January 31, 2012

lipas mengantuk

Hai.

Pernah tengok lipas mengantuk?

Tak?

Nasib baik aku pernah.

Kat dapur umah aku.

Alaaa...lupa nak amik gambar..

Nak tau..

Lipas tu jalan slow..tersengguk-sengguk..

Heran aku..

Jadi untuk tidak merunsing kan kepala dengan memikirkan cik lipas tu,

aku anggap jelah lipas tu mengantuk sampai nak memandu diri sendiri pun tersengguk-sengguk..

hei lipas, dengar sini,

DON'T DRINK AND DRIVE!!!

selamat berkenalan lipas mengantuk..hihi.

p/s : tak buleh jadi..kena hapuskan jugak encik2 lipas yang tinggal di rumah aku tanpa membayar sewa itu...MESTI..!

“dengan kuasa bulan...akan menghukummu..!”

Errrr....

Kain pelekat...lalalalala..kain pelekat...lalalalala

salah siapa

Kebanyakan orang tau kesilapan sendiri tapi yang susahnya nak mengakui benda tu.

Susah paham tak?

Susah..

“ yelah aku salah, aku mintak maaf “

Dan tengok apa reaksi orang lain pada kita.

Negatif?

atau

Positif?

Hei budak..kau dah buat salah.. baik kau mengaku je..

Hei..mengaku cepat...cepattttt...

Gila.

Tipulah..

Mana ada orang nak ngaku.

“ Ingat kau siapa nak tuduh aku? ”

“ Bukan salah aku pun.. ”

Ish...susah...susah..

Buat salah tak nak ngaku...

Lalalalalala..............

Nyanyi lagu faizal tahir lagi bagus..

January 19, 2012

perasaan terharu-haru


Perasaan terharu-haru.

Dah habis dah.

Oley..!

Final exam dah habis.

Di akhiri dengan killer paper tadi.

Pengsan.

Dan sekarang memikirkan apa yg nak dibuat

sepanjang cuti ni.

Mungkin kah akan menjadi surirumah sepenuh masa?

Atau mengambil lesen kereta?

Atau lesen motor.

Ok.

Kantoi sudah.

Aku tak tau bawak motor.

Tak tau bawak kete jugak.

Ok bye.

Eh..belum lagi.

Kalau keje pun bagus jugak.

Dari dok melangut menunggu en.suami balik keje.

Hape pun tarak.

Haishhh...

Tapi keje ape yg nak dibuat.

Haaa tengok.

Time blaja dok pikir assignment, kuiz, test..

Masa cuti dok pikir keje.

Cuti salah..tak cuti lagi lah salah.

Tapi lagi bagus menjadi suri rumah sepenuh masa je.

Cuti pun tak berapa nak lama.

Kalau cuti 4 bulan macam hari tu terasa jugak semangat nak keja kan? Kan?

Ni dok rumah keje kan beras jek lah..

Huhuhuhu.

En.suami pulak cakap nak bela meow.

Hehehehhehe

(gelak jahat)

tapi..

meow tu mesti lah memenuhi syarat2 tertentu.


1. Rajin mandi

2. Gebu

3. Jangan membuang merata2

4. tak tua sangat


sebab??

Sebabnya kalau rajin mandi meow tu kan bersih.

Nak main2 dengan meow pun selamat.

Pastu..

Meow gebu kan sangat comel.

Bukan gemuk ok....G.E.B.U

Kalau gemuk meow tu malas.

Nak berjalan pun malas.

Mengesot je apa hal nya..

Huhu.

Pastu..

Meow tak membuang merata2..

Menjadi keje pulak aku nak mencuci nya.

Kalau wangi takpe jugak.

Haishhh.

Pastu kan...

Meow tu tak tua.

Tak nak meow macam muka pakcik2.

Taknak meow besar..

Takut nak pegang.

Pastu...kan...kan...

Ade lagi 1 tambahan..

Meow tu mesti vegetarian.

Makan rumput.

Sebab nanti dia makan ikan puyu aku.

Wuaaaa..

Menangis la aku..

Tapi ade ke meow vege?

Kalau kamu-kamu semua ade meow vege..

Sila membagi pada aku..ok?

Oley..!!

January 18, 2012

maafkanlah mereka

Terfikir tak yg kita akan selalu memaafkan kesalahan orang lain?

Tak mungkin semua orang terfikir macam tu.

Sebab tak ramai orang yg sanggup disakiti.

Percayalah..

Kalau kita nak hidup dengan tenang,

maafkan lah kesalahan orang lain.

Walaupun kesalahan tu terlalu berat.

Sebab kita tak kan pernah terfikir kesalahan yg

kita buat pada orang lain

sama ada sengaja atau tak.

Kadang2 kita tak sedar..perbuatan kita

menyakitkan orang lain.

Macam tu jugak halnya dengan orang2

di sekeliling kita.

Adakalanya mereka tak sedar yg mereka telah

menyakitkan hati insan lain.

"Balasan terhadap kejahatan adalah pembalasan yang setimpal, tetapi barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, ganjarannya ditanggung oleh Allah"

(QS Al-Syura [42]: 40).

Bumi ni berputar...

apa yg kita lakukan pada orang lain, akan terjadi

pada kita jugak 1 hari nanti.

Jadi maafkan lah kesalahan orang2 lain.

Moga mereka juga dibukakan hati untuk turut

memaafkan semua kesalahan kita pada mereka.

Tak kan nak hidup dalam sumpah seranah orang.

Maafkan mereka..

Biar hidup kita tak tertutup dengan

gelapnya hati dek kerana hidup dalam kebencian.

"Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada
Tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?" (QS Al-Nur [24): 22).

Kita semua nak hidup aman dengan hati yg ringan.

Tak payah nak pikir hal yg membebankan.

Bila kita terlalu fikirkan permusuhan,

dalam hati kita akan simpan dendam

yg tak kan ada penyudah.

Dendam dalam diam akhirnya akan memutuskan

tali persaudaraan.

Apa kata, sebelum tidur, cakap macam ni.

“ aku maafkan semua kesalahan orang2 lain pada aku”

InsyaAllah dapat tidur dengan lena.

Dan bila bangun esoknya..

Hidup seperti baru bermula..

Tak ada dendam..

Tak ada musuh..

Tak ada beban fikiran..

Tak ada hati yg bimbang..

Sebab...

Kemaafan adalah penawar hati yg

paling mujarab..

dan memberi maaf adalah 1 kenikmatan..!!!!



January 16, 2012

berbicara dgn encik suami siri 1

Encik suami nak cari gambar rumah..

untuk hal berkaitan keje dia.

Kami cari majalah yg ada gambar rumah.

Tapi majalah mahal kot.

Semata- mata nak cari gambar rumah seketul kena beli majalah mahal ke?

Mungkin tak.

Encik suami rela membeli buku2 motivasi daripada membeli majalah.

(buktinya kat umah aku penuh buku2 motivasi dan business)

Masa perjalanan balik….

Encik suami : takde gambar rumah lagi. Tadi tu kecik sangat gambarnya

Aku : rasanya kat rumah ade 1 kertas yg ade gambar rumah.tapi tak jamin ade lagi ke tak

Encik suami : …………….

Aku : ala takpe..kalau takde nanti orang tolong lukiskan gambar rumah untuk abang.

Tau apa seterusnya????

Encik suami gelak besar.

Buruk sangat ke lukisan aku???



dia nak berkawan



Adakah kamu pikir tentang perasaan orang lain?

Tidak.

Bermakna orang lain tidak begitu penting dalam hidup kamu.

Bukan.

Sesetengah orang punya cara dan sikap yang tersendiri..

Kadang2 apa yang orang lain pikir tentang mereka adalah 95% tidak betul.

Segala apa yang ada pada luaran seseorang tidak menjamin ketulusan

hati yang sebenar.

Dan apa sebenarnya yg orang lain alami sangat jauh bezanya

dari apa yg kita lihat pada zahir.

Tak ramai yang suka bercerita tentang masa silam.

Tentang perasaan.

Tentang apa yg dipendam.

Tentang kasih sayang

Tentang dendam.


Percaya atau tidak..orang yang tidak banyak bercakap atau pendiam lebih sukar menunjuk kan riaksi positif atau negative terhadap sesuatu perkara.

mereka cuma beharap orang lain paham.

Tapi tak semua mereka memahami macam mana susah nya nak meluahkan

sesuatu bila kita dilabel sebagai kurang berbicara.

Atau pun tak banyak bergaul.

Ataupun pendiam.

Bila kurang komunikasi, jadi pergaulan sangat terbatas.

Dalam hati alangkah indahnya kalau dapat

jadi seperti mereka .

Hati tak akan sunyi lagi.

Tapi nak merubahnya payah.

Orang akan berkata..

“ kenapa dengan dia”

“sombong”

“jumpa pun tak tegur”

Yaa…….betul tu.

Sombong adalah gelaran yang kerap didengar.

Tambahan….

orang yang kurang bicara mempunyai tahap keyakinan dri yang rendah.

Dia lebih suka memikirkan apa pandangan orang lain

daripada memuaskan diri sendiri.

Macam nilah…

Biar aku jelaskan..

Sebenarnya..

Kawan2 anda yang kurang bercakap nak sangat bertegur sapa,

bersembang dgn anda tapi dalam hati dia berkira-kira..

“ macam mana nak tegur dia ni.”

“ segan”

“nanti apa pulak dia pikir pasal aku”

Dia tak yakin dan takut jika anda memberi

reaksi negative.

Dan dia bukan sombong..

Dia Cuma teragak-agak…

Keliru dalam menilai diri sendiri.

Dia sebenarnya ingin bergaul dengan anda semua..

Dia mungkin juga sedang mencuba..

Dan jangan sekali2 mengabaikan dia.

Dia sukar nak luahkan apa yang dia simpan sebab

dia sedang cuba kumpul kekuatan untuk itu.

Keyakinan diri adalah sesuatu yang paling susah nak capai.

Paling susah nak wujud.


Jangan menilai dia dengan sesuatu yang kamu sendiri tak pasti kesahihan nya.

Kamu tau keikhlasan hati dia?

Tak

Kamu tau masa silam dia?

Tak

Kamu tau apa yang dia rasa bila jadi seorang yang pendiam?

Tak

Dan disebabkan itu..

Bantulah kawan anda untuk lebih berkomunikasi.

Sebab dia sedang mencuba ..

Dengan sedaya upaya..

Untuk bergaul dengan anda semua.

Halangan nya..

Dia cuma takut2..

Dan teragak2..

Dan tak yakin.

Dan segan.

Aku tau..

Sebab aku pun begitu..




 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal