February 24, 2011

pencatat yang kurang mahir..


mana nota nya????

cari2..

dalam beg..

cari..

dalam fail..

cari2..

tak de!!!!!

neves..neves..

mati la..nota the office dah kena culik...
tak ada makna nya.
tapi dah takde..

cari2 lagi..
mesti ada.

ada kertas kecik dalam fail..
tapi macam sampah terbuang je..
tolonglah jangan cakap kertas tu = dengan nota yang aku catat tadi..
konon...
padahal dah terang lagi nyata
memang iras2 nota tadi!!!
cemas..cemas..

serius aku tak paham langsung apa bendanya yang aku catat.
tulisan macam cacing pondan.
tau??
memang aku tak paham.
baru aku ingat, tadi aku syokkkkkkkkk tersengguk.
bulehhhhh????
mata pejam tapi tangan bergerak
pastu aku pun tak tau apa yang aku salin tadi.


taraaaaaaa!!!!!

ni lah hasilnya...
cantik punye kan? kan?
abstrak betul..
lain kali tidur dalam kelas lagi..

haisshhh...
tak sangka rupanya aku ada bakat dalam seni lukisan abstrak ni
gud joob...gud job..
tepuk bahu sendiri..
sambil kuar airmata..

*huhu*



February 23, 2011

bila kita seorang yang gagal..


bila kita seorang yang gagal?
macam mana kalau tiba2 ada orang tanya macam ni kat kita?
bila kita menjadi seorang yang gagal?
sebenarnya jawapan nya sangat lah subjektif..
kalau objektif pun mungkin jawapan nya adalah.........

E = tiada di atas.

sebab bila kita menjadi seorang yang gagal, kita akan berada dalam situasi yang serba salah.
kita sendiri tak tahu apa nak jawab, semua serba tak kena. kan?
aku tau la sebab aku dah rasa.
semua orang penah rasa gagal. jangan nak tipu la cakap tak penah..

-gagal ngorat awek kelas sebelah
-gagal lastik cicak
-gagal sorok selipar tok imam
-gagal berhenti isap rokok
-gagal lumba basikal
-gagal main congkak
-gagal hantar assignment

kan semua tu termasuk dalam gagal..
gagal tu abstrak..

kita boleh rasa tapi tak dapat nak tengok n tak dapat pegang..
bak kata ustaz azam tadi,.cinta tu abstrak.
sebab tu aku rasa gagal pun abstrak jugak.
sebab kalau gagal boleh di pegang,
aku rasa dah lama kita kutip semua gagal tu letak dalam kotak,
gam banyak2.simpan dalam stor.
tapi masalahnya gagal tu tak nampak!!!!
paham???
kenapa tiba2 tacing2 plak ai..
relax sudaaaa...
bengang + sakit hati bila orang yang berlagak pandai, pastu pandang rendah kat orang lain.
tiba2 aku rasa berapi2 pulak dah, tak tau apa kena mengena ngan gagal. kenapa ek..
geram3..!! huh!
sorang2 buat muka nak kena lempang..
rasa nak pijak2 sampai koma..

ok..
ko pandai
ko bijak
ko cerdik
ko excellent sgt
ko the best
ko hebat
semua ko..

tapi ko ni busuk hati sangat!!
bulehh!!
ish2..ai..
jangan maki hamun orang tak tentu pasal.
ingat hukum Ai
' ai + baik hati = comel sangat '
macam puji diri sendiri je
dah memang hukum ai ni aku sendiri yg cipta
takkan nak mengutuk pulak..

terasa macam depresi sangat2..
bak kata sorang kawan aku tadi

" ko ni depresi kot ni "

tiba2 aku blur..
depresi?
makanan ke ape tu?
apa lagi.google la..
oooooo
baru tau..
apa tanda2 depresi?
let's me explain..

1-hilang rasa percaya diri
jadinya org yang mengalami depresi lebih cenderung untuk membandingkan diri dia dgn org lain dari sudut negatif..ulang..negatif..paham??
tambah2 pulak ada orang yang masuk bakul tapi suruh orang lain yang angkat..
paham?
tak?
lampi betul.
maksudnya orang yg tergedik2 suh org lain puji diri dia
" ko puji la aku, puji la "
rasa nak lempang je.
so, bila orang yang mengalami depresi berada dalam kalangan orang2 macam ni, dia lebih cenderung merasa dia tu sengal sangat2..
dia rasa dia tu di level paling bawah..

2- sensitif
ni bahaya..
lebih cenderung kepada suka menyendiri.
sangat2 mudah menangis...
mudah tersinggung..
mudah marah..
hati2 lah..jangan sesekali sakitkan hati dorang!

3- merasa diri tak berguna
yang ni biasa nya dialami oleh mereka yg gagal
mereka mula merasa menjadi beban pada orang lain.
merasa yg semua nya dah tak berguna.

4- perasaan bersalah
perasaan ni sentiasa wujud dalam diri dorang.
dorang tetap nak salahkan diri sendiri,
walaupun hakikatnya bukan dorang yang bersalah.

5- perasaan terbebani
rasa terbeban dengan kegagalan yg dialaminya.
terasa macam tengah bawak beban yang sangat2 berat.

motiff?

dia nak cakap aku ni tergolong dalam semua di atas ke?
jauh menyimpang kot..

eh yeke?
ko ader??




February 21, 2011

mengutuk diri sendiri..terharu..

kenapa la sengal sangat aku ni ek..

" burung gagak makan kucing tak? "

ada ke patut soalan macam tu yg di tanya. kot ye pun tanye la kat luar pagar uitm tu ke. adui la, budak2 u zaman sekarang kan? kan? eh, mana boleh, buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan..buah cempedak je dok luar pagar. aku tak..

bak kata sorang ni la, tak ingat plak sape kan,

" universiti ni tempat belajar, tanya je apa2 soalan yg kamu tak paham. kalau orang dah pandai buat apa dia nak susah2 masuk universiti ni "

ha tengok..kan aku dah cakap, tak salah kalau bertanya. errrr....walaupun soalan tu soalan bodoh???

balik pada soalan tadi.. burung gagak makan kucing ke???

masa aku pergi joging kat tepi kolam, banyak sangat gagak.

"aak, aakk, aaakkkk"

bising plak tu. ( aku rasa kalau gagak tu bunyi eauk..eauk..eaukk..lagi cute miut kan?)

pastu ada pulak sekor kucing (bapak kucing kot, besar je ). risau aku takut gagak tu makan kucing tu. kesian kot. kucing tu tak bersalah.
tapi aku heran plak nape kucing tu dok tengah2 panas.motiff???..haissyhh...tu bukan masalah nya. masalahnyasekarang aku takut gagak tu makan bapak kucing tu..

" mana pulak gagak makan kucing "

huh! lega aku dengar jawapan tu. agak2 soalan tu masuk akal tak? aku konfius jadinya tak salah aku tanya kan? kan? so lepas ni tak ada la aku risau kalau tengok ada kucing jalan sorang2 dekat2 kolam tu..sorang????
lagipun ni salah satu bukti yang aku ni berjiwa lembut, sayangkan haiwan..kan? kan? nampak tak permainan aku ni? kan? nampak kan?

tadi aku lalu sebelah sorang budak ni..budak ke? senior kot. terdengar dia bercakap ngan kawan dia.


" haah. takpe2 ko guna la. bapak aku tiap2 bulan kasik duit untuk aku beli topap je, memang dia suh kongsi2 ngan kawan2 pun "

aku rasa macam penah dengar ayat tu. makan dalam tu..berbisa. agak2 macam dah femesss kan? rileks je dia gunakan bahasa macam tu kat khalayak ramai. ramai ke? ramai kot termasuk pakcik guard yg tiba2 ada kat mesin atm tu. kawan dia sengih2 je. tapi aku terpikir memang patut cakap macam tu lebih2 lagi pada orang yang asyik nak pinjam telepon orang lain. ramai kan macam ni, alasan kredit dah expired, bukan baru semalam topap ke? mesti ada orang macam ni kan? sengal2 ubi..

balik hostel plak dok dengaq depa dok cakap pasai kumpulan2 korea (pellliiissssss).super junior??? ensem? sori to say ok..macam gay je aku tengok. dah kuar loghat kedah entah mana aku dapat, konon nak cover la tu?
seriously, tang mana yg ensem tu? aku kalau tengok depa tu dah tak tau nak beza
kan laki ke pompuan.
betul aku tak tipu..pada pendapat aku depa tu bukan ensem tapi cantik..bulehhh???
ni kalau bebudak tu tau aku dok mengutuk lelaki pujaan depa kat blog ni, alamatnya kena kerat 14 la aku ni..yaa ampun..sori ye..but..every person ada their own opinion utk satu2 benda tu kan.
tapi memang betul la..i suka lelaki sejati je tau yang ada janggut kiut miut kat dagu...macam abang sayang. kan abang kan? kan? angguk jelah bang..
ok..titik.

let's talk about this blog plak. mula2 dulu aku tak terpikir nak tulis apa2 kat blog. aku lagi suka tulis dalam diari..jangan gelak!!
kalau ada orang tanya ada lagi tak orang zaman sekarang yang tulis diari ..jawab jelah ada. aku la tu..

dear diary,
i'm not feeling well today

wahai diari ku..
di satu pagi yang indah, aku berjalan2 sorang diri.

haha..ayat nak bunga je. dalam hati ada taman..
actually, aku takde lah sejiwang tu kan. tapi apa yang aku nak cakap ialah menulis diari tu adalah 1 kepuasan. kadang2 bila kita meluahkan sesuatu pada orang lain, tak semua orang boleh terima. paling kurang pun kena sumpah dalam hati.

" ek ala dia ni..tacing2 plak "
" ada aku kisah ke dia senyum ngan ko"
" perasan je dia ni "
" dia ingat aku ni kaunselor ke? "
" gaduh ngan balak je ngadu kat aku. tension tau tak "

tak semua orang boleh paham kita. bak kata pepatah..
kawan gembira bertukar ganti, kawan menangis sukar di cari..
kan??

aku tak nak cakap banyak walau pun dari tadi jari aku ni tak berhenti menari2 atas keyboard ni, aku cuma nak cakap. menulis diari adalah 1 kepuasan. lebih2 lagi kalau kita tulis pakai pen, ada diari sendiri, sorok bawah bantal.. pedulik la orang nak mengata aku ni tak up to date ke hapa ke, ade aku kacau hidup diorang? mesti lah takde. aku kan pemalu, penyenyap, pendiam, segala macam lagi.
bila diari terakhir aku dah habis..takde space lagi nak tulis, aku pun buat keputusan untuk catit sesuatu kat blog yang aku dah register ni. lagipun sebenarnya lari bajet nak kena beli diari baru plak dah. takpe la..balik pada asal, yang penting PUAS..




February 19, 2011



alhamdulillah..
minggu kuiz dah habis.
sejak minggu kuiz ni,
dah nampak dah sindrom2 ke 'kuiz' an
jelas lagi nyata pada kawan2 aku...

mata menjadi kabur atau tiba2 jadi tak pandai membaca..
buktinya..


' ko nak ke? '

' aku tak makan, order 1 jela '

' jangan nyesal. sedap tau. aku penah rasa '

' merepek je. aku tak makan ayam belanda '

' ayam belanda???? ni nasi ayam berlada la. bukan nasi ayam belanda '


adui la. jauh benor pergi nya kawan aku ni..
ayam berlada dah jadi ayam belanda..

lepas tu ada pulak yg asyik kentut je..
tengah syok2 study tiba2 bau yang mengasyikkan..

bulehhhh???


" bau kentut ko meresap masuk dalam megi aku!!! "


terus sumbat pinggan megi dalam loker.
aduhai...tragis sungguh.

lepas tu semua mata sepesen je
mata panda..

' I have the worst panda eyes ever!!! '


bulehhh???

ko tak payah cakap pun aku nampak mata
ko tu lebam
.
heh!
action je lebih.

dulu aku pikir staying up late is still a big NO for me,
tak kira la apa keadaan pun.
sama ada nak stay up sambil minum kopi kapal api
cicah biskut ke..


pastu study sampai tersengguk-sengguk
menahan ngantuk..
dah student life kot..
i'm trying hard

untuk disiplinkan diri

' ai, ko kena stay up jugak '

yelah2..
tapi kalau fail jugak aku rasa ada something wrong somewhere..
sama ada wayar dah putus satu
atau
saluran darah tersumbat..
haisshhhh..
ada kena mengena ke???

seriously..

tadi pergi joging
terasa ringan sikit kepala otak ni.
sebut pasal otak teringat masa pergi sambutan maulidur Rasul tadi,
sorang ustaz tu bagi ceramah pasal mat rempit.

sorang mat rempit accident teruk masa dia tengah merempit,
tongkat moto tertusuk kepala dia. alaaa, ni yang malas nak citer ni..
ngeri plak dah..
aduhai..takpe teruskan2.
masa kat hospital doktor bagitahu kat bapak mat rempit
ni yang anak dia mungkin akan koma
atau tak dapat diselamatkan kalau tongkat tu
tertusuk sampai terkena otak dia.
bapak mat rempit tu pun cakap camni

" Alhamdulillah. selamat anak saya "

doktor tu hairan.dia pun cakap camni pulak


" pakcik, kami belum habis periksa anak pakcik lagi,
kami tengah periksa sama ada tongkat moto tu
tertusuk ke otak anak pakcik ke tak. kenapa pakcik cakap
alhamdulillah?,"


bapak mat rempit tu balas pulak camni

" doktor, tongkat tu takkan tertusuk sampai ke otak anak saya.
sebab anak saya memang nya tak berotak. kalau dia berotak,
dia tak kan merempit ,"


bulehhhh????
terpinga-pinga doktor tu..

maksud yang mendalam.
tersurat dan tersirat.

betul jugak kan bapak mat rempit tu cakap.
kan? kan? kan?

sapa setuju angkat tangan macam saya ni ha....

*menari-nari*






















February 16, 2011

bila berat nak turun ni???


letih betul la bila timbang berat tak turun2..rasa macam berat je badan ni...
need to do something...
tapi nak buat macam mana ngan lemak2 yang degil bangat niii....

" kita bako je, kita bako..."

ingat anak ayam gamaknya nak di bako lemak aku..

" siapa setuju angkat tangan macam saya ni ha "


bulehhh?????

tak berwawasan sungguh..

meh kita ulangkaji sikit nape sesi berdiet tak menjadi..
nak kata tak belajar dah khatam dah..
nak kata tak praktikal dah lama praktik dah..
ape yang tak kena..
meh kita ulangkaji balik..
bukak balik kitab lama..

tajuk : kenapa kita gagal TURUNKAN berat badan

sebab 1 : elakkan waktu makan.

ni la masalahnya. takut sangat nak makan.
sebenarnya SALAH. paham tak Ai.



sebab 2 : malas bersenam

yang ni aku tak setuju. sekarang aku rajin joging kot.
pusing kampus puncak alam lagi. awatnya? apa
lagi yang tak kena?
nak suh aku joging pusing shah alam pulak ke?
baik aku pusing Malaysia je senang.
emo nampak..



sebab 3 : makan buah dengan sayur je

tak seimbang katanya kalau makan sayur ngan buah je.
aku rasa aku makan semua. cuma sayur kurang.
bukan apa, sayur kat sini semua nya layu.
makcik cafe tu masak bubur sayur gamaknya.
kan dah hilang zatnya..



sebab 4 : makan salad mayonis

ni yang lemah ni. salad mayonis kat sini sedap.
walaupun aku tak suka mayonis, tapi bila dah rasa sedap pulak.
bukan banyak pun aku makan, sikit je.
banyak2 nak termuntah..
tak kan sikit pun tak boleh..



sebab 5 : tak minum susu langsung

benci la...
susu menguatkan tulang katanya..
tulang aku ni kuat lagi pe?
lengkapkan nutrisi badan pulak dah..
masalahnya aku alergi..paham????


sebab 6 : turunkan berat badan secara mendadak


yang ni sah2 la tak ada kena mengena ngan aku kan.
sebab berat aku tak turun2..
macam tu jugak la..dari dulu..

dah ulangkaji dah???
berapa yang terkena?

1. elak masa makan
2. makan buah dengan sayur je
3. makan salad mayonis
4. tak minum susu langsung

adui Ai..
takpe2..cuba lagi k..
tapi masalah nya yg no.4 memang tak dapek nak nolong..
den tak minum susu..
ok takpe yg no.4 boleh excuse lah ok...

yeeeyyyyyy...
*joget2*











February 14, 2011

kalau la dia boleh bersuara....!!!!



hari ni la rasa macam melayang2..
sakit kepala..
semalam tak cukup tido..
memang tak tdo pun...baru nak lelap mata dah azan subuh..
kalau seminggu macam ni dah tak dapat nak beza dah antara aku dengan
si bulat a.k.a circle..
ai si budak panda..
alkisahnya..
merapu je..
mana tak nya..
mata dah berlebam..
sebijik macam binatang yang tersebut diatas..
..............
..........
......
..


tapi takpe..tadi dah jawab 2 kuiz..
Alhamdulillah..
dapat jawab dengan senyuman yg agak menawan..
lepas habis kuiz tiba2 ada rasa tekanan jiwa balik..
sebab ada lagi 3 kuiz menanti...
haaa?????

---computing - rabu
----the office - khamis
---bahasa arab - jumaat

excellent sungguh...
semua minggu ni..
bulehhhh???
nak je aku rebus buku2 tu..

yg tu satu hal..
lagi satu hal yg paling aku tension pagi2 nak ke kelas.


" helo kakak kalau nak melenggang lenggok turun tangga tu,
turun la awal sikit lain kali. tau tak saya tengah kejar masa ni.
saya ada kuiz pukul 8.30.. "

dah tu pandang macam aku pulak yang salah..
tak payah la nak bersaing2 kat tangga kakak oii..
kakak tengok belakang saya ni dah berderet-deret
orang berebut nak turun tangga..
semua nak cepat..
dah nak masuk kelas..
yg aku tak tahan dorang yang belakang aku
dok sibuk menyumpah aku..
mengata aku pulak yang lambat..
padahal makhluk depan aku ni ha
yang punya angkara,,..
bulehh???
sabar jela..aku ni senyum2 ada makna..

tension betul.

turun tangga macam siput sedut..
oopss..terletak gambar siput b*b*..

dah tau lambat sempat lagi bergurau senda

berasmaradana lagi..
aku yang kat belakang dah la lambat,
tak kuasa aku nak menengok drama swasta
ala2 wayang pacak pulak depan mata.
macam la tangga ni hak milik kekal dia..
kalau aku ada hon dah lama aku pin pin
dorang tu..
tak pasal2 pagi2 lagi aku dah menyumpah orang..
kurang sikit ilmu human comm dgn business yg aku
pulun semalam..
huh!
agak2 la nak turun lembab gila pun turun la ikut laluan tepi
belah kiri..
haaa kat situ lantak la nak bersuka ria pun
ada aku kisah??
hadui laaa..
aku rasa kalau la tangga ni boleh bersuara,
dah lama tangga ni pun menyumpah jugak..

hal tangga tak habis lagi..
lagi satu hal lif pulak..
dah tau kelas tu tingkat 5 kebawah...
naik la tangga..
bagi la orang yang kelas tinggi2 tu naik lif..
ni tak ..
suka bersesak..
lif dah la banyak yang rosak..
tak ke menangis kalau lif tu tiap tingkat kena stop..
masalahnya tingkat 2 je kak ..
naik la tangga..
hangin kan kalau pagi2 macam ni..
dah tu kalau lif tu dah overload..
orang yang berdiri depan sekali buat bodoh je..
lif tu dah menjerit2 overload..
tak reti2 nak keluar..
orang belakang pulak kena bersusah payah keluar..
orang yang dah lambat nak pegi kelas
bertambah lambat..
macam mana nak masuk kelas
bila awal2 lagi dah moody..
dah banyak kali aku ni tersepit bila
benda2 ni jadi..
konfius betul..
masing2 dah lambat
tapi bila masing2 tak nak mengalah
bertambah lambat la jadi nya.
kan??
kalau lif tu boleh bersuara..
lif tu pun akan menyumpah seranah..
macam encik tangga tadi..
macam-macam la..

huhu..tension dgn group project yg berlambak..
harap2 minggu ni leh setel kuiz..
tapi nak tunggu setel sempat lagi mata aku ni
lebam macam beliau ( sambil menuding jari ke arah bulat )
pekena kopi kapal api kaw..


memang berjaga la jawabnya..

tekanan yang makin sesak ni dah sampai ke hidung..
tak leh nafas dah..
asyik nak marah orang je..
cam nak nangis pun ada..
huhu

let's go..
kita bersenam..
hilangkan tension dan rasa mengantuk..

yuuuhuuuu....

LANGKAH 1

Ini adalah ala taichi sikit la… nak panas kan badan

LANGKAH 2

elok untuk bahu ni.

LANGKAH 3

wa..wa..aaa..

LANGKAH 4

gerak ke kanan dan kiri

LANGKAH 5

Gerak ke kiri kemudian ke kanan lagi..ewahhh..jgn tergeliat kepala sudah.

LANGKAH 6

Tepuk dahi kuat2..dgn objek keras..

LANGKAH 7

Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..

LANGKAH 8

goyang-goyangkan kaki dan badan sikit. buat macam kita tak ada masalah tau

LANGKAH 9

buat dgn gaya yg lebih agresif..jgn peduli apa org nak kata..ada aku kisah??

LANGKAH 10

Hilangkan semua tekanan…

LANGKAH 11

pusingkan kepala…

LANGKAH 12

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

LANGKAH 13

Akhir sekali lakukan joget kucing…

hahahaahahahaaaa...best tak..terus hilang semua masalah..

lagi seround...haha...1..2..3...3 lagi...



February 9, 2011

ustaz azam hamzah yg kelakar..



hadui la..

ustaz azam ni memang lawak..
satu topik nak habis berjam2..
mana tak nya..ada je topik lain yang terselit..
tp dia punya daya imaginasi yg sgt2 kreatif..
dari mula2 dia mengajar, byk idea2 positif yg dia kongsi..
antara yg sempat di catat..

1) terbang

" kamu bayang kan kalau kita dapat cipta satu jenis pakaian
yg boleh di isi gas. pastu kita boleh pakai dan terapung2 di udara,
mcm kat angkasa lepas. isipadu gas pulak boleh
ejas sampai dpt tampung berat badan "

masa ustaz cakap macam ni..dh tak tahan nak gelak.

" bayangkan kamu nak balik rumah tak payah nak naik
tangga batu caves tu. terapung2 je kat udara, macam berenang kat atas angin.. "


kalau la ade ciptaan macam ni, makin ramai la
budak2 yg malas nak naik tangga..
termasuk la aku..
alaaa..macam mana nak bersenam ni..huhu
agak2 nanti mungkin akan wujud jugak benda ni..
seronok jugak terapung kat udara..

2) tudung ber 'penghawa dingin


yang ni aku suka.

" nanti harap2 tak ramai yang bagi alasan tak pakai tudung sebab panas "

betul jugak. ustaz ni memang bijak.
aku pun nak kalau macam tu..huhu..tapi macam mana nak buat?
agak2 masa akan datang akan wujud tak benda ni?
kalau ada,
mesti lelaki pun nak pakai tudung nanti..
buruk bebenor kalau pakai tudung tapi ada janggut..
pengsan..


3) soya perisa durian

jap..
tengah bayangkan macam mana rasa nya..
tp memang dah ada soya perisa jagung kan?
so tak mustahil akan ada soya perisa durian..
sedap ke?
ni la usaha murni komersialkan buahan tempatan..
katanya la..
tapi xtau sejauh mana kesedapan soya berperisa durian ni..
kalau try buat ada x org nk beli?
yg tu 1 hal..
hal lain lagi nak ke mat saleh tu cuba benda ni?


" bau durian pun den tak tahan
camno nak torai soya periso durian.. "
katanya..

" ah sudah..camno den buleh speaking nogori ni.."
pape jelah mat saleh ni..
belum cuba belum tau..
tak kenal maka tak cinta..
salah..
tak kenal maka tak kenal la..
banyak bunyik pulak..

3) pewangi tandas bau durian

yg ni lagi tak tahan..
memang fanatik durian ke hape ni..
konfius aku..
kat mana2 nak bau durian..
cukuplah tandas tu macam2 bau ada..
tambah ngan bau durian..kompom hilang ingatan..
idea aku pulak..
baik buat pewangi tandas bau petai..
aroma menusuk kalbu..
tak gitu..
memang kreatif la ustaz ni..
huhu..
tabik spring ..

4) rumah boleh terapung bila banjir

bukan kucing terapung ..

yg ni boleh di terima..
sekarang kan musim banjir..
bagus jugak idea ni
tapi mesti banyak kena guna kos..
macam-macam la ustaz ni..

5) najis boleh claim duit

maksudnya boleh claim duit kat indahwater
ikut bape kilo najis yg kita hasilkan..
agak kotor..
tapi bila di pikir balik memang berbaloi...
huhu
agaknya kalau buat macam tu mesti ramai org yang kaya raya
tak payah keje..
berak je hari2..
lagi banyak berak lagi kayooo kita..
pakcik kayoooo...

ustaz Azam cakap nanti banyak lagi idea yang bakal
dia pikirkan..
bagus betul..
kadang2 tak masuk akal pun ada..
tengok negara lain dah macam2 benda pelik dorang buat..
Malaysia je belum..
katanya la..

dia suruh kitorang pulak tu yang merealisasikan idea2 bernas tu..
camno ni..
kalau den dapat buat pewangi tandas periso durian tu..
den bagi ustaz torai dulu la kat umah ustaz..
boleh??

huhu..

ustaz azam mengajar TITAS..
tapi yang paling best..semua kenyataan di atas
tak ada kena-mengena dengan TITAS..
boleh???









 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal