June 19, 2013

cicak beso gajah



Cicak beso gajah
Awal Jun hari tu kami pindah umah.
Alah..pindah blok depan je pun..huhuhu.
Sekarang lega sikit sebab dah duduk umah bawah.
Sebelum ni tingkat 4 hulalala sungguh.
Dah naik malas nak turun.
Dah turun malas pulak nak naik
*patut la berat pun malas nak turun*
Hikhik.

Cicak beso gajah.
Kamu penah tengok?
Tak?
Sekor pun tak penah?
Tak?
Ok2.
Ala kat umah aku banyak.
*dengan bangga*

Apa kemain berani cicak beso gajah bertapa kat umah haku nih!!!!!!
Sebelum ni kat umah lama cicak gangster..(kat sini)
Ni pindah rumah baru cicak beso gajah pulak dah.
Memang terkejut tengok dah macam dinosor.
Warna hitam pulak tu.
Banyak main panas gamaknya cicak2 tu.
Tapi kenapa rumah haku?
encik suami cakap cicak beso gajah tu bertapa belakang aircond.
macam cicak tokek pun ade.
kalau cicak tokek jual pun untung ni.
jadi mat jenin kejap.
pakcik kayoooo.....


 

June 14, 2013

pakcik harum manis yg suspicious




Hari tu masa cuti gawai seminggu, kami laki bini + anak pegi ke perlis.
Oh, tak dirancang pun.
Sebab suami ada hal penting di sana.
Kami ni kalau merancang nak jalan2 pasti tak menjadi akhirnya,hikhik
Disebabkan hari makin petang, lelaju kemas2 baju
Baju mak bapak sikit je..tapi barang2 anak....mak haih....
Lalu dalam pukul 3 pm kami gerak.
Kalau ikutkan ni kali kedua Hadif naik kereta berjalan jauh.
Mood dia tengah ok tu..tapinya...
Perut pulak tak ok...asyik berak je..huhu
Dalam pukul 8 lebih kami sampai kangar terus check in hotel.
Lepas tu tiba masa yg di nanti kan.
Lepas maghrib, kami terus ke kuala perlis.
Encik suami mengidam sotong goreng tepung.
Si bini pulak mengidam ketam.
Bukan sebab Hadif nak tambah adik ok!!!!
Tapi sebab kat kuala perlis ni tempat kami dating dolu2 masa bercinta..
Kenangan mengusik jiwa sungguh.
Eh lupa entry ni pasal harum manis kan..
Bukan kenangan manis..
Esok nya, lepas setel tujuan sebenar ke perlis ni
Kami bertolak balik dalam pukul 2pm.
Hoihoi...
Sekejap nya...tak puas jalan2 lagi.
Dalam perjalanan balik, kat Pauh ade deretan kedai jual mangga.
Kami singgah nak cari harum manis.
Masa singgah tu jalan2 dulu dari 1 kedai ke 1 kedai
Tiap kali singgah akak2 jual mangga tu bagi rasa.
Tester la kononnya kan..
Dalam hati ni,..
‘ dah2 jom balik, puas dah makan mangga free’
Tapi masih belum rasa harum manis..
Tanya akak yg jual tu dia cakap dah habis musim dah.
Lalu kami laki bini pun keciwa.
Tapi lepas tu kami decide beli je mangga jenis lain.
Kaki ni laju je terus gerak kat kedai sorang pakcik ni kat belah hujung2 sikit.
Tengok mangga Taiwan dia jual rm8/kg.
Kedai lain jualrm10/kg.
Kami pun beli kat pakck tu jela.
Yg pakcik tu pulak dok kata
“ pakcik juai sekilo rm8 je, kedai lain juai sekilo rm10 kan?”
Tu diaaaa...cakap bisik2..
Sambil dia jeling2 kedai sebelah.
Lepas tu tergerak nak tanya harum manis.
Pakcik tu pun jawab.
“ awat nya teringin nak makan harum manis ka?”
Kami laki bini iya kan aje.
Pakcik tadi slow2 bukak 1 kotak kat tepi meja dia.
Gaya macam juai vcd haram ja..siap pandang kiri kanan lagi.
Kami pun pelik.
“ kenapa pakcik simpan dalam kotak, kenapa sorok?”

“dok aih...bila pakcik sorok, pakcik saja taruh kot2 ada 
pompuan mengandung mengidam ka,”
Baiknya hati pakcik ni simpan sampai sekotak.
Kami ragu2 jugak sebab pakcik tu macam takut2 nak bukak kotak tu.
Dia jual sekilo rm20. 
Lepas tawar2 dapat rm16/kg.
Ragu2 pun beli jugak sebab pikir tak kan pakcik tu nak tipu.
Walaupun muka macam suspicious gile.
Cakap pun bisik2.
Sampai KL, try rasa harum manis tu, tapi macam bukan harum manis je.
Rasa biasa2 je.
Then kawan suami cakap itu bukan harum manis. 
Harum manis bentuk nya lain.
Ah sudah,. Seperti dijangka kan.
Tertipu sudah.
Hai la pakcik suspicious...
Kot2 la hang nak tipu pun...
Aku datang jauh dok cari harum manis.
Kalau tak dak habaq ja tak dak...senang.
Lepas ni kalau nak beli harum manis kena beli kat tempat terbuka.
Ni siap cakap bisik2..sorok elok dalam kotak.
Macam jual dadah pulak.
Hai pakcik2...memang suspicious sungguh.



'harum manis' yg dibeli...




April 5, 2013

150 juta

Muhammad hadif 5 bulan hari ni.
Ok sangat cepat dia besar.
Karenah bertambah besar
Dan peha juga..
Untung la kamu anak, dapat macam2.
Baru2 ni beli lagi 1 buai.
Haila.
Sebelum ni beli letak kat umah pengasuh, tapi itu lah punca sebenarnya menyebabkan kami laki bini berfikir 150juta kali (macam lagu ainan tasneem) beli lagi 1 buai untuk letak kat rumah pulak.
Sejak lahir Hadif memang tak penah tido berbuai, hantar umah pengasuh terus kena berbuai pulak, dan di sebabkan tu Hadif bila nak tido siang je merengek2 kat umah, mencari buai la tu.
Lepas pikir2(150juta kali) lalu kami beli jugak...
haila...ralat nye rase.
Niat hati tak mahu ajar dia berbuai...tapi hati sangat berliku.
Sebenarnya, lagi bagus jadi suri rumah sepenuh masa (tiba2).
tapi kalau tak keje sape nak bayar kan hutang belaja? (pun tiba2 jugak)
......
............
...............
Tapi tetap juga jadi surirumah paling terbaik.
Jaga anak sendiri lagi bagus.
Tengok...
Ralat beli buai terus semua benda kena pikir 150 juta kali jugak.
hari ni lepas masukkan hadif dalam buai, dia gelisah je, tapi mata dah ngantuk.
Rupanya dia bila nak tido buai kena ada botol susu.
Lepas tu baru lena.
Hai la anak.......
Semalam pulak boleh dia tido meniarap dalam buai..
Pengaruh sebelum ni la tu dah biasa tido meniarap atas tilam.

Tapi sebenarnye hati jadi tak sedap nak tinggal anak dengan pengasuh lagi dah.
Banyak punca...
kesian kamu hai anak.
Tapi lagi kesian ibu kamu ni kan...kan...kan...
Hai pikir 150juta kali lagi la ni nampak nye...


February 20, 2013

pengalaman bersalin

Hoi hoi hoi...
dah macam trend plak tiap kali beranak kena cite pengalaman bersalin kat blog kan..
Thethethehehe...
lagipun ramai kawan2 yang tanya macam mana beranak, sakit ke tak n bagai2 lagi. penat jugak nak cerita satu2 kan...so share jelah kat sini.
Sharing is caring.caring is loving.loving is...(sila isi tempat kosong)
Baiklah.
Rasa tak bersalah nak cite jugak walaupun dah 3 bulan berlalu.
Huhui.
Tanggal 5 november 2012 yg jatuh pada hari isnin, lahir la anakanda putera kesayangan hamba.
Awal 5 hari dari tarikh jangkaan iaitu 10 november 2012.
Mulanya hari sabtu sebelum tu tetiba rasa sakit pinggang tapi gagah juga ke kelas takaful bersama suami dan singgah pula jalan2 di space u8 selepas itu.Rasa dah macam penguin gaya jalan diriku ini tapi gigih juga.
 
Sebenarnye memang sengaja nak berjalan2 sebab semasa pegi check untuk 38 minggu usia kandungan, dr Wan Ratna mengatakan kedudukan baby masih tinggi dan belum masuk ke laluan nya. risau kemungkinan akan overdue.
Anak pertama kebiasaan nya begitu katanya lagi.
Lalu beliau menasihatkan aku supaya banyak kan berjalan.
Lepas dari tu hari2 aku turun naik tangga n pusing2 area umah aku ni.
Berbalik pada cerita tadi, pulang dari space u8 terus berehat2 saje.
Esok nya iaitu hari ahad, tetibe dah turun darah sikit.
Abaikan je sebab mak cakap dah sakit baru pegi hospital..
(selaku anak yg baik terus ikut cakap mak)
Tak lama lepas tu masih ada darah n rasa contraction sikit2.
Suami terus ajak p hospital.
Sampai di Putra Medical Centre(PMC) seperti di jangkakan 
dr. Wan Ratna takde sebab bukan waktu dia bertugas.
Lalu nurse yg ambil alih aku.
Buat CTG tengok graph memang ade contraction sikit.
Cek bukaan baru 1 cm. 
Nurse dah bagi arahan tak bagi balik rumah.
Tapi aku yg degil kuasa kuda cepat2 membantah nak balik rumah jugak.
Nurse tadi cakap dia call dr Wan Ratna dulu 
tanya boleh balik tak.
Tak lama lepas tu, dia cakap doktor bagi balik tapi kalau sakit makin kerap cepat2 datang balik.
Lalu kami suami isteri pun balik la.
Malam tu sakit bertambah kuat.
Tapi masih mampu bertahan sebab ala2 senggugut je.
Aku dah biasa senggugut masa period so aku bertahan je.
Esok nya iaitu hari isnin masih turun darah.
Sakit makin bertambah dan makin kerap.
Teringat dr Wan Ratna selalu pesan, tanda sakit nak bersalin ialah bila sakit tu makin sakit dan makin kerap..

Dalam hati berkira2..dah dekat dah ni.
Suami pun work from home je hari tu 
sebab risau apa2 jadi.
Bila contraction dah makin kerap, suami terus ajak pegi PMC balik.
Mula2 aku degil jugak,tapi risaukan baby, menurut jua.
Degil kuasa kuda ku lari gagah berani pun dah tak ada gunanya sebab suami pun dah menunjuk kan ketegasan kuasa kuda juga adanya pun.
Dalam perjalanan singgah beli air kelapa kat tempat biasa dulu.
Sempat lagi tu kan.
Tiba kat PMC dr Wan Ratna takde lagi sebab dia bertugas petang.
Lalu kami laki bini pegi la makan tengahari dulu kat kedai yg berdekatan.
Lepas makan kami decide untuk pegi je check, nak tunggu dr Wan Ratna lambat lagi.
Lepas wat CTG dr Zarul yg ambik alih aku.
Ayarkk....agak segan di situ.
Saya mahukan doktor Wan Ratna kesayangan saya.
Keadaan yg terdesak pasrah je.
Dr Zarul check bukaan dah 2 cm dan diarahkan untuk warded terus.
Dah tak degil lalu aku turutkan je.
Nurse ambik kan wheelca atau bahasa ibunda nya wheelchair.
Aku cakap tak payah pakai wheelchair la.
Nurse tu kata itu arahan dr Zarul.
Aduhai.
Sampai kat wad, suami dah pilih nak single room sebab malam2 dia boleh teman tapi bilik tu penuh la pulak.
Kami pegi je ke wad yg ada 4 katil.
Tapi kat situ suami tak boleh tunggu.
Lepas kami laki bini bincang2, aku pun setuju bila suami cadangkan kami ambik je VIP room.Kat situ suami boleh tunggu dan lebih privacy.
Tunggu punya tunggu dr Wan Ratna pun masuk. Dia check bukaan dah 4cm. Aku terkejut jugak sebab cepat la pulak.
Dr Wan Ratna pecahkan ketuban, then dia cakap baby dah berak dalam perut dan suruh encik suami tengok memang betul sebab cecair yg keluar kaler kehijauan.
Dalam hati aku dah risau dah..
ah sudah la kena czer plak la karang ni. 
tapi lega bila dr Wan Ratna cakap nak check jantung baby dulu then baru decide macam mana.
Wat CTG lagi sekali, alhamdulillah jantung baby ok lagi. dr Wan Ratna cakap dia boleh tunggu dalam masa 4 jam untuk cuba bersalin normal, tak boleh lama2 sebab baby pun dah berak takut termakan najis..jadinya dah tentu la aku akan di induce untuk cepatkan bukaan rahim.
So doktor pun induce ubat melalui drip kat tangan kiri.

hohoi...sakit kamu tahu.
Aku ingatkan lepas masuk ubat tu lambat lagi la kesan nya, rupanya lepas je nurse masuk kan ubat tu, terus rasa sakit berganda dari sebelum nya.
mana tak nya bila dah di induce sama la macam kita dipaksa untuk bersalin.
Contraction makin kuat dan makin kerap dalam 5 minit sekali.
Nak tunggu 4 jam rasa bertahun2. Sakit macam pinggang di patah2 kan..(over kan..)
Lepas tu nurse datang aku suruh dia stop kan ubat tu, tak mau dah sebab sakit sangat.
Nurse cakap tak boleh kena habiskan sampai bukaan 10 cm.
Oo mak aihhh...sakit nya dah beribu2 kali ganda dari sakit senggugut.
Tak boleh nak gambarkan dah sakitnya. 
Dalam masa macam ni, suami la yg jadi mangsa tempat menahan sakit. 
Mujur suami sentiasa ada teman aku. 
Tetibe mengalir airmata terharu kan...sob...sob..
masa tengah menahan sakit tu rasa bagus jugak kami pindah VIP room ni, tak de la 1 wad dengar aku meraung menahan sakit. 
kalau tak sudah semestinya la mendatang kan ketakutan kepada pesakit lain yg mungkin berfikir aku akan bertukar menjadi hulk..
Tak lama lepas tu, nurse dah suruh masuk labour room.
Ingatkan dah boleh beranak, rupenye belum lagi. kena tunggu lagi sebab bukaan belum full.
Tuhan je tau sakitnya. Masa kat labour room tu dr Ratna masuk sekali sekala tengok keadaan aku.
Nurse cek lagi bukaan, dah 9cm. Dia tengok aku dah sakit sangat dia tanya aku nak ubat tahan sakit ke, aku mestilah cakap nak. Dia cakap ubat tahan sakit tu cuma boleh tenangkan aku je, tapi sakitnya tetap sama. 
Aku tak kisah aku nak jugak sebab sakit sangat, 
 suami cakap masa tu muka aku dah biru menahan sakit.
Tak lama lepas tu bukaan dah full, nurse panggil dr Ratna dan bermula la proses meneran. Disebabkan letih yg teramat menahan sakit, aku dah takde tenaga dah nak teran, 
lagipun ubat tahan sakit tu buat aku macam separuh sedar je. 
Risau dengan keadaan baby, dr. Ratna terpaksa guna vacuum untuk tolong tarik baby keluar. 
aku tetap jugak push, tak lama lepas tu baby pun keluar. 
Nurse tunjuk baby kat aku dan cakap baby boy. Aku terpinga2 je tapi aku nampak kepala baby macam bengkak mungkin sebab vacuum.
Ajaibnya kuasa Tuhan, lepas je baby keluar, sakit hilang 100% sampai aku lupa macam mana sakit tadi. 
Nurse terus bius peha aku dan lepas tu terus tak sedar. 
Suami cakap aku tertidur sampai berdengkur dek letih yg teramat gayanye.

Bila aku sedar balik, nurse tengah tolak katil aku ke wad. 
Maknanya, semua proses cuci mencuci dan jahit menjahit telah siap. 
Kat wad mak n kakak aku dah tunggu..rasa tersangat adventure nye hari tu.
macam baru lepas panjat gunung kinabalu, turun, panjat balik, turun panjat balik, turun panjat balik, turun pastu panjat lagi...dan seterusnya.

Bila ingat balik rasa macam tak nak beranak dah. trauma yg teramat sangat rasanye. Tapi bila tengok muka si kecil ni rasa berbaloi sakitnya..anugerah Tuhan yg tak ada nilainya.
ok ni serba ringkas je aku cerita..dan mari lihat baby yg comel ini selepas beberapa jam di lahirkan.

MUHAMMAD HADIF BIN MUHAMAD FADHLAN
lahir pada pukul 7.13pm..
dengan berat 2.7 kg.
pertama kali melihat wajah yg bersih suci ni terus jatuh cinta. inilah anak yg aku kandung selama 9 bulan lebih.

Terima kasih Tuhan kerana memberi nikmat kebahagiaan ini. 
Terima kasih suami ku yg selalu ada masa susah senang. 

Terima kasih juga untuk baby comel ini sebab sudi jadi penyeri hidup ibu dan abah.

Hari pertama bersua muka dengan dia, dalam hati terus berjanji, hai anak, macam mana keadaan sekali pun, ibu tetap akan jaga kamu, ibu tetap akan selalu ada untuk kamu, dan ibu tetap akan jadi orang pertama yg kamu lihat tiap kali kamu bangun dari tidur. 
Dalam keadaan apa pun, ibu akan cuba jadi yg terbaik untuk kamu dan semuanya untuk kamu..anak.
tetiba mood sedih..tetiba yg tetiba sungguh ni.

hai kawan2..jangan pulak takut nak beranak lepas baca cerita aku ni. percaya la, Tuhan lebih tahu. lepas Dia beri kesakitan, Dia beri pulak kebahagiaan dengan melihat wajah sicomel ini. pengalaman yg sangat berharga buat seorang wanita..

tammat...


 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal