February 28, 2012

hujan bersama kenangan

Sejak 2 menjak ni..puncak alam hujan je.

Dah la en.hubby tak balik keje lagi.

Langit tiba2 jadi gelap..

Padahal masa awal lagi.

Sekali sekala bunyi guruh..kilat.

Takut betul.

Kilat pulak menyambar sampai masuk umah.

Adui la..

Seram.

Aku dok kat ruang tamu jek..

Sensorang.

Tunggu en.hubby balik, walaupun lambat lagi.

Huhu.

Bila dok sensorang dalam waktu hujan lebat, teringat masa kecik2 dulu.

Dulu umur aku dalam lingkungan 8tahun.

Masa ni kami dok kampung.

Rumah tinggalan arwah ayah.

Dan kat belakang rumah tu ade 2 pokok kelapa yg tinggi.

Yang tak best nye, pokok tu macam condong sikit ke arah umah aku.

Bila hujan lebat pokok tu goyang2 macam nak tumbang.

Kalau tumbang umah aku la ranap dulu.

Jadi,.

Sebelum hujan, agak2 hari gelap macam nak hujan tu, mak aku dah siap2 barang.

Bantal, tilam, baju, semua.

Sebelum hujan turun,kami lari ke umah opah aku.

Opah sebelah arwah ayah.

Umah opah tak jauh, kat depan umah aku je.

Kami bermalam kat situ.

Takut nanti ribut, pokok kelapa tu tumbang jatuh kat rumah kami.

Bila aku dah besar sikit, aku terpikir,

Dulu lepas ayah meninggal, mak bersusah payah jaga kami.

Sentiasa berjaga2 demi keselamatan kami.

Bila hari nak ujan, mak selamatkan kami.

Takut apa2 benda buruk pulak jadi.

Dan 1 lagi.

Bila nak balik kampung opah sebelah mak pulak.

Mak susah payah ulang alik naik moto 2 kali.

Sebab anta kitorang balik kampung.

Nasib la adik beradik aku 4 orang je.

So 2 kali la mak ulang alik.

Sekarang bila dah besar, aku terpikir,

apa yang aku buat untuk gembira kan mak pulak?

Apa perasaan mak sekarang ni?

Adakah mak betul2 gembira?

Adakah mak lebih bahagia setelah kesusahan yg dia alami dulu?

Aku sentiasa bertanya..

Tapi semua belum terjawab.

No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal