January 21, 2011

senyumlah


senyum..tak perlu kata apa-apa..

senyum tu sedekah.
ramai orang tak nak pahala dengan buat kerja mudah je..
senyum.
tiap kali balik dari kelas kita mesti akan terserempak dengan kawan2 yang lain,
tak kira lah kita kenal dia ke tak.
cuba kira berapa orang yang bila lalu sebelah kita, diorang akan senyum..
hari ni aku kira, dalam ramai-ramai tu cuma 3-4 orang je yang senyum bila lalu sebelah aku. kebanyakannya semua buat muka ketat. aku yang tengok pun bertambah tension.
bukan lah kata kita ni kena senyum je memanjang,
nanti orang dok mengata pulak..

" kenapa Jenab tu dari tadi aku tengok senyum sorang2,
mesti fius dia dah putus satu, tu yang sewel sikit tu,"

ha kan mulut manusia ni susah nak tutup, suka mengata orang. tapi sekurang2 nya, senyum lah..memang semua orang baru habis kelas tension je, dengan assignment dah sama tinggi dengan bumbung bilik, presentation lagi, semua orang letih, tapi perasan tak kalau kita senyum pada orang lain, seolah-olah kita dah buat satu terapi sebab kita dah menjalin hubungan positif dengan orang lain. kenapa hubungan positif? sebab bila kita senyum walaupun dengan orang yang kita tak kenal, mereka akan bagi reaksi positif pada kita.

" budak ni senyum dengan aku, baik rupanya, ingatkan sombong"
" budak ni manis je aku tengok bila senyum"
" budak ni senyum ngan aku, aku senyum la kat dia balik"

tapi ada jugak orang yang konfius bila kita senyum kat diorang

" budak ni senyum ngan aku ke ngan budak belakang aku? "
" dia ni senyum2 muka aku ni lucu sangat ke? "
" dia senyum kat aku, dia syok kat aku ke ni? "

ada jugak spesis yang dok pikir negatif

" budak ni senyum2 mesti gelak kan jerawat batu aku ni "
" senyum2 ingat muka tu cantik sangat? "
" " ko sapa nak senyum2 ngan aku?" "

tu semua persepsi orang lain.
tapi senyum ni sebenar nya banyak kelebihan.

“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” At Tirmidzi dalam sahihnya.

tahu tak yang senyum tu merupakan salah satu ibadah yang mencontohi Rasulullah s.a.w. Baginda telah meluluhkan hati siapa saja dengan senyuman, memberi harapan dengan senyuman, menghapus sikap keras hati dengan senyuman, dan baginda mensunnahkan umatnya agar menghias diri dengan akhlak yang mulia ini. senyum lah dengan ketulusan hati.

Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata,
“Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan beliau tidak melihatku kecuali beliau pasti tersenyum kepadaku.”

senyum menutup kesedihan..senyum penambah kasih sayang..senyum menghapus hasad dengki..jangan la ragu-ragu kalau nak senyum..
senyum tu ibadah, bukan nya jenayah.

" smile to the world and the world will smile back to you! "




January 20, 2011

CARA BERJIMAT - BAHAGI DUA



lapar..
tension tak bila kita bukak je dompet habuk pun tak ada,
padahal perut dah lapar gila..bukak pulak laci meja ada syiling je, tu pun 5 sen.
rasa nak mengemis pulak kan.
.

nak tahu tak cara-cara berjimat cermat?
lebih-lebih lagi bagi student macam kita ni, bab duit tak pernah cukup..
di samping berjimat, kita boleh la jugak menguruskan badan
yang agak-agak comel
katanya kan....
kata orang sambil menyelam minum air..
kata Ai pulak sambil menyelam menangkap ikan..
boleh ke??

tak kisah la..

yang penting ada 'cara'...pis..
.sebelum tu cara ni sesuai untuk 18 tahun ke atas je,
kalau rasa agak-agak muda, jangan buat..
cara ni namanya BERJIMAT BAHAGI DUA...
kenapa namanya macam tu? baca dulu baru tau..

1) megi..


cara ni memang paling femes la.
terutama bagi orang-orang yang berjimat cermat amalan mulia tu kan.
megi baru berapa ringgit, sebungkus ada 5 peket, tahan la 5 hari.
kira ok la tu. tapi kita boleh buat megi tu tahan sampai 10 hari..
cara nya, 1 peket megi kita bahagi dua..ha? sikit ke?
tak ada lah, separuh megi tu kalau kita rendam 3 jam kan dia kembang,
separuh megi boleh dapat semangkuk kot.yg separuh lagi tu cepat-cepat lah hilang kan dari pandangan mata, cepat-cepat sorok dalam loker, maklum lah nafsu kan tamak tak hingat. lepas tu masa nak makan megi tu kita kena makan sepenuh perasaan..bila dah habis buat-buat lah sendawa sambil gosok-gosok perut..confirm kenyang. x caya cuba la..

2) biskut kering..


alah macam biskut Hup Seng tu. sebungkus kan ada banyak keping.
makan sehari satu keping je. eh..eh..tak payah gatal tangan nak bancuh Milo pulak, cicah air kosong sudah. kalau nak jimat lagi, sekeping biskut patah la 2 jugak macam megi, separuh lagi simpan esok. biskut Hup Seng tu kalau kita betul-betul nikmati, sedap tak hingat..tak caya pegi try beli, entah-entah sebungkus habis time tu jugak..


3) nasi..

ni kalau memang kita ni jenis yg tak boleh hidup la kalau tak makan nasi..konon..mana lah tau kalau dia tak makan nasi dalam sehari boleh mati ke kan, boleh beli nasi tapi syaratnya sejemput je waktu tengah hari. lepas tu sama jugak lah, bahagi 2..kenapa? dah pening dah ke semua kena bahagi 2.. kata nak jimat.. tapi bab nasi ni jangan pulak makan separuh hari ni pastu esok pulak baru nak makan lagi separuh, kot cirit-birit pulak makan nasi basi. agak-agak la, separuh lagi makan la malam. so boleh makan nasi 2 kali sehari, walaupun sikit, Alhamdulillah la kan..


4) berlapar..

agak kejam dan tragis cara ni..berlapar adalah cara terbaik untuk berjimat. bukan tak bagi makan langsung, makan la seminggu sekali. minum air je dah boleh kenyang kan..walaupun terasa agak azab sikit...lama-lama kita dapat rasa yang perut kita ramping seramping poket kita kan? macam mana berlapar nak bahagi 2? senang je, jangan berlapar sepanjang hari, boleh berlapar dari pagi sampai tengahari, lepas tu cuba sibuk kan diri buat macam2 kerja, minum banyak air, anggap perut kita ni dah kenyang gila. pukul 5 petang sampai malam baru boleh menghayati kembali rasa lapar tu. paham tak? kalau tak paham tak payah buat cara no.4 ni..


5) ambil bau je..


macam P.Ramlee, ambik bau je dah kenyang. lepas habis kelas tu lalu lah depan cafe-cafe tu, hidu setiap makanan yang ada dengan penuh penghayatan. lepas tu buat-buat sendawa. mesti kita rasa kenyang punya lah..peduli lah orang nak kata apa..bukan dorang nak belanja kita makan pun kan..rasa-rasa nya yang ni macam mana nak bahagi 2? pergi jelah ke cafe tu 2 kali, setiap kali pergi ambik bau. pergi waktu tengah hari dengan malam. tapi ingat, jangan bawak duit..takut tergoda pulak..

setakat ni ada 5 cara. kesimpulan nya, jangan lah boros. (khas untuk diri sendiri).
kalau ada duit lebih baik simpan. waktu terdesak kan dah boleh guna. sesekali kalau kita berlapar pun apa salah nya. baru kita rasa masam mana nasib orang yang tak berkemampuan. ada yang tak makan langsung. kira bersyukur dengan apa yang ada. ingat Allah bila waktu susah dan senang,. masa banyak duit kedekut sangat nak bersedekah. bila dah papa kedana baru lah merayu-rayu kat Tuhan, kalau boleh sampai nak mintak Allah jadikan nasi depan mata.
Bersyukur dengan apa yang ada.
alhamdulillah..

kahwinlah wahai gadis


wahai gadis, berkahwinlah!

"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." - HR Tarmidzi dan Ahmad

ketika masih bergelar sebagai seorang pelajar, hanya 1 persoalan yang menjengah di fikiran,

bila nak kahwin?

tiba-tiba terbaca 1 artikel..
" kalau dah ada yang datang melamar, kahwin jelah, tak payah tunggu sampai habis belajar"

macam kilat, datang lagi 1000 persoalan yg lain.

patut kah berkahwin jika ibadah sendiri pun merangkak lagi?
patutkah berkahwin jika Al- Quran pun jarang di baca,
patut ke berkahwin jika diri sendiri tak sanggup berkorban,
patut kah berkahwin jika sembahyang pun selalu di lewatkan,
macam -macam lagi soalan yang seolah-seolah berlari-lari kat depan mata..

tapi bila pikir balik, masa ni lah kita kena perbetulkan diri kita. sekurang-kurang nya bila kita berusaha ke arah kebaikan, kita sedar dan tahu menilai di level mana kita berada sekarang. sama ada kita ataupun pasangan kita, sama-sama lah memperbaiki diri, sama-sama membimbing, bila kita berusaha ke jalan Allah, InsyaAllah Tuhan akan mempermudahkan segala urusan kita. biar kita sama-sama mencari keberkatan Allah. dengan izin Tuhan kita dipertemukan dengan pasangan, lalu di terbitkan rasa cinta di hati, kalau bukan dengan izin Tuhan, semuanya tak mungkin berlaku. jadi wajar kah kita melupakan Nya??

bila difikirkan balik, alam perkahwinan akan menjadi lebih indah jika di serikan lagi dengan anak-anak yang soleh dan solehah. ia bermula dengan didikan ibu dan bapa.



" sekiranya kau mengimpikan anak seperti imam syafie... ibunya perlu hebat lagi "
" sekiranya kau mengimpikan anak yang hebat, bapanya perlu lebih dasyat lagi "

lihat..ibu dan bapa memainkan peranan. sebelum tu kenalah betulkan diri sendiri dulu. bermula dari sekarang lah proses memperbaiki diri perlu dilakukan. tak kan nak tunggu dah kahwin baru nak belajar. jadi, sebelum berkahwin, betulkan niat, betulkan diri dan amalan-amalan seharian kita, moga Allah memberi kita jalan dan pilihan yang baik
[ pesanan untuk diri sendiri khasnya :)]

January 19, 2011

diam lebih baik


Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

jadi kalau tak tahu apa yang nak di cakapkan, lebih baik diam..

“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat Abu Naim)

ada hikmah di sebalik diam.. jangan lah takut kalau kita di label ' budak yang pendiam'..
kadang-kadang orang yang diam tu takut nak bercakap, takut kalau kata-kata dia menyakitkan hati orang lain, kadang-kadang orang yang diam tu tengah menghafal apa yang baru di pelajarinya dan kadang-kadang orang yang diam tu sekadar untuk menghormati orang lain,
pepatah Melayu pun ada sebut,
' diam-diam ubi berisi '

Orang yang banyak bicara tak semestinya cerdik, orang yang diam tak semestinya bodoh..


Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.
(Riwayat Bukhari & Muslim)
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)

jadi pikir lah sendiri, diam bukannya satu kelemahan...
anggap je satu kelebihan..
biar orang lain nak cakap apa pun..
be yourself...


January 18, 2011

wanita mudah menangis


Kenapa wanita mudah menangis..??




Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.

1-Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
.

2-"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "


3-"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

4-"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ".

5-"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "


6-"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "


7-"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

jadi paham-paham jelah kenapa perempuan suka nangis...
rasa macam nak nangis pulak..
pehal??

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal