October 13, 2011

PESAN BUAT SUAMI & ISTERI


Pesanan buat suami..

01. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

02.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

03.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

04.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

05.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
06.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

07.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.
Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
08.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

09.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

10.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

11.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

12.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

13.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush.

14.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

15.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

16. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

17.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

18.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

19.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.

20.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama.Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.
Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.
21.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga.Jangan buat apa yang isteri tak suka.
Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
22.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.
Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.
Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"




pesanan buat isteri


1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak.Walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia taktau.. bla bla bla "

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar danmenyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidakdijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa- apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan ... "

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak ... .boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bilamenyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ... kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuansuami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinnerkat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros... "

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber... ber... . ie. " pot petpot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izinsuami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batiklusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. ",,nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atauberibadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang padasuami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa naktembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi u tak tak ... then today.. then tadi..u tau tak... semalam u nak tau... .bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amatkecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah ... bill bla bla blabergayut bla bla bla bla... ini semua salah you "

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih... betina mana pulak awak nak nih... "

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain. ie. "..eee u tau tak hubby i tu... "

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor... i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. "..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yangmunasabah. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nihdulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali... .."


KISAH RASULULLAH SAW

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali kerumah sesudah selesai sembahyang.’
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’
6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..



October 4, 2011

Kisah Hasan Al Basri


Dari tadi dok belek tenet je...dan terbaca sesuatu yg sangat menarik untuk di kongsi bersama...
Kisah Hasan Al Basri dengan anak kecil....


Dikisahkan dalam sebuah riwayat, ketika Hasan Al-Basri sedang duduk dekat pintu rumahnya,, lalulah org ramai membawa jenazah seorang lelaki,,Dalam kumpulan itu terdapat anak kecil perempuan dengan rambut terurai sambil menangis. Untuk mengetahui keadaan anak kecil itu Hasan Al-Basri mengikuti jenazah itu..

Dalam masa berjalan itu berkata anak kecil itu,"
Wahai ayahku, mengapakah tiba hari yg semacam ini dalam hidupku?"

Berkata Hasan Al-Basri," Wahai anak kecil, tidak akan datang hari seperti ini kepada ayahmu."

Setelah Hasan Al-Basri menyembahyangkan jenazah tersebut, beliau pun terus pulang. Pada keesokan harinya, Hasan Al-Basri pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang subuh, setelah selesai solat, Hasan Al-Basri balik ke rumahnya dan duduk dekat pintu rumahnya.

Ketika Hasan Basri duduk dekat pintu itu, dia terpandang budak perempuan yg kematian ayahnya semalam menuju ke kubur ayahnya untuk ziarah.
Berkata Hasan Al-Basri dalam hatinya," anak kecil ini nampaknya seperti cerdas, ada baiknya kalau aku ikuti dia, mungkin dia akan menyebut perkataan yg akan bermanfaat bagiku,' Hasan Al-Basri mengikut budak perempuan itu dari belakang, apabila sampai di tempat perkuburan ayah kanak-kanak itu, Hasan Al-Basri pun bersembunyi.

Anak kecil itu memeluk kubur ayahnya dan meletakkan pipinya di atas tanah sambil menangis dia berkata," Wahai ayahku, bagaimana kamu tinggal di dalam kegelapan kubur seorang diri tanpa lampu mahupun penghibur? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku nyalakan lampu untukmu, sekarang siapakah yang menyalakan lampu untukmu malam tadi?"

Berkata anak kecil itu lagi,"Wahai ayahku,kelmarin dulu aku menghamparkan tempat tinggalmu, siapakah yg menghamparkan tempat tidurmu malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku yang picitkan kedua tangan dan kakimu, siapakah yang memicitmu malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku balikkan tubuhmu dari satu tempat ke satu tempat, siapakah yang membalikkan tubuhmu malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku tutup tubuhmu yg terbuka, siapakah yg menutupmu mlm tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku mmberimu minum, siapakah yang mmberimu minum malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku merenungi wajahmu, siapakah yg merenungi malam tadi?"

"Kelmarin dulu kamu memanggil kami dan kami menjawab panggilanmu, siapakah yang kamu panggil malam tadi dan siapa pula yang menjawab pnggilanmu? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku mmberimu makan makanan yang mnjadi kegemaranmu apabila kamu memerlukan, siapakah yang mmberimu makan makanan yg menjadi kegemaranmu malam tadi?"

Berkata anak kecil itu lagi, "Wahai ayahku, kelmarin dulu aku mmasakkan berbagai makanan untukmu, siapakah yang memasakkan untukmu malam tadi?"

Sebaik sahaja Hasan Al-Basri mendengar kata-kata anak kecil itu, beliau pun menangis dan mmperlihatkan dirinya kepada anak kecil itu. Berkata Hasan Basri," Wahai anakku, janganlah kamu mengucapkan kata-kata seperti itu, tetapi katakan seperti ini: Wahai ayahku, kami telah menghadapkan kamu ke arah kiblat, apakah kamu tetap berkeadaan demikian atau kamu telah dihadapkan ke arah lain? Wahai ayahku, kami telah mengafani kamu dengan baik, apakah kafanmu itu tetap seperti itu atau telah ditanggalkan darimu? Wahai ayahku, kami telah meletakkan kamu ke dalam kubur sedangkan badanmu masih utuh, apakah badanmu tetap utuh atau telah dimakan cacing? Wahai ayahku, sesungguhnya para ulama' berkata bahawa kubur itu dilapangkan bagi sesetengah manusia (yg beramal soleh) dan disempitkan bagi sesetengah manusia (yang ingkar pada perintah Allah), apakah kuburmu itu terasa sempit atau lapang rasanya bagimu? Sesungguhnye para ulama' berkata bahawa sesetengah mereka diganti kafannye dengan kafan dari syurga dan sebahagian lainnya pula diganti dengan kafan kafan dari neraka. Apakah kafanmu itu digantikan dengan kafan syurga atau kafan neraka?"

"Wahai ayahku, sesungguhnya para ulama' berkata bahawa kubur itu ialah tempat menentukan salah satu kebun ke syurga atau salah satu parit ke neraka."

"Wahai ayahku, sesungguhnye para ulama' berkata kubur itu memeluk sesetengah penghuninya seperti seorang ibu memeluk anaknya dan kubur juga akan mmbenci serta menghimpit sesetengah penghuninya hingga bertelagah tulang rusuknya. Apakah kubur ini memelukmu atau menghimpitmu?"

"Wahai ayahku, para ulama' berkata bahawa sesiapa yg diletakkan dalam kubur, kalau dia seorang yg bertaqwa, dia pun akan menyesal kerana kurang membuat amal kebaikan dan apabila seseorang itu orang yg membuat dosa dia akan menyesal mengapa dia melakukan maksiat. Apakah kamu menyesal atas dosa-dosamu atau kamu menyesal kerana kurang amal kebaikanmu?"

"Wahai ayahku, jika aku memanggilmu tentu engkau menjawab panggilanku, tetapi aku memanggilmu di kepala kuburmu, mengapa aku tidak mendengar suaramu?"

"Wahai ayahku, engkau telah pergi dan aku tidak akan dapat bertemu denganmu lagi hingga hari kiamat, ya Allah janganlah Engkau haramkan kami dari pertemuan dengannya pada hari kiamat nanti"

Berkata anak kecil itu," Ya Pak Cik, alangkah baiknya perkataan yang engkau ucapkan untuk ayahku dan alangkah baiknya nasihatmu kepadaku dan peringatanmu terhadap orang-orang yang lalai."

Setelah itu, Hasan Al-Basri dan anak kecil itu pun balik ke rumah masing-masing dalam keadaan menangis.

So...jom buat teladan dari kisah ni. Setiap dari kita pasti akan merasai mati...kita sendiri tak tau bila. Semua orang akan lalui satu alam yg sangat hebat iaitu alam kubur. Dan kita semestinya tak tau apa nasib kita kat sana nanti..tapi sesuatu yg pasti...siksaan kubur tu tersangat la pedih...
p/s : mohon diselamatkan dari siksa kubur...sama2 kita berdoa...

October 3, 2011

PUNCA SISTEM IMUN LEMAH

Sakit mata...uhuhuu..tak penah2 kena benda ni..sekali kena sakit woooo....
Haisssshhh...continously sakit..
Mula dari demam, batuk sema2...n now..
Sakit mata...
Plus sakit hati..
Huhuhu
Sakit itu menghapus dosa2 kecil ok ai...
Banyak dosa ke hape nih....
Masalahnye dah segan nak ulang alik klinik..
Segan tahu???
Asyik muka aku je...
Ala...dah nama pun sakit...
Buat la macam orang sakit..
Disebab kan sakit yg berterusan, kalenjar dah jadi bengkak..
Tegang giler rase kat leher ni...
Doc cuma cakap kalenjar jadi bengkak sebab dia sedang “bertugas” menapis jangkitan penyakit yg serang badan aku sejak 2 menjak ni.
Waaaaa...itu macam ka doc?
Then dia kasi 3 ubat..ubat surut bengkak, tahan sakit n antibiotic.
Hmmmm...nampak nya hidup dgn ubat lagi.
Sejak lepas operation hari tu, rasa macam badan ni dah tak bape nak kuat.
Senang sangat dapat sakit.
Kalau dulu kebal terlampau..
Susah nya nak sakit...
Sekarang terasa berbeza.
Asyik tak sihat je..
Huh..tak puas hati punya pasal...mari google...
Hmmmm
Tq encik google sebab membantu.
Antara punca system imun jadi lemah :

1. Makanan yg memudaratkan
Contoh mcm...
junk food
p/s :
Keropok kegemaran
gula berlebihan
lemak n minyak
susu lembu
makanan tiruan..

2. Pembedahan yg tidak perlu
Contoh nya..
Buang tonsil n apendiks
Buang limpa..
Pembedahan menekan system imuniti..
Tak paham.

3. Antibiotic
Musnahkan bacteria yg mudaratkan tapi ia musnahkan bakteria berguna untuk system imun. Ianya halang kemampuan badan untuk hasilkan antibiotic semulajadi.

4. Pengambilan alcohol
Ishhh...mane ade ok!

5. Gaya hidup
Tidur lewat
Merokok
Tekanan..

ok.

Semua ni pun melemahkan sisem imuniti rupanya..
ok...dah paham.
mari sama2 meningkat kan kembali kekuatan badan.
kalau sakit susah mau pegi kelas lorrrr....
huhuhu..
hati pun susah.
 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal