July 30, 2012

berat naik masa mengandung


Semalam p klinik.
Check up yg ke sekian kali nye.
Dan menerima suntikan kancing gigi.
Sampai hari ni terasa sakit2 lagi tempat cucuk tu.
Gatal pun ade. Rasa nak garu sekuat hati je.
Tapi..
Tu bukan perkara yg membimbangkan sangat.
yg di pikirkan sekarang ni.........
berat naik lagi.........
semalam timbang makin naik.
Tak pernah seberat ni.
Tapi doc tu cakap normal kalau berat naik masa mengandung.
Dia cakap sepanjang mengandung, berat akan naik dalam lebih kurang 15 kg.
15kg????
Apakah?
Tapi sedikit lega..
Sebab tadi baru google forum ibu mengandung, ramai yg risau pasal berat.
Ade yg naik sampai 20kg.
Tapi turun balik lepas beranak.
Harap macam tulah.
Lepas bersalin memang nak kena diet balik.
Ade jugak yang mengandung tapi berat tak naik banyak.
Jeles ni.
tapi berat naik pun ada sebab.
Pertambahan berat badan masa mengandung penting untuk membentuk fizikal baby dalam rahim
N untuk sediakan simpanan tenaga masa nak bersalin nanti.
Tapi jangan naik banyak sangat, nanti takut baby besar.
Pertambahan berat yg disarankan kena ikut BMI.

Macam ni : 

BMI kurang 18.5    – kenaikan dalam 12.7 - 18.2kg
BMI 18.5-24.9       – kenaikan dalam 11.4 - 15.9kg
BMI  25-29.9         – kenaikan dalam 6.8 - 11.4kg
BMI  30 atau lebih  – kenaikan dalm 5 - 9.1kg

Jadi kira sendiri la berapa pertambahan berat yang di perlukan.
Tapi kena dapat nasihat doc dulu.
Kalau kembar kira double la.
Berat yg naik masa mengandung tu ada banyak faktor.

Contoh nya, dalam blog dr.zubaidi, kenaikan 15kg-16kg penting untuk :

      Fizikal baby                                = 3.0-3.5kg
      Pembesaran payudara                = 1kg
       Pembesaran rahim                     = 1kg
       Pembentukan uri                        = 0.7kg
       Air ketuban                                 = 1kg
       Cecair dalam saluran darah       = 1.4-1.8kg
       Cecair dalam tubuh                     = 2.7-3.6kg
        Lemak                                         = 2.7-3.6kg     
Begitu rupanya.
patut la berat naik gile2 sekarang ni.
Jadi sekarang tak payah risau.
Lepas bersalin baru pikir nak berdiet.
Sekarang ni suami pun dilarang berdiet.
Nanti diet sama2.
Baru adil.
Huhuiii...






kesukaan melihat perut



 
*bukan gambar sebenar *
Aktiviti baru semasa cuti.
Melihat perut.
Bukan lihat2 saja.
Ada sesuatu yg begitu menarik perhatian diri sendiri tau.
Bila baby tendang,   perut pun akan terbonjol.
Bila dia aktif bergerak, terbonjol2 kulit perut terkena anggota badan dia.
Tak tahu lah kaki ke tangan.
Dan tiap kali dia bergerak, rasa teruja nak melihat perut sendiri.
Tengok pergerakan baby terbonjol2  pun dah berbunga2 rasa hati.
Dia lahir nanti makin berbunga la nampaknya.
Siap daun sekali.
Sekarang dah dapat agak dah aktiviti dia.
Sepanjang bulan puasa ni, siang dia kurang bergerak.
Mungkin kah tidur?
Mungkin juga.
Sebab bila menjelang tengah malam dia akan berjaga.
Bergerak ke kiri kanan, menendang, berenang dan macam2 la aktiviti dia kat dalam tu.
Kadang2 tak sampai hati biarkan dia bermain sorang2.
Huhu.
Baby yg bijak ni tak elok berjaga malam tahu!
Tak jeles ke tengok abah nya tidur begitu lena sekali?
Jeles kot.
Dan baby yg manis ni jugak mesti jeles ok...





July 26, 2012

sakit belakang ketika hamil


Kandungan dah cukup 6 bulan, dan terasa diri mengalami sakit tulang belakang yang amat sangat.
Terutama sekali lepas bangun tidur atau berdiri terlalu lama. 
Baby pun dah terasa berat.
Ni la padahnya kot selalu skip makan kalsium tu. susu memang wasalam la. Tak sentuh langsung.
Dengan bantuan encik google lagi, dapat beberapa tips untuk mengurang kan sakit belakang yang makin berlarutan ni. 
dan bolehlah kita berkongsi.

Pertama sekali mari ketahui kenapa bila hamil kita sakit belakang atau pinggul
  • Perubahan berat badan (pembesaran baby dalam kandungan dan menekan urat saraf dan sebabkan sakit belakang)
  • Perubahan hormon
  • Otot mengalami keletihan (posisi baring, duduk atau berdiri yang salah)
  • Perubahan postur badan
Untuk perubahan postur badan, ada beberapa yang patut di betulkan untuk kurang kan rasa sakit.

 
 
 sumber gambar di sini http://www.mypositiveparenting.org

Posisi tidur terbaik adalah tidur mengiring ke kiri.
So, tidur ke kiri dapat meningkatkan pengaliran darah, nutrisi n oksigen ke plasenta.
Jangan tidur telentang.
Aku selalu jugak tidur telentang ni, tapi memang tak selesa n susah nak bernafas.
Tidur telentang membuatkan rahim bagi tekanan fizikal pada saluran darah besar dan boleh mengganggu bekalan oksigen pada baby. Jadi jangan tidur telentang.
Sian baby.
Lagipun tiap kali aku tidur telentang, terasa pergerakan baby macam tak selesa.
 Marah betul dia kalau aku tidur macam tu.
Sebelum ni jugak asyik tidur mengiring ke kanan je, sampai lenguh sendi2 lengan kanan ni.huhu.
 tapi ada terbaca jugak dalam blog Dr. Zubaidi yang wanita hamil boleh mengiring ke kanan atau ke kiri.
Lagipun mengiring ke kanan kan ikut sunnah Rasulullah saw.
Jadinya tukar2 la. Kalau lenguh belah kiri, tukar kanan. Tak de masalah pun.
ni la dugaan masa mengandung. sabar jela. lagi 3 bulan je. lagipun bukan semua orang merasa macam ni. 
lagipun kalau kita cakap sakit, orang boleh cakap sakit sikit je.
yang menanggung nya kita jugak kan.
lepas ni tak boleh la nak duduk ke, baring ke, berdiri lama2 ke or berjalan lama2lagi.
jangan suka2 hati.
nanti makan diri.
kesian kat baby juga.


July 20, 2012

tips berpuasa untuk ibu hamil


sape cakap pompuan mengandung tak boleh puasa.
tapi kena dapat nasihat doc dulu la.
keadaan setiap ibu hamil adalah berbeza.
dan pastikan keadaan kita ketika berpuasa tidak memudaratkan 
baby kat dalam perut tu.
untuk memastikan keselamatan nye..
mari ikut beberapa tips di bawah ini.

1) Jangan 'miss' untuk bersahur

2) Perbanyakkan makanan yang bernutrien dan serat yang
tinggi ketika berbuka dan bersahur.

3) Jangan melakukan terlalu banyak aktiviti fizikal.

4) Jika terdapat simptom yang luar biasa ketika berpuasa,
segera berbuka dan terus bawa ke klinik.

5) Elakkan dari meminum minuman yang mengandungi
kafein seperti coffee dan coke


6) Minum air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi

7) Ambil makanan tambahan seperti pil vitamin dan kalsium pada waktu malam dan bukannya sewaktu bersahur bagi mengurangkan kesan sampingan akibat ubat seperti loya dan pening kepala. 

8) Jangan paksa diri untuk terus berpuasa
    Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Dr. Noor Aini Saari berkata: ``Ibu-ibu yang terus memaksa diri untuk berpuasa tanpa menimbangkan keadaan kehamilan itu sebenarnya sedang membahayakan fetus/janin sendiri. Malah, janin juga boleh terkena hipoglisemia, kekurangan zat gula, kalori dan zat makanan/nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya, kasihanilah anak-anak yang di dalam kandungan. Segala keberkatan tidak bermakna apabila zuriat kita tidak sihat.''

9) Seelok-eloknye lewatkan lah waktu bersahur

10) Elakkan membeli-belah atau berjalan-jalan terutamanya di tengah panas supaya kekal segar dan tidak berlaku dehidrasi.
Selagi keadaan kita berpuasa tak mudaratkan baby, kita boleh berpuasa.
Tapi kena ikut cara yg betul.
Kalau betul2 tak mampu, diboleh kan berbuka.tapi kena ganti balik puasa tu.
Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa".Hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui boleh berbuka puasa.

esok puasa dan baby pun comel juga


esok puasa.
........
........
esok puasa
......
.........
........
esok puasa
.......
.......
......
mengulang ayat yg sama.
cepat nye...
esok dah puasa.
hohhohohoho..
yeyyyyy...
puasa bersama suami tercinta lagi.
dan juga baby yg comel ini.
mencuba sedaya upaya untuk berpuasa.
selagi tak mudarat bagi baby comel ini.
dah 6 bulan dan dia sesangat aktif.
rasa2 nye tiap saat dia bergerak.
entah bila dia berehat..
entah bila jugak la dia tidur.
aktif sangat.
harap bulan puasa nanti dia kekal aktif.
dan aku dapat berpuasa penuh.
menanti penuh debaran untuk 3 bulan lagi.
tak sabar nak tengok muka comel dia.
* sebenarnye tak sabar nak tengok ikut muka mak ke bapak*
sekarang ni tabiat dia macam lebih kepada bapak.
apa yg aku suka makan macam sama dengan yg bapak dia suka.
jadinye..
biar la muka ikut muka mak kan?
baru adil..
tambah lagi....
ikut muka mak lagi comel kot
muahahhaaha....
tengok tajuk entry ni macam tak ada kene mengena je.



surirumah yg pening




cuti sem pun dah bermula.
jadi bermula juga la episod menjadi surirumah sepenuh masa.
tapi di lema melanda hari2 ku jua.
hari2 jenuh pikir ape nak di masak untuk suami balik keje nanti.
adakah semua surirumah mengalami dilema yg sama.
hari2 tekun memasak untuk suami.
dan hari2 jugak la memikirkan menu nya.
di lema hingga si suami pun pening juga ada nye,
sampaikan dia mencadangkan aku membuat senarai menu untuk seminggu.
tapi sampai sekarang tak terbuat.
haishh..
perut suami nak kene di jaga.
masak sedap ke tak sedap ke dia makan jugak.
jadi tetap juga lah berusaha memikirkan apa nak di masak hari2.
untuk petang ni apa pulak nak ku masak..
lalalallaaaa....

July 12, 2012

semua seperti ubat yg complicated


 
 
Tiap kali ke klinik, doc tu akan bagi ubat.
Plus vitamin n kalsium sekali.
Menariknya di sini adalah..
Makin lama ubat yang di baginye makin bertambah dari segi saiz..
Apatah lagi rasanya...
Agak complicated ayat itu.
Tapi yg benarnye..
Memang ubat besar2 ke untuk ibu hamil?
Adui la hai...
Payah nak telan.
Bape kali dah skip.
Ingatkan dapat la ubat yg menarik sikit.
Atau berbentuk syrup...
Biarpun beberapa kali dimarahi suami..
Tetap juga payah nak menelannye..
Hui la..
Terutama sekali nye pil kalsium tu.
Disebabkan aku tak minum susu, kena makan pil tu.
Tapi takde ke yg perisa strawberi..huahuahua...
Harapkan folic acid jela yg kecik..
Suka hati je aku telan.
Tapi yg lain tu jeling saja sudah mendatangkan ketakutan..
Apa mau buat ni????
Setelah beberapa kali skip..
Dan telah terkantoi oleh si suami..
Lalu suami pun bertindak complicated..
dan mendatangkan idea yg dasyat.
Di setiap pil tu ditandakan nya tarikh hari2 kena makan.
So kalau tertinggal 1 tarikh secara otomatiknye..
akan perasan yg pil itu telah di skipkan.
Meski tidak sengaja.
dan akibatnye tentulah akan dimarahi..
Masih lagi guna ayat yg complicated.
Padah menelan ubat yg complicated la ni....


sama2 sibuk..bukan menyibuk



Begini yg terjadi tiap kali masuk dewan exam..
2,3 minit dia ok..
Lepas tu je mula la..
Ibunya sibuk memikirkan jawapan ..
Dia pun sibuk nak berguling time tu..
Bersenam la..
Berenang la..
Main bola la..
Pusing2 la..
Haisshh..budak ni..
Sabar jelah...
tiap kali masa exam macam tu..
Memang clever boy!!!
i luv u

 




 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal