November 30, 2011

SIMPULAN AKHIR BULAN NOVEMBER


BUKAN KISAH BUDAK TU.

Budak tu.

setitik hakisan peluh di dahi

Berjalan mengiring

Kekadang mengundur.

Selangkah.

2 langkah.



Dan seterusnya.

Dia berjalan.

Penat.

Di betulkan semula langkah yg katanya macam sesat.

Kembali lurus.

Budak tu senyum pada semua orang.

Di sekeliling.

Kiri.

Kanan.

Depan.

Malah juga belakang.

Tak mahu simpan apa2 dendam.

Mereka berbisik.

Berkata tentangnya.

Apa nak di peduli.

Jangan kisah.

“ hal aku”

Haus.

Singgah tepi kedai.

Beli aiskrim.

Tu la.

Budak tu.

Balik rumah.

Dengan hati tenang.

Tadi bersiar2.

Lepaskan semua keluh, penat.

Segala masalah di biar terbang ke awan.

“ ambil lah”

“ bawa pergi semua beban”



“ terima kasih Tuhan”

Budak tu senyum.

Titik.

Kan.

Senang jadi budak tu. Tak payah simpan apa2 dendam dalam hati.

Hidup dengan jalan sendiri.

Nak jalan macam mana pun, tak kisah. Orang nak kata apa. Biar je.

Yang penting kita suka, puas hati dengan cara sendiri.

Pernah terfikir, kenapa orang2 semua macam terlalu suka ambil tahu hal kita.

Ok.

Ambil berat.

Terima kasih.

Sebab ambil berat...tapi kita kenal ke?

Tak.

Untung la. Ada orang ambil berat. Tapi...ambil berat untuk benda2 yg tak sepatutnya.

Lepas tu canang 1 kampung.

Ambil berat?????

tu yg tak paham.

Tak apa la.

Yg penting ambil berat.

TERFIKIR KADANG2.

Ape?

Kadang2 terpikir.

Kenapa susah nak berubah.

Susah sangat.

“ aku nak berubah”

“ jadi ultraman”

Ok.

Cinggggg!!!!!



Dah bertukar.

Kalau la semudah tu....

Hei.

Tak payah susah hati.

Bukan semua perubahan perlu ada sound efek “ cingggg!!!!”

Tak payah pun.

Tak paham?

Tak perlu berubah sekelip mata.

Sikit2.

Macam sorang budak laki,nak ubah gaya rambut.

Nak sikat belah tengah.

Tapi takut. Nanti kawan2 gelak kan.

Dia nak jugak ubah.

Tiap hari sikat tepi. Belah kiri.

Pastu sikat belah kiri atas sikit.

Atas lagi.

Atas lagi...dan lagi.

Lama2 betul2 atas kepala.

Dah belah tengah.

Rasa2 orang perasan tak???



Ubah sikit2.

Orang tak perasaan.melainkan kita ni betul2 femes.

Kalau femes,bulu idung dah panjang pun tetap orang akan perasan.

Tapi kalau tak, jangan berharap orang lain akan perasan perubahan tu.

Puaskan hati sendiri.

Baru pikir orang lain.

Ye.

Mesti.

p/s : semua cerita tersebut di atas adalah khayalan jer...

No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal