March 16, 2018

Pengalaman bersalin di PMC Sg. Buloh - Anak kedua


OMG!!!!! ( sambil mata terjegil luas - luas )
Blog dah bersawang itsy bitsy spider ( amaran : ini adalah ayat cliche blogger - blogger yang dah lama tak update blog. Lols )

Hadif dah tak jadi little hadif dah. Dia cakap dia big dah sebab dah ada adik.
 Eh? Adik? 
Aah aku dah beranak lagi sorang. ( menjawab soalan sendiri )
Sebab tu lah bukak blog semata - mata nak update pengalaman bersalin lagi sekali.

Kali ni pun masih diberi rezeki dan peluang utk bersalin di PMC Sg.Buloh dengan Dr Ratna. Sebelum ni pernah cerita pengalaman masa bersalinkan Hadif, Klik sini .
Tak payah mukadimah panjang - panjang. Kita mula cerita.

Alkisahnya adik si Hadif ni selamat lahir pada 22 Mac 2016. 
Masa entry ni ditaip aku baru balik daripada bawak baby p cucuk sebulan. Jangan tak tau, si adik ni lahirnya tepat - tepat on due date. Nyaris induce tau !!! - scary.

Sehari sebelum beranak - 21/3 / 2016

Petang bersiap - siap sebab hari ni memang ade temujanji dgn doktor Ratna.
 Masih takda sakit apa pun. Contraction pun takde. 
Tapi terasa baby mengeras je pagi tu..anggap biasa je sebab sebelum ni pun dia memang suka mengeras. Sampai hospital, doktor cek bukaan.
 Takut jugak ni kot takde bukaan ke hape sebab esok nya due date. Risau overdue. Bila doc cek, dah 3cm. Tak terkejut sangat, sebab kat rumah macam terdetik mesti dah ada bukaan, sedapkan hati. kalau takde bukaan baru nak terkejut la kot.
 Then doc cakap berat baby dah 3.2kg. 
Doc suruh decide nak tunggu or admit malam tu jugak untuk induce, sebab esok dah due date lagipun. 
Susah nak decide ni. Mintak pulak pandangan doctor. 
Doc nasihatkan admit malam tu jugak, induce n esok dah boleh beranak. Huhui. Dengar perkataan induce tu ngeri sikit.
 Then aku tanya kalau nak tunggu 2,3 hari boleh ke? kira beranak overdue la. 
Doc ckp takde masalah dia boleh bagi seminggu lagi masa untuk tunggu sakit datang natural, cumanya baby pun dah 3.2 kg, kalau tunggu nanti baby lagi besar. 
Aah betul jugak cakap doctor, jadi kami laki bini minta masa kejap nak pikir.
 Doc cakap ok nanti jap lagi bagitau la decisionnya.

 Keluarla kami laki bini dari bilik doctor pastu duduk kat ruang menunggu bincang - bincang kejap. 
Husband cakap kalau balik dulu kemas - kemas barang ke,
 pastu malam esok baru admit. 
Lagipun tak sakit pun lagi. 
Lama jugak hati berbelah bagi sebab pikirkan nak kena induce tu.
 Hai la.
 Lalu kami pun plan balik je. Esok baru serah diri dengan rela hati harapnya. 
Lepas inform doc untuk induce esok, kami balik tapi tersinggah kfc sebab esok nak beranak pastu tak dapat makan kfc dah. Huhu.
 Sampai rumah kemas barang dan macam dah ada rasa senggugut sikit dan ada darah sikit, confius darah tanda nak beranak or sebab doc seluk tadi. 
Sakit masih boleh tahan, sakit sikit je. 
Tergerak nak kira sela masa sakit yang konon sikit tu datang. 
Dah syak mesti contraction. Makin lama makin kerap dan makin SAKIT. 
Tidur malam tu tak lena sangat, melayankan contraction.
 Tapi contraction ni tak teruk kalau nak compare masa nak bersalin kan hadif dulu. Yang ni masih boleh dilayankan lagi.

Hari kejadian - 22 / 3 / 2016

Pagi tu bangun masih lagi melayan dan mengira masa contraction.
 Dah makin kerap. Tapi masih boleh ditahan. 
Husband ajak p hospital, dalam pukul 10 pagi kot siap - siap baru gerak. 
Tu pun sempat  p breakfast dulu.
 Masa breakfast pun melayan contraction jugak, 
sekali dia datang memang tak boleh bergerak, hambik.
 Habis makan, p kaunter hospital bagitau dah ada rasa sakit n due date hari ni. Diorang carik file n aku nampak kat file dah tulis IOL - induction of labour, 
memang doc dah plan sesiap nak induce aku hari ni. 
Then insan yang carik kan file tu refer sorang lagi nurse n nurse tu cakap tak jadi la ni induce, oklah tu sebab sakit dah datang sendiri.
 Fuh, lega sikit ni. 
Masa nak setelkan GL, doc Ratna suruh masuk bilik dia kejap, cek bukaan dah 4cm, memang admit terus n doc jangka akan bersalin petang ni jugak. 
Naik atas terus masuk labour room, tukar baju apa semua. 
Duduk - duduk kejap doc Ratna pun masuk cek bukaan lagi. 
Dah 5cm! 
Doc cakap cepat bukaan awak ni.
 Then dia pecahkan ketuban n suruh nurse masukkan drip. 
Sempat dia pesan nanti lepas masuk drip ni akan rasa sakit sangat - sangat, 
kalau tak tahan mintak nurse pain killer tau. 
Dalam hati teringat kes Hadif dulu disebabkan sakit sangat n nurse bagi pain killer lalu aku pun lalok n tak de tenaga langsung nak teran dan penyudahnya kena vacum. 
Lalunya, kali ni berkira - kira nak ambik painkiller ke takmau, 
jadinya tunggu jela kalau sakit sangat baru mintak. 
Sebenarnya sampai waktu ni, sakit contraction yang aku rasa masih boleh ditahan, dan aku tertanya - tanya didalam hati ( amboi ayatnya tu ) 
betulke dah nak beranak ni?
 TAPI !!! 
Lepas drip hah hambik, betul - betul sakit beranak datang. 
Cuma bila sakit datang menahan tak hingat sampai berpeluh - peluh walau labour room tu sejuk. 
Bila contraction stop, lega kejap.
 Bila dia datang balik, rasa dekat sangat dengan kematian, iya, betul tak tipu sebab tak tau macam mana nak describe sakit bersalin tu macam mana. 
Masa ni husband dah kena keluar sebab jaga Hadif, bebudak tak boleh masuk. 
Jadi kali ni beranak sorang - sorang dengan doc n nurse aje..sedih sikit. 
Tak lama lepas tu doc masuk lagi cek dah 7cm. 
Oh, cepatnya walaupun still kena tunggu lagi.
 Alhamdulillah kali ni dapat nurse yang sangat - sangat baik n sangat membantu. Yang dulu pun baik juga cuma mungkin sebab dulu aku lalok n layan sangat contraction jadinya kurang komunikasi dengan nurse. 
Eh, boleh camtu?

Nurse ajar cara meneran dengan betul, cara bernafas dengan betul, cara baring dengan betul, very helpfull. 
And nurse tu pun macam berumur sikit, so macam mak - mak lembut je dia cakap. Masa menunggu full 10cm, nurse tanya nak painkiller?
 Aku cakap lambat lagi ke nak beranak ni, dia cakap kita tunggu je sebab doctor pun bagitau bukaan awak cepat, mungkin kejap lagi,
 kalau sakit sangat tarik nafas dalam - dalam pastu hembus.
 Aku apply teknik yang dia ajar, memang berkesan, 
bukan tak sakit langsung, tapi KURANG sakit. 
So tak jadilah aku nak ambik painkiller tu. 
Tiap kali nurse keluar tinggalkan aku sorang - sorang dalam labour room tu,
 aku rasa akulah sorang pompuan yang nak beranak lepas tu annoying.
 Sebab bila contraction datang, aku rasa nak meneran sangat sangat lalu aku pun tekan bell berkali - kali panggil nurse. 
Nurse berlari - larian la datang. 
Rasa bersalah pulak aku, cek lagi baru 9cm. 
Aku cakap rasa nak meneran sangat dah. 
Nurse yang macam mak - mak tu pesan tak boleh teran lagi sebab belum full 10cm, nanti koyak besar.

 Aigooooo...
dengar koyak besar terus insaf lalu aku berjanji tak teran selagi belum 10cm. 
Sebelum nurse tu keluar balik dia sempat pesan lagi, jangan teran, kalau rasa nak teran bayangkan awak dah tak tahan nak berak sangat - sangat lepastu pulak tandasnya jauh. Kena tahan la dulu kan.
Masa ni aku tergelak, dia pun sama. Terhibur jugak la.
Iyalah lepas nurse tu keluar tiap kali aku rasa nak meneran,
aku bayangkan tandas jauh. 
Otomatik dalam hati berkata sabar, sabar, jangan keluar lagi tandas jauh tu nanti tercicir. 
Hikhik.. 
Nurse masuk lagi sekali tanya nak teran sangat dah ke, aku angguk je. 
Masuk sorang lagi nurse n doctor Ratna pun sampai. 
Macam biasalah procedurenye, bila rasa contraction terus teran. 
Aku buat macam yang nurse ajar, kali pertama tak berjaya.
 Doctor Ratna yang baik hati bagi semangat, dia siap cakap awak teran sungguh - sungguh macam awak tengah marah kat saya, pandang muka saya dengan marah. Hui, macam mana nak pandang muka doctor yang lembut dan baik hati 
dengan marah? 
Susah hati ni. 
Teran kali kedua, doc cakap okay dah pandai dah, dah keluar kepala baby.
Dia suruh rileks ambik nafas lagi, tunggu contraction datang.
 Teran kali ketiga, terus baby keluar tepat pukul 1.03pm. 
doctor letak atas perut. 
Ok, gegirl dh keluar. 3.2Kg.
 Sempat tengok sekejap je lepas tu kena bius terus pengsan tertidur.
 Sedar balik semua dah setel, siap untuk pindah ke wad je.

Alhamdulillah. Keluar jugak dia betul - betul tepat due datenya. 
Banyak nak cerita sebenarnya tapi nanti next entry lah.
Oh, baby girl diberi nama HANAA AYSARA.
Maksudnya kebahagian yang mewah. 
Semoga dengan kehadiran dia bertambah - tambah lah kebahagian 
dalam rumahtangga kami suami isteri. 
Amin.




 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal