak,

"Solehkah anak itu jika waktu tua datuk dan nenek itu dibebani tugas membela cucu sedangkan mereka sepatutnya diberi peluang mengisi waktu untuk beribadah,"

Mungkin orang tua kita yg minta nak jaga cucu.
Dorang yg mintak nak jaga anak kita.
Tapi sesekali cuba kita pikir, anak kita makin membesar, makin byk karenah.
Makin aktif, makin lasak.
Kita sendiri penat melayan anak.
Ni kan pulak mak ayah kita.
Walau dorang rela hati nak jaga sekalipun, 
kita sebagai anak tak rasa kesian ke?
Cukup la mak ayah kita jaga kita + adik2 kita lagi masa kecik.
Sekarang ni tugas kita pulak nak merasai pengalaman tu semua.
Biar ape pun pendapat orang, aku tetap dengan pendirian aku.
Bersabar jela.
Susah payah pun anak kita jugak.
Dia berhak berada di bawah jagaan kita sebagai ibu bapa dia.
Syukur Tuhan bagi peluang merasai nikmat sebagai ibu bapa.

sebab tu bila aku marah Hadif usik semua benda yg dia nampak,
mesti lepas tu aku rasa bersalah.
baby 10 bulan.
ape yg dia tau?

 
 

June 19, 2013

cicak beso gajah



Cicak beso gajah
Awal Jun hari tu kami pindah umah.
Alah..pindah blok depan je pun..huhuhu.
Sekarang lega sikit sebab dah duduk umah bawah.
Sebelum ni tingkat 4 hulalala sungguh.
Dah naik malas nak turun.
Dah turun malas pulak nak naik
*patut la berat pun malas nak turun*
Hikhik.

Cicak beso gajah.
Kamu penah tengok?
Tak?
Sekor pun tak penah?
Tak?
Ok2.
Ala kat umah aku banyak.
*dengan bangga*

Apa kemain berani cicak beso gajah bertapa kat umah haku nih!!!!!!
Sebelum ni kat umah lama cicak gangster..(kat sini)
Ni pindah rumah baru cicak beso gajah pulak dah.
Memang terkejut tengok dah macam dinosor.
Warna hitam pulak tu.
Banyak main panas gamaknya cicak2 tu.
Tapi kenapa rumah haku?
encik suami cakap cicak beso gajah tu bertapa belakang aircond.
macam cicak tokek pun ade.
kalau cicak tokek jual pun untung ni.
jadi mat jenin kejap.
pakcik kayoooo.....


 

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal