December 27, 2011

Menangislah...!!

Jangan takut jika kau menangis!!!

Menangislah..

Tangisan bukan maksudnya kita ni lemah..

tapi sebenarnya, orang yang menangis adalah manusia yang paling kuat.

Hebat.

Percayalah..

Lihat berapa ramai mereka yang berani mengeluarkan airmata..

Airmata ibarat sesuatu yg kita tak mampu nak tafsir..

Tapi bila airmata mengalir ke pipi..

Hati merasa kedamaian.

Bila nak menangis,..

Jangan tahan.

Menangislah..

Biar airmata pergi..bersama perasaan..

Hingga dalam hati tak lagi kekalutan.

Biarkan sesiapa berkata hina..

Mereka sebenarnya pengecut.

Malu jika menangis.

“ kamu memang pengecut “

Bila ada ketikanya, kita merasakan tidak ada sesiapa mahu mendengar

tiap kata hati yg nak di luahkan.

Lalu kita menangis.

Kadang2 hati terluka disakiti..

Lalu kita menangis..

Tatkala teringat dosa2 yang kita buat..

Kita menangis.

Tak susah nak mengalirkan airmata.

Seolah-olah dah sebati..

Jadi kenapa nak sembunyi.

Kenapa takut untuk menangis.

Kita ketawa ketika gembira.

Kenapa bila sedih kita tak nak menangis.

Tangisan ibarat terapi.

Terapi secara semulajadi.

Kenapa mesti malu untuk menangis

Sedangkan waktu lahir ke dunia kamu menangis.

Hadis pun ada sebut tentang airmata.

“Segala sesuatu (di dunia ini) pasti memiliki timbangan

dan takaran kecuali air mata, karena satu titis darinya dapat memadamkan lautan api”.

(Imam Ja’far, Bihârul Anwâr, jilid 93, hal. 331, Hadis No.14)

Tangisan yang disebabkan penyesalan dosa2 yang dilakukan

dapat memadamkan lautan api neraka.

Menangis sebab takutkan azab Allah.

“menangis kerana takut kepada Allah dapat mencahayakan hati dan mencegah seseorang untuk melakukan dosa kembali”

(Ghurarul Hikam, Hikmah No.2051)

Menangislah..selagi tangisan tu membawa seribu makna buat kita.

Bukan tangisan sia-sia.

Tak akan ada orang yang saja nak menangis tanpa sebab.

Semua punya alasan.

Penyesalan..kesakitan..kerumitan..

Jadilah antara mereka yang berani.

MENANGISLAH.!!

December 16, 2011

ini rumahtangga kita 4

Al-Musowwir

(YANG MENCIPTAKAN RUPA MAKHLUK)

Khasiat ASMAA'UL HUSNA ke-14

Ikhtiar bagi pasangan yang mahu mendapatkan zuriat.

Antara amalan yang boleh dilakukan oleh pasangan-pasangan suami isteri yang belum dikurnai oleh Allah zuriat.

Ucaplah " Yaa Musowwir" sebanyak 336 kali tiap-tiap hari, dengan izin ALLAH semua usaha tidak akan sia-sia.

Amalan Buat Isteri

Isteri hendaklah berpuasa 7 hari berturut-turut, dimulai dari Ahad, sampai hari Sabtu, maka sewaktu berbuka puasa, ucapkan "Yaa Musowwir" sebanyak 21 kali pada air dingin, sebaik-baiknya air zam-zam,lalu diminum. tapi selama 7 malam itu jangan makan banyak, cukuplah makan sederhana, ketika berbuka pula, tidak makan terlalu sangat kenyang.

Amalan Buat Suami

Buat suami kena puasa jugak, tapi cuma 3 hari dan waktu nak berbuka puasa anda ucapkan "Yaa Musowwir" sebanyak 21 kali pada air dingin, sebaik-baiknya air zam-zam,lalu diminum waktu berbuka puasa.

Dan ketika anda bersama, iaitu sebelum anda membuka pakaian cubalah ucapkan "Yaa Musowwir" sebanyak 10 kali, InsyaAllah anda akan dikurniakan anak yang soleh.

Mari sama2 amalkan bagi yg sudah berkahwin.

Kalau belum kawin, sekadar pengetahuan.

buat persediaan utk masa depan.

Moga dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah.

Amin.

December 12, 2011

kalah dengan masa

Malas.

Senang nye kan alasan. Satu perkataan je..

Then senyap.

Kalau macam tu mudah, semua keje akan tertangguh. Gilalah..

Malam semalam baru terdetik..

“ esok nak study. Dah nak start ape yg patut. Final exam x lama lagi dah”

Tapi..hakikat nya..

Ok2..

Esok yg aku maksudkan adalah hari ni...

Hari ni ye..hari aku tengah tulis entry ni..

Dapat tak?

Ok.

Ramai orang sedar tindakan yang sepatutnya dia buat atau janji2 yang dia ikrar semalam.

Konon.

Tapi kita jdi separuh sedar bila otak mentafsir kan perkataan M.A.L.A.S

Kita tau ada banyak keje tertangguh.

Kita tau sepatutnya banyak keje nak dibuat.

Tapi no action....tak ada apa2 tindakan sebab kita pikir masa sangat rajin untuk menunggu kita..

Adakah masa sangat setia dengan kita sampai sanggup menunggu bila masanya kita nak bertindak..

But..

Masa adalah emas..

No..

Aku tak setuju.

Masa bukan emas.

Kalau masa adalah emas..orang masih mampu untuk membelinya

Masa sangat bernilai dari emas.

Dan masa sebenarnya tak ada ‘masa’ untuk menunggu sesiapa..

Masa sendiri pun bosan dengan kita agaknya.

Aku ni dah berapa kali menoleh jarum jam.

Masa untuk aku tulis entry ni dah hampir sejam.

Masa tak tunggu aku pun.

Dan masa bukan lah peneman yang setia.

Kalau kita lambat,masa terus pergi.

Tinggal kan kita..

Jadi..kalau kita plan something untuk dibuat..

Buat segera pada masa yang betul..

Ingat..

Masa sangat2 tak setia dengan kita...walau hanya 5 saat..

Kalau kita lewat..masa terus pergi...tak kan undur bailk.

Haha..

Dah sejam.....

Untuk entry ni saja..aku cadang nak peruntukan setengah jam jer tadi..

Tapi masa sangat cemburu dengan aku..

Dia tinggalkan aku jauh..

Selalu macam ni.

Sebab aku selalu tangguh keje..and gelabah bila dah last minit baru nak buat.

Tapi aku berani cakap,bukan aku sorang je macam ni.

Ramai lagi kan..

Sebab kita selalu berkhayal..

Ingat..

“ bila kita selalu berfantasi...bermakna kita telah memilih untuk tidak melakukan apa-apa...”

Kita yang pilih...

Nak buat ketak nak..

Untuk diri sendiri jugak..sebab aku selalu terfikir..kenapa keje selalu tertangguh..

Kadang2 benda tu sepatut nya di buat..tapi tak menjadi.

Kenapa ye?

Mungkin...masa.

Contoh...dalam hidup aku sendiri..

Semalam plan nak buat keje awal pagi, pukul 8.30am.

Dah bangun awal, solat subuh semua..leka..

Tengok jam dah pukul 9am.

So apa jadi dengan plan yang pukul 8.30am tadi?

Hangus.

Dan yang nyatanya..keje terus tak buat langsung, sebab dah pukul 9..

Dah MALAS..

Plan pukul 8.30 tapi bila masa dah berlalu..

Tak payah buat.

“ tu kan keje yang sepatutnya buat pukul 8.30..sekarang pukul 9...tak payah la buat dah..”

Jangan tipu ok!

Kamu semua pun sama macam aku..

Ingat ni..

Masa bukan kawan yang setia..

Masa tak kan tunggu sesiapa pun yang tak mahu ikut rentak detik dia..

Lewat 1 saat...kita kalah!!!!

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal