July 26, 2012

sakit belakang ketika hamil


Kandungan dah cukup 6 bulan, dan terasa diri mengalami sakit tulang belakang yang amat sangat.
Terutama sekali lepas bangun tidur atau berdiri terlalu lama. 
Baby pun dah terasa berat.
Ni la padahnya kot selalu skip makan kalsium tu. susu memang wasalam la. Tak sentuh langsung.
Dengan bantuan encik google lagi, dapat beberapa tips untuk mengurang kan sakit belakang yang makin berlarutan ni. 
dan bolehlah kita berkongsi.

Pertama sekali mari ketahui kenapa bila hamil kita sakit belakang atau pinggul
  • Perubahan berat badan (pembesaran baby dalam kandungan dan menekan urat saraf dan sebabkan sakit belakang)
  • Perubahan hormon
  • Otot mengalami keletihan (posisi baring, duduk atau berdiri yang salah)
  • Perubahan postur badan
Untuk perubahan postur badan, ada beberapa yang patut di betulkan untuk kurang kan rasa sakit.

 
 
 sumber gambar di sini http://www.mypositiveparenting.org

Posisi tidur terbaik adalah tidur mengiring ke kiri.
So, tidur ke kiri dapat meningkatkan pengaliran darah, nutrisi n oksigen ke plasenta.
Jangan tidur telentang.
Aku selalu jugak tidur telentang ni, tapi memang tak selesa n susah nak bernafas.
Tidur telentang membuatkan rahim bagi tekanan fizikal pada saluran darah besar dan boleh mengganggu bekalan oksigen pada baby. Jadi jangan tidur telentang.
Sian baby.
Lagipun tiap kali aku tidur telentang, terasa pergerakan baby macam tak selesa.
 Marah betul dia kalau aku tidur macam tu.
Sebelum ni jugak asyik tidur mengiring ke kanan je, sampai lenguh sendi2 lengan kanan ni.huhu.
 tapi ada terbaca jugak dalam blog Dr. Zubaidi yang wanita hamil boleh mengiring ke kanan atau ke kiri.
Lagipun mengiring ke kanan kan ikut sunnah Rasulullah saw.
Jadinya tukar2 la. Kalau lenguh belah kiri, tukar kanan. Tak de masalah pun.
ni la dugaan masa mengandung. sabar jela. lagi 3 bulan je. lagipun bukan semua orang merasa macam ni. 
lagipun kalau kita cakap sakit, orang boleh cakap sakit sikit je.
yang menanggung nya kita jugak kan.
lepas ni tak boleh la nak duduk ke, baring ke, berdiri lama2 ke or berjalan lama2lagi.
jangan suka2 hati.
nanti makan diri.
kesian kat baby juga.


3 comments:

  1. saya baru 10w pregnant, kalau baring kat karpet atau tilam nipis, bila nak bangun tu punyalah sakit at bahagian tulang punggung. kena bangun slow2. mengada betul, kena baring kat tilam empuk je. pelik juga, sbb baru awal kehamilan kan. hehe btw tq for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlcm...n take care...nk jd ibu kne byk brkorban...:)

      Delete
  2. thanks for sharing.. info yang menarik. mohon kongsi yer.. :)

    ReplyDelete

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal