October 10, 2012

petua mudah bersalin



bila dah dekat due date mulalah sibuk mencari2 petua memudahkan proses bersalin nanti.

ni antara yang menarik perhatian.. 

  • amalkan baca surah Yassin di sertai niat moga di permudah kan semuanya 
  • amalkan bacaan surah Maryam. 
  • amalkan juga doa Nabi Yunus :                                                                    
            " la ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin "
  •  amalkan minum air lebihan suami (macam best je ) 
  • masa mandi tu amalkan minum air basuhan rambut, yang hujung rambut tu. ni petua orang tua2 la 
  • amalkan makan kurma tiap hari kalau boleh dalam bilangan yang ganjil ye.  
  • minum air kelapa dan amalkan selepas usia kandungan 7 bulan ke atas. banyak aku baca pengalaman2 orang yang minum air kelapa ni insyaAllah anak yang lahir bersih dan putih (sangat teruja bila baca kan) 
  • makan telur mentah bila dah hujung2 nak dekat due date ( mungkin tak lalu nak telan tapi boleh jugak cuba) 
  • kerap makan bendi untuk mudah kan laluan baby. tak pasti betul atau tak, mungkin sebab bendi tu berlendir. mak aku pun suruh makan bendi banyak2 untuk elak anak kena kuning. insyaAllah. 
  • banyak kan berjalan. sila jangan malas ye puan2. nasib baik umah aku ni tingkat  4 tak de lif. boleh jugak la nak bersenam sikit. kalau si suami ajak kuar jalan2 memang aku laju je. tengah sakit2 badan pun dah tak heran.  
  •  minum la air selusuh. lagi baik kalau mintak suami yang buatkan. 
  •  amal kan baca Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir 
  •  selalulah 'bersama' suami. ( dalam banyak2 petua, yang last ni jugak la laki aku ingat nye)


semua petua di atas boleh lah di amalkan. 
Sesungguhnya semua yang berlaku di atas keizinan Allah juga. 
Kalau dah amalkan semua yg di atas tapi masih mengalami kesukaran semasa melahirkan, anggap lah tu ujian dan dugaan yang Allah bagi untuk menghapus dosa2 silam kita. 
macam yang tercatat dalam satu hadis

 “ Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya “

jadi bersyukur lah bila kita di pilih untuk merasai semua kesakitan dari saat mengandung selama 9 bulan 10 hari hinggalah di saat melahirkan.




 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal