February 20, 2013

pengalaman bersalin

Hoi hoi hoi...
dah macam trend plak tiap kali beranak kena cite pengalaman bersalin kat blog kan..
Thethethehehe...
lagipun ramai kawan2 yang tanya macam mana beranak, sakit ke tak n bagai2 lagi. penat jugak nak cerita satu2 kan...so share jelah kat sini.
Sharing is caring.caring is loving.loving is...(sila isi tempat kosong)
Baiklah.
Rasa tak bersalah nak cite jugak walaupun dah 3 bulan berlalu.
Huhui.
Tanggal 5 november 2012 yg jatuh pada hari isnin, lahir la anakanda putera kesayangan hamba.
Awal 5 hari dari tarikh jangkaan iaitu 10 november 2012.
Mulanya hari sabtu sebelum tu tetiba rasa sakit pinggang tapi gagah juga ke kelas takaful bersama suami dan singgah pula jalan2 di space u8 selepas itu.Rasa dah macam penguin gaya jalan diriku ini tapi gigih juga.
 
Sebenarnye memang sengaja nak berjalan2 sebab semasa pegi check untuk 38 minggu usia kandungan, dr Wan Ratna mengatakan kedudukan baby masih tinggi dan belum masuk ke laluan nya. risau kemungkinan akan overdue.
Anak pertama kebiasaan nya begitu katanya lagi.
Lalu beliau menasihatkan aku supaya banyak kan berjalan.
Lepas dari tu hari2 aku turun naik tangga n pusing2 area umah aku ni.
Berbalik pada cerita tadi, pulang dari space u8 terus berehat2 saje.
Esok nya iaitu hari ahad, tetibe dah turun darah sikit.
Abaikan je sebab mak cakap dah sakit baru pegi hospital..
(selaku anak yg baik terus ikut cakap mak)
Tak lama lepas tu masih ada darah n rasa contraction sikit2.
Suami terus ajak p hospital.
Sampai di Putra Medical Centre(PMC) seperti di jangkakan 
dr. Wan Ratna takde sebab bukan waktu dia bertugas.
Lalu nurse yg ambil alih aku.
Buat CTG tengok graph memang ade contraction sikit.
Cek bukaan baru 1 cm. 
Nurse dah bagi arahan tak bagi balik rumah.
Tapi aku yg degil kuasa kuda cepat2 membantah nak balik rumah jugak.
Nurse tadi cakap dia call dr Wan Ratna dulu 
tanya boleh balik tak.
Tak lama lepas tu, dia cakap doktor bagi balik tapi kalau sakit makin kerap cepat2 datang balik.
Lalu kami suami isteri pun balik la.
Malam tu sakit bertambah kuat.
Tapi masih mampu bertahan sebab ala2 senggugut je.
Aku dah biasa senggugut masa period so aku bertahan je.
Esok nya iaitu hari isnin masih turun darah.
Sakit makin bertambah dan makin kerap.
Teringat dr Wan Ratna selalu pesan, tanda sakit nak bersalin ialah bila sakit tu makin sakit dan makin kerap..

Dalam hati berkira2..dah dekat dah ni.
Suami pun work from home je hari tu 
sebab risau apa2 jadi.
Bila contraction dah makin kerap, suami terus ajak pegi PMC balik.
Mula2 aku degil jugak,tapi risaukan baby, menurut jua.
Degil kuasa kuda ku lari gagah berani pun dah tak ada gunanya sebab suami pun dah menunjuk kan ketegasan kuasa kuda juga adanya pun.
Dalam perjalanan singgah beli air kelapa kat tempat biasa dulu.
Sempat lagi tu kan.
Tiba kat PMC dr Wan Ratna takde lagi sebab dia bertugas petang.
Lalu kami laki bini pegi la makan tengahari dulu kat kedai yg berdekatan.
Lepas makan kami decide untuk pegi je check, nak tunggu dr Wan Ratna lambat lagi.
Lepas wat CTG dr Zarul yg ambik alih aku.
Ayarkk....agak segan di situ.
Saya mahukan doktor Wan Ratna kesayangan saya.
Keadaan yg terdesak pasrah je.
Dr Zarul check bukaan dah 2 cm dan diarahkan untuk warded terus.
Dah tak degil lalu aku turutkan je.
Nurse ambik kan wheelca atau bahasa ibunda nya wheelchair.
Aku cakap tak payah pakai wheelchair la.
Nurse tu kata itu arahan dr Zarul.
Aduhai.
Sampai kat wad, suami dah pilih nak single room sebab malam2 dia boleh teman tapi bilik tu penuh la pulak.
Kami pegi je ke wad yg ada 4 katil.
Tapi kat situ suami tak boleh tunggu.
Lepas kami laki bini bincang2, aku pun setuju bila suami cadangkan kami ambik je VIP room.Kat situ suami boleh tunggu dan lebih privacy.
Tunggu punya tunggu dr Wan Ratna pun masuk. Dia check bukaan dah 4cm. Aku terkejut jugak sebab cepat la pulak.
Dr Wan Ratna pecahkan ketuban, then dia cakap baby dah berak dalam perut dan suruh encik suami tengok memang betul sebab cecair yg keluar kaler kehijauan.
Dalam hati aku dah risau dah..
ah sudah la kena czer plak la karang ni. 
tapi lega bila dr Wan Ratna cakap nak check jantung baby dulu then baru decide macam mana.
Wat CTG lagi sekali, alhamdulillah jantung baby ok lagi. dr Wan Ratna cakap dia boleh tunggu dalam masa 4 jam untuk cuba bersalin normal, tak boleh lama2 sebab baby pun dah berak takut termakan najis..jadinya dah tentu la aku akan di induce untuk cepatkan bukaan rahim.
So doktor pun induce ubat melalui drip kat tangan kiri.

hohoi...sakit kamu tahu.
Aku ingatkan lepas masuk ubat tu lambat lagi la kesan nya, rupanya lepas je nurse masuk kan ubat tu, terus rasa sakit berganda dari sebelum nya.
mana tak nya bila dah di induce sama la macam kita dipaksa untuk bersalin.
Contraction makin kuat dan makin kerap dalam 5 minit sekali.
Nak tunggu 4 jam rasa bertahun2. Sakit macam pinggang di patah2 kan..(over kan..)
Lepas tu nurse datang aku suruh dia stop kan ubat tu, tak mau dah sebab sakit sangat.
Nurse cakap tak boleh kena habiskan sampai bukaan 10 cm.
Oo mak aihhh...sakit nya dah beribu2 kali ganda dari sakit senggugut.
Tak boleh nak gambarkan dah sakitnya. 
Dalam masa macam ni, suami la yg jadi mangsa tempat menahan sakit. 
Mujur suami sentiasa ada teman aku. 
Tetibe mengalir airmata terharu kan...sob...sob..
masa tengah menahan sakit tu rasa bagus jugak kami pindah VIP room ni, tak de la 1 wad dengar aku meraung menahan sakit. 
kalau tak sudah semestinya la mendatang kan ketakutan kepada pesakit lain yg mungkin berfikir aku akan bertukar menjadi hulk..
Tak lama lepas tu, nurse dah suruh masuk labour room.
Ingatkan dah boleh beranak, rupenye belum lagi. kena tunggu lagi sebab bukaan belum full.
Tuhan je tau sakitnya. Masa kat labour room tu dr Ratna masuk sekali sekala tengok keadaan aku.
Nurse cek lagi bukaan, dah 9cm. Dia tengok aku dah sakit sangat dia tanya aku nak ubat tahan sakit ke, aku mestilah cakap nak. Dia cakap ubat tahan sakit tu cuma boleh tenangkan aku je, tapi sakitnya tetap sama. 
Aku tak kisah aku nak jugak sebab sakit sangat, 
 suami cakap masa tu muka aku dah biru menahan sakit.
Tak lama lepas tu bukaan dah full, nurse panggil dr Ratna dan bermula la proses meneran. Disebabkan letih yg teramat menahan sakit, aku dah takde tenaga dah nak teran, 
lagipun ubat tahan sakit tu buat aku macam separuh sedar je. 
Risau dengan keadaan baby, dr. Ratna terpaksa guna vacuum untuk tolong tarik baby keluar. 
aku tetap jugak push, tak lama lepas tu baby pun keluar. 
Nurse tunjuk baby kat aku dan cakap baby boy. Aku terpinga2 je tapi aku nampak kepala baby macam bengkak mungkin sebab vacuum.
Ajaibnya kuasa Tuhan, lepas je baby keluar, sakit hilang 100% sampai aku lupa macam mana sakit tadi. 
Nurse terus bius peha aku dan lepas tu terus tak sedar. 
Suami cakap aku tertidur sampai berdengkur dek letih yg teramat gayanye.

Bila aku sedar balik, nurse tengah tolak katil aku ke wad. 
Maknanya, semua proses cuci mencuci dan jahit menjahit telah siap. 
Kat wad mak n kakak aku dah tunggu..rasa tersangat adventure nye hari tu.
macam baru lepas panjat gunung kinabalu, turun, panjat balik, turun panjat balik, turun panjat balik, turun pastu panjat lagi...dan seterusnya.

Bila ingat balik rasa macam tak nak beranak dah. trauma yg teramat sangat rasanye. Tapi bila tengok muka si kecil ni rasa berbaloi sakitnya..anugerah Tuhan yg tak ada nilainya.
ok ni serba ringkas je aku cerita..dan mari lihat baby yg comel ini selepas beberapa jam di lahirkan.

MUHAMMAD HADIF BIN MUHAMAD FADHLAN
lahir pada pukul 7.13pm..
dengan berat 2.7 kg.
pertama kali melihat wajah yg bersih suci ni terus jatuh cinta. inilah anak yg aku kandung selama 9 bulan lebih.

Terima kasih Tuhan kerana memberi nikmat kebahagiaan ini. 
Terima kasih suami ku yg selalu ada masa susah senang. 

Terima kasih juga untuk baby comel ini sebab sudi jadi penyeri hidup ibu dan abah.

Hari pertama bersua muka dengan dia, dalam hati terus berjanji, hai anak, macam mana keadaan sekali pun, ibu tetap akan jaga kamu, ibu tetap akan selalu ada untuk kamu, dan ibu tetap akan jadi orang pertama yg kamu lihat tiap kali kamu bangun dari tidur. 
Dalam keadaan apa pun, ibu akan cuba jadi yg terbaik untuk kamu dan semuanya untuk kamu..anak.
tetiba mood sedih..tetiba yg tetiba sungguh ni.

hai kawan2..jangan pulak takut nak beranak lepas baca cerita aku ni. percaya la, Tuhan lebih tahu. lepas Dia beri kesakitan, Dia beri pulak kebahagiaan dengan melihat wajah sicomel ini. pengalaman yg sangat berharga buat seorang wanita..

tammat...


February 17, 2013

Putra Medical Centre (PMC)


Kalau diberi peluang nak bersalin kat sini lagi untuk next baby..(katenyerr....)
tunggu la setahun lagi.
Doktor aku sepanjang mendapat rawatan di PMC dari check up masa mengandung sampai la yg sambut baby masa beranak adalah doktor Wan Ratna Iza.
Sesangat la baik dan lemah lembut juga adanya pun.
kalau ada peluang beranak kat PMC lagi,
dengan tidak ragu2 nya aku akan pilih doktor Wan Ratna Iza juga.
InsyaAllah.
Kat PMC ade 2 gynae. 
Sorang lelaki, sorang pompuan.
Yg laki tu Datuk Dr Zarul.
tapi disebabkan nasihat suami maka lagi manis memilih doktor pompuan,
Lalu  aku memilih doktor Wan Ratna Iza untuk menjadi gynae aku.

 
dalam gambar ni, kat depan sekali Datuk Dr Zarul.
yang belakang tu tudung biru yg manis tu la Dr Wan Ratna Iza.
manis bukan??
Sepanjang mendapat rawatan kat PMC dengan doktor Wan Ratna Iza sangat berpuas hati.
Nurse pun baik2 dan cantik2 belaka.
Cumanya....
Pakcik guard yg jaga lif sangat garang.
Heh...
Takdela..pakcik tu memang jenis suka bergurau aku rasa..
Mungkin juga.
Lagipun tak payah ambil hati sangatlah dengan orang tua.
Tak payah bajet sombong sangat konon ko beranak kat swasta kan...
Nanti kita pun bakal menjadi tua juga adanya.
......
......
.....
Kesimpulannya..
Jom ramai2 beranak kat PMC.
kalau kat selangor ni PMC terletak di Bukit Rahman Putra.
dekat belakang The Store sungai buloh.
senang je nak cari. 
dan aku rasa bil dia murah sikit kot banding dengan tempat lain.
aku bersalin hari tu total bill untuk sehari, vip room, bersalin vacuum,
dalam rm 2200++
boleh la, layanan pun ok kan...
....

Service bagus, kami puas hati.
Lagi setahun, silalah beranak lagi.

Wahhh....pantun 2 kerat gitu..
Heh.


February 16, 2013

minum milo masa mengandung

JANGAN MINUM MILO MASA MENGANDUNG NANTI ANAK HITAM LEGAM.!!!!
erkkk... !#$%
Tipu je tu.
Aku masa mengandung kan Hadif hari tu boleh dikatakan hari2 tiap saat minum milo.
Milo tin besar yg 2kg tu kadang2 boleh habis dalam seminggu .
Bangun pagi mesti nak kena minum milo.
Pastu tengah hari milo, petang milo, malam milo.
Milo..milo..milo...sampai pengsan..
Tak cukup minum siap ratah lagi.
Satu cawan penuh pulak tu aku ratah licin.
Memula risau jugak, anak aku lahir2 kang hitam legam.
Tapi aku pikir positif jek.
Macam takde kaitan je warna kulit anak dengan benda yg kita makan.
Bukan ikut genetik ke..?? kan?? Kan??
Kuasa Tuhan jugak, dah dijadikan Nya putih, putih la..
kalau hitam nak buat camne.
Bukan boleh mintak2 nak hitam ke putih ke.
Dalam kes aku ni, mungkin pembawakan budak juga kot,
 rasa macam tak minum milo sehari tak best je.
Jadi ketagih pulak.
Yela orang mengandung ni kan selera nye lain macam.
Padahal sebelum tu aku bukan nya peminat tegar 
ibarat kipas susah mati kepada minuman milo itu,
Biarpun iklan di tv kerap menyatakan
“ minum milo anda jadi sihat dan kuat..”
Pernah cuba tak nak minum milo sehari,..
tapi tak berjaya..sob...sob...
terasa milo memanggil2..
aku kata tak mahu,tapi mungkin baby dalam perut yg mahu.
Lalu diturutkan saje..
Ooo ye..satu lagi.
Ade jugak orang cakap kalau minum milo masa mengandung nanti anak lahir besar.
Besar mane je pun kak oiii...
Anak aku little Hadif tu lahir 2.7kg je.
Kecik molek je dia.
Tak de besar mane pun.
Aku senang je, masa mengandung ni ikut je selera tekak tu.
Jangan la yg melampau2 pulak.
Kot2 la nak makan binatang2 pelik tapi comel kan..
Kalau ngidam camtu sila pegi hantuk kepala kat dinding agar boleh berfikiran waras.
Hikhik.
Disebabkan ketagih kepada minuman milo itu,
Aku dan suami telah menjadi pembeli setia milo di econsave sepanjang mengandung dulu.
Dan telah berjaya mengumpulkan mug milo edisi terhad juga adanya.
Dapat mug bertambah gumbira la kami laki bini membeli milo itu di econsave.
1 perkara menarik lagi tentang milo itu.
Lepas je bersalin, milo di rumah ini mampu bertahan berminggu2 untuk dihabiskan.
Ketagihan milo telah berjaya di tamatkan.
Nampak sangat little Hadif ni suka milo masa dalam perut.
Kan..kan...
Pendek cerita la..
kakak2 yg ragu2 nak minum milo masa mengandung ni minum jelah.
Tak payah la risau anak hitam legam ke hape ke.
Pastu beriya2 nak minum soya hari2 nak anak putih melepak.
Kalau macam tu suruh je negro makan soya hari2..
tengok anak lahir boleh putih ke?
Tu kan kuasa Tuhan.
Dah masa mengandung tu milo je yg boleh di telan, telan jelah.
Dok pikir negatif..semua benda tak buleh makan.
betul tak?
kalau betul kasi hangguk itu kapla.
kalau salah kasi hantuk itu dinding.

 


 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal