March 8, 2011

siapakah wanita ahli syurga?

sapa tak nak masuk syurga?
mesti semua nak.

tak payah tanya pun dah tau..
semua akan jawab

" bila mati nanti aku nak masuk syurga "

" tak kan nak masuk neraka kot "

kan?

orang cakap..
wanita senang nak masuk syurga.
senang cakap daripada buat..

apa ciri2 yang jadi kunci wanita untuk masuk syurga?



sebuah hadis Nabi menyatakan :

" apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang 5 waktu,
berpuasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatan dan taat kepada suami,
dia akan disuruh masuk ke dalam syurga melalui mana2 pintu yg dia suka"

(HR. Ahmad)

ada 4 dasar atau sifat utama yg jadi teras bagi seseorang wanita untuk masuk syurga.

1) TUNAIKAN KEWAJIPAN KEPADA ALLAH



maknanya laksanakan ibadah yg di wajibkan ke atasnya. terutama nya solat 5 waktu.
1 hadis ada sebut yg sembahyang tu perkara pertama yang
disoal Hari Kiamat nanti.

daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda :

" sesungguh nya perkara yg pertama sekali di kira dari amalan hamba di hari kiamat
adalah sembahyang; sekiranya sembahyang sempurna,
maka beruntung lah dia, jika tidak,
maka rugilah ia.
kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman :
lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. demikianlah seterus nya amalan yang lain "

(HR. At-Tirmizi)


2) BERPUASA

ni salah 1 kewajipan bagi seorang perempuan untuk dia masuk syurga.
keistimewaan ni lelaki tak dapat. so ni la bukti yang Allah meninggikan martabat dan darjat wanita solehah selama mana mereka menunaikan perintah Allah.


3) MENJAGA KEHORMATAN DIRI

dalam konteks ni termasuklah sifat pemalu, jika suaminya keluar,
dia menjaga kehormatan diri dan harta suaminya dengan amanah.
sentiasa menyebut perkataan yg baik pada suaminya.
menggembirakan suami.



1 hadis Nabi SAW bermaksud :

" sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah 1 nya dikeluarkan, yg 1 lagi juga akan hilang."
(HR.Baihaqi)



4) MENUNAIKAN HAK SUAMI

taat pada suami wajib bagi mana2 perempuan.
1 hadis yg diriwayat kan oleh al-Imam Bazzar Nabi SAW bersabda, maksudnya :

" kamu sampaikan pada perempuan yang kamu jumpa,
bahawa taat kepada suami dan mengakui hak2 suami sama pahala nya
dengan berperang
dan bertempur dengan musuh2 Islam di medan perang,
tetapi sikit sangat lah daripada isteri2 yg menyempurnakan hak2 suami mereka."
(HR. Imam al-Bazzar)


isteri lah pusat kebahgiaan dalam rumahtangga.
isteri mesti bagi perhatian pada suami dengan anak2.
Nabi SAW bersabda:

" seorang wanita yg menyakiti hati suami dengan lidah nya,
dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah,
para malaikat dan umat manusia."

Saidina Ali r.a meriwayat kan 1 hadis tentang isteri yg tak hormat pada suami dia.

" wanita yg berkata pada suami nya yg tak lihat apa2 kebaikan pada suami dia,
Allah hapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun,
walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya."
(HR. Ibnu Majah dan An-Nasai)

kesimpulannya..
jika wanita berlandaskan 4 perkara ni, maka mudah lah dia masuk syurga.
Allah merahmati dan di bolehkan masuk ke syurga
melalui mana2 pintu yg dia suka.
sekadar berkongsi dan mengingatkan diri sendiri terutamanya..



March 1, 2011

kenapa perempuan??



KENAPA PEREMPUAN SUKA BERLETER???

kenapa ye? tak payah buat2 heran la.
Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah cakap dah memang lumrah perempuan. hormon estrogen berlebihan..lebih2 lagi isteri. selalu berleter kat suami dia. kesian..

sebenarnya perempuan ni nak tunjuk kan kasih sayang pada pasangan dia,.
tapi selalu di salah anggap..berleter pulak katanya..

" abang, bawak moto tu jangan la bawak laju2. jangan mencelah. hati2 tau. jangan merempit.."

haa..kan dah cakap.nak tunjukkan kasih sayang. pada yang berkenaan, jangan tersalah anggap ok. alah..lelaki. cakap la banyak mana pun, kalau tu yang nak dibuatnya dah tak boleh nak halang. kan? kan? actually perempuan ni berjiwa penyayang, tapi bila dah ter'over' bercakap..buat tu tak boleh buat ni tak boleh. jangan itu,jangan ini..di label berleter pulak..
kesian3..

" milah tu kan, semalam entah jantan mana yang hantar dia balik. hari tu jantan lain, semalam jantan lain pulak.."

disebabkan perempuan suka berleter, jadinya perempuan la yang lebih pandai buat ketupat..ada paham?? lampi betul..mengumpat lah..dah terlebih bercakap, bila dah tak de benda nak cakap. mula la mengata. sibuk jaga tepi kain orang, kain sendiri yang terkoyak tak sedar.. makcik2..sila jangan mengata jiran anda ok..tak baik makcik tahu..

" abang ni suruh beli kicap kejap pun tak boleh ke? malas betul. tadi abang yang suruh saya masak ayam kicap "


kesimpulannya beli la kicap banyak2 buat stok kat umah....bukan. kesimpulannya, jangan la buat perempuan terutamanya isteri marah atau geram. bila dah tekan butang yang salah, otomatik perempuan akan berleter. tolong lah paham..heh!

no wonder la bos perempuan sangat cerewet..sabar jelah..


kalau ikut kajian pun perempuan boleh bercakap hingga 30000 perkataan 1 hari..what????
lelaki cuma dalam 7000 je..haaa???? tau pun terkejut..esok nak try kira berapa patah perkataan yang aku cakap dalam sehari..heh..mampu ke nak kira..ko tak payah kira la ai..ko tu sepatah orang tanya sepatah yang ko jawab...adeh..bisanya..

p/s : -sila jangan guna bahasa kesat di sini ok..i terasa tau!-

lelaki2 sejati terima la seadanya..perempuan membebel pun sebab sayang,..

KENAPA PEREMPUAN SEORANG YANG GEDIK???

kenapa ye? tak payah buat2 heran jugak ok!
perempuan gedik = mengada2, inginkan perhatian

aku pun menyampah sebenarnya perempuan gedik ni..elehhhh..

p/s : ai, sila cermin diri sendiri dulu ok....oopppss!

pemuda kacak : hai..u pergi mana lama tak nampak
perempuan gedik jawab : i ada je. tak pergi mana pun...kenapa? u rindu kat i eh..(muntah)

p/s : perempuan normal tak kan tanya u rindu kat i ke? kalau tanya macam tu sah2 gedik...

pemuda kacak : cantiknya u hari ni
perempuan gedik : ye ke? i memang lawa pun, u baru perasan ke

p/s : lelaki2..puji girlfren anda SAHAJA ok! kalau perempuan puji diri sendiri lawa sila bagi pelempang...sah gedik

pemuda kacak : jom lepak2 kat kedai pakman depan tu nak?
perempuan gedik : ala u ni..nanti cair mekap i tau..kat situ panas tau..


p/s : sah gedik ni..sila beri tazkirah 2,3 jam pada perempuan yang cakap macam ni ok...

pemuda kacak : jom amik gambar nak
perempuan gedik : u nak simpan gambar i eh..mesti u suka i kan

p/s : kalau perempuan cakap macam ni sila muntah kat situ jugak..

perempuan gedik nak perhatian je sebenarnya..tapi pelik je..perempuan gedik semuanya cantik2 kan..nak perhatian banyak mana lagi..cantik ke?? cantik la kalau di banding kan dengan gajah..
haishhhh...sila jangan guna bahasa kesat lagi ok!!!
jadi, kenapa perempuan gedik?


hukum ai
ai + gedik = abang sayang menyampah

ai benci gedik tahu?
serius..
sila jangan pertikai kan statement berani mati ni ok!








 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal