January 30, 2013

bunuh lemak dengan kejam




Bunuh lemak dengan kejam.
Memang kejam sangat bunyinye.
Tapi lemak2 dan poket mengandung dulu MESTI di hapuskan segera.
Bila pegi econsave mesti beli ayam.
Pastu balik rumah kena cuci2 dulu
Sambil buang2 lemak ayam.
Pastu terkenang pulak lemak di badan sendiri.
Alangkah bagusnye kalau dapat buang lemak di badan macam buang lemak pada ayam itu.
Mata terus bersinar2 membayangkan lemak di badan dihiris2 dgn kejam.
Sila kembali ke alam nyata.
Oh ye, minggu lepas aku dan suami berjalan2 di giant membawa little Hadif.
Nak cari penimbang berat juga.
Setelah melihat2 harga terus tak jadi beli.
Mahal le pulok.
Pandang kiri kanan lalu suami mencadangkan guna je kejap penimbang tu.
Tak payah beli.
Aku terus bukak kasut dengan gigih nye naik atas penimbang tu.
Plastik pada penimbang tu pun belum bukak lagi hokey!!
48kg! Eh..46kg!
Hati yg ragu2 naik sekali lagi 
dan timbang sekali lagi jugak cepat2 sebelum pekerja2 giant tu nampak.
Walau aku rabun sikit tapi aku perasan jugak yg angka kat penimbang tu dalam 40 something.
Dengan keriangan sedikit terkejut letak balik penimbang tu.
Biar betik????
Masa mengandungkan Hadif selama 39 minggu, berat aku hampir 80kg.
Bila Hadif lahir berat turun dalam 10kg.
Then mase pegi klinik untuk cucuk Hadif sebulan, timbang berat aku adalah 65.5kg.
Dan sebulan lepas tu timbang lagi kt giant berat turun mendadak sampai 40 lebih??
Perlu ke aku percaya pada penimbang tu?
Tengok penimbang tu takde ralat pun.
Lepas ni kena pegi cari penimbang jugak ni.
Kena beli jugak untuk kepastian.
Kalau betul....waaaaaa.......
Dah kurus...yeayyyy........
Target nak kurus jugak ni..
MESTI!!!
Jom bunuh lemak dengan kejam.
Jangan bersimpati dengan lemak.
Mari menjadi ibu dan isteri yg anggun.
MARI!!

January 14, 2013

permata hati


melihat muka si hadif tiba2 tersentuh dengan kata2 ni..

sebelum kamu di kandung, ibu menginginkan kamu ada,
sebelum kamu keluar dari kandungan, ibu telah pun mengasihimu,
semasa kamu hendak dilahirkan, ibu juga rela mati untuk kamu.
 
ajaibnya, kasih sayang ibu.

ingat la ye hadif,

"kasih ibu membawa ke syurga,
kasih ayah berkorban segalanya "

 

January 10, 2013

cicak gangster


Dulu kan aku penah cerita pasal lipas mengantuk kat umah aku kan?... kat sini
tau apa?
lipas2 tu dah pegi semua nye...
kemane?
entah la. mungkin berpindah dengan gigihnye ke rumah jiran sebelah kot..
tak pun semua dah mati sebab suami dengan jayanya beli racun lipas kat pasar malam.
so sekarang ni umah aku bebas lipas dah...( terharu )
tapi yg tak best nya cicak pulak carik pasal.
cicak kat umah aku ni bukan calang2 cicak.
cicak besar tapi nampak je besar tapi cicak2 tu gayat.
mana tak nya, jalan2 dengan girang je kat atas lantai umah aku.
jarang nampak cicak2 tu kat syiling ke kat dinding ke...
haaaa gayat la tu.
1 lagi yg tak best, cicak tu semua gangters celllopp...
dah la jalan2 kat bawah, bila kita halau dia lagi nak mengejar kita..
kot2 la nak mesra alam..
last2 kita pulak yg lari.
konfius aku ni umah sape sebenarnye...umah aku ke umah cicak..
boleh pulak kan.suami pun gigih jugak la mencari racun kat pasar malam
tapi betul la orang cakap kalau belum ajal tak mati jugak.
hai la...
camne nak halau cicak2 tu semua...
aku dah warning dah suruh pindah umah sebelah ( perangai keji )
lagi banyak pulak cicak nye ade le..
geram2....
masalah lipas dah setel..cicak gangster pulak wat hal..
nasib...nasib...

January 9, 2013

hadif yg gigih

Waaaa...gigih kan ko hadif.
Mula nak belajar meniarap sendiri.
Hari ni 2 bulan 4 hari..perkembangan yg positif untuk dia.
Dan.....
Beberapa minggu yg lepas sebelum umo dia menginjak ke 2 bulan, dia mula pandai sebut ibu.
Walau kadang2 dia lupa macam mane nak bunyi kan ibu tu, 
tp bila dah terkeluar bunyi tu rasa berganda2 sayang pd hadif.
Yup..berganda2 sejak 1st time jatuh cinta pd dia masa hari pertama dia lahir dulu.
Oh Tuhan.....macam ni perasaan menjadi ibu.
Baru ku tahu...
Hadif memang bijak.
Sebelum ni tunggu suami balik keje dok la sorang2 kat rumah.
Sekarang hadif la jd kawan.
Pandai pulak dia borak dgn aku, tau2 je aku bosan kan..
Dia jugak la tadah telinga dengar aku membebel hari2 sampai terkebil2 mata.
Comel sangat ok.
Best kan kalau dapat jd ibu sepenuh masa.
Dpt tengok perkembangan anak 24 jam.
Letih pun takpe demi anak tu.
Td bila dia berjaya pusingkan badan dan meniarap sendiri rasa macam waaaaaaa....
Anak aku dah pandai la...
Tp lepas tu dia cuba lagi dan tak berjaya pusingkan badan.
Mula la dia mengeluh.
Hai anak, nak ibu jd pom pom girl makcik ke sorak sampai ko berjaya meniarap sekali lagi ha ...
Tapi takpela..tu pun perkembangan yg bagus untuk baby umo 2 bulan++..
Tak sabar tunggu dia membesar.
Mesti lg comel dgn gelagat dia tu.
Sepanjang aku jaga dia ni, paling best sekali bila aku hilang dari pandangan dia, dia mesti tercari2, pastu sedih nak nangis, mungkin takut sorang2.
Bila aku cakap 
“ hadif nape sedih, ibu ade je ni jage hadif “ 
sambil pegang tangan dia,
Dia x jd nangis dan tak takut dah. tengok betapa comel nye dia.
Dan bila abahnya pegi keje, dia selalu toleh kat kerusi yg abah dia selalu duduk tu,
pastu aku bagitau la 
“ abah keje, nanti petang abah balik la”
tetibe sedih jugak. Hai anak, pandai main dgn emosi dah ye. 

Untuk anakku hadif, jgn risau, ibu n abah selalu ada dgn hadif.
Tak kira apa pun susah senang, jangan takut.
Macam mana ibu jaga hadif masa hadif 9 bulan dalam perut, macam tu jugak la sekarang ni.
Hadif amanah untuk ibu n abah.
Cuma jd anak yg baik je.
Kami sayang hadif. 

January 7, 2013

hati ibu yg sayu


2 bulan dah muhammad hadif ni.
Seronok tengok perkembangan dia.
Dari mula2 dah pandai senyum, pastu riuh dah mulut dia sekarang ni.comellll sangat.
Hati ni tak keruan pikirkan bulan 3 nak masuk belaja balik.
Tak sanggup pulak hantar hadif balik kampung, walaupun neneknya yg jaga.
Hati ibu ni lain sikit.
Nak anta umah pengasuh pun berat hati ni...huhu..tapi paling tak pun dia ada dengan kita tiap hari.
Tiba2 terpikir macam mane ibu2 lain dok jauh ngan anak dorang eh.
9 bulan kot bawak baby dalam kandungan, bila lahir je hantar kampung...oh tidakkk....
Mungkin ade alasan tersendiri tapi aku dah pikir banyak kali dah, tak sanggup.
Kesian baby.
Dalam perut dia sentiasa dengan ibu dia, selesa je, berkongsi perasaan, makanan, emosi,  bila lahir mesti dia nak rasa lebih lagi kasih sayang n belaian seorang ibu. Kalau dia tau ibu dia tak nak jaga dia, mesti dia taknak kuar dari kandungan kan?
Sampai camtu aku terpikir..yelah kesian kot.
Karang orang meroyan dalam pantang, aku meroyan lepas habis pantang sebab berpisah dengan anak.
Lagipun hadif dah mula kenal ibu abah dia..
Kasih sayang n didikan ibu bapa tak sama dengan orang lain, walaupun atuk nenek sendiri..
Aku tau sebab dulu aku tinggal dengan atuk opah jugak.
Memang tak sama.
Aku tak nak anak aku pun macam tu.
Tambah pulak dia baby lagi.
Biar la dia belajar kenal siapa ibu abah dia.
Lagipun anak amanah Allah, Tuhan dah bagi kena jaga elok2.
Bila Tuhan bagi tu maknanye Dia tau kita boleh jaga apa yg diamanahkan tu.
Tambah pulak aku yang bertarung nyawa lahirkan dia,sakit Tuhan je tau.
Cuba bayangkan kita nak sesuatu ,dan bertarung nyawa hidup mati nak dapatkan nya,bila dah dapat mesti kita nak jaga elok2, tak kan senang2 bagi kat orang.
Tetiba jeles tengok orang dapat besarkan anak sendiri depan mata.
Baru rasa susah ke senang nak jadi ibu bapa.
Bukan senang buat senang jugak bagi kat orang.
Sekarang ni bila tengok muka hadif rasa kesian sangat.
Naluri ibu yang melahirkan selalunya tak semua orang tau.
Dari masa mengandung 9 bulan bawak perut.
Lepas tu menanggung sakit bersalin yang teramat sampai trauma.
Lepas bersalin ada lagi dugaan masa berpantang,hati selalu tak keruan risaukan suami bila berjauhan. Lagi kesian bila nasib isteri yg dalam pantang tapi suami syok dengan pompuan lain. Tak paham langsung keadaan isteri tu baru lahirkan anak dia jugak. Kalau tak nak jaga dia dalam pantang pun hargai la pengorbanan isteri tu bertarung nyawa. Bukan mengungkit tapi cuma nak dihargai.
Tak habis dengan tu kena pulak berjaga malam nak susukan anak sampai sakit pinggang, tersengguk2.
Siapa pernah rasa semua tu mesti tau kenapa syurga bawah tapak kaki ibu.
Patut pun Tuhan bagi pahala jihad untuk ibu yang melahirkan.
Tuhan lebih tau semuanya.
Sekarang masih terpikir, macam mana nanti bulan 3  ???
Mintak Tuhan bagi jalan terbaik..amin....

 

 
 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal