March 26, 2012

doa semasa hamil


Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

March 21, 2012

permata hati bakal tiba

syukur..
Tuhan memberi aku lagi 1 nikmat berkahwin.
bertambah kebahagiaan.

mulanya Isnin hari tu, aku rasa sakit perut yang teramat.
tekak tiba2 berubah selera.
dalam hati rasa mungkin keracunan makanan atau salah makan.
bukan apa, tak nak berharap.
sebelum ni bayak kali test kehamilan.
semua negatif.
semalam p klinik, perut masih sakit.
macam biasa, doktor cakap aku mengandung.
tapi aku tak percaya.
bukan putus asa, tapi tak nak berharap.
doktor suruh buat UPT.
aku ikutkan je.
dan lepas tu,
" kan saya dah cakap, awak mengandung"

wah!!
keajaiban dah berlaku.
si junior dah berada dalam perutku
selama 11 minggu.
mintak maaf ye baby..
tak perasan baby dah duduk dalam perut ibu 11 minggu.
terima kasih sebab jadi anak yang baik.
tak ada alahan yang teruk berlaku.
cuma kesian si suami.
sebelum tau aku mengandung.
aku mintak macam2.
laksa.
sampai aku cakap nak makan laksa je sebulan.
lepas tu rojak.
jenuh mencari rojak.
last2 buat sendiri.
beli kuah rojak n buah.
dan nasib baik!!!
aku tak beli nenas.
suami dah syak, mungkin mengandung.
tapi aku macam biasa.
tak nak berharap.
nanti kecewa.
tapi semalam aku mula percaya.
si junior dah 11 minggu wujud.

lepas ni aku tak ada lah sorang2 p kelas.
ada si junior yang teman.
moga Allah memberi rezeki
yang tak putus2 buat kami suami isteri.
semoga semua urusan di permudah kan.

pesan untuk anak ku :

moga jadi anak yang pintar.
dalam perut ibu dah bawak p universiti.
belajar.
jadi anak yang pandai ye baby..janji !!
jadi anak yang baik.
ikut ibu pergi kelas dok diam2.
jadi budak baik.
bukan berlakon jadi budak baik tau!!
jangan bebankan ayah sangat.
penat dia keje untuk kita berdua.
dah lama dia tunggu baby,
akhirnya ada jugak.
kita mesti sama2 kuat semangat.
ok.
janji!!!

p/s : kebahagiaan kini berganda.

March 8, 2012

makin maju makin lupa

kalau la boleh..

aku nak mintak supaya fesbuk,twitter,skype, ym..

errr...ape benda tah lagi semua tu di hapuskan...

menyemak je.

tak payah wujud pun takpe..

penat nak melayannya dah.

ok.

orang yang tak penah guna benda ni semua memang
rasa teruja nak join.

pantang ada post baru..
laju je komen.

kadang2 tak sedar ada orang lain yang terasa hati.

ok.

cakap la ape pun.
katak bawah tempurung?
jadi??

oh.
ok.
benda2 tu buat kan kawan2 kita bertambah ramai.
dan kekasih gelap pun makin ramai.

ramai sangat kawan sampai kadang2 tak kisah bini orang ke, laki orang ke.

dunia dah berubah.
yang akan datang entah ape pulak.
haisshh.

syukur manusia bertambah maju,
tapi yang tak best nya makin maju makin lupa diri sendiri.

" orang yang mencipta bertambah kaya,
orang yang guna semakin leka "

March 2, 2012

saya nak jadi super........

2 mac.
wahhh..
otomatiknya habis sudah cuti sem.
isnin ni mula kuliah macam biasa.
tapi..
masih rasa malas lagi.
huhu.
nampak nya bermula balik lah tanggungjawab sebagai isteri
dan jugak student.
untuk memulihkan semangat yang berada di tahap sikit lagi nak jatuh ke tanah..
aku berhasrat untuk menjadi super pompuan...

super pompuan???
bunyi macam tak best je..

super bini?
super ring?
super duper?
super mak?
super mak nyah?
super man?
super man terer?
super mario?
super potato?
super 8?

yelah...yelah..
tak ape lah.

super pompuan je lah !!




 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal