February 29, 2012

Colmar Tropicale

5 Februari, pre honeymoon dengan suami.
Colmar Tropicale.
tak rancang pun nak kesini.
pagi tu kami ke raub.
kawan hubby kawin.
ingat lepas tu nak ke cameron atau Fraser Hill.
tapi jalan nak ke sana sangat la berliku.
hati pun turut berliku-liku nak kesana.
sempat lagi kami google, Fraser Hill tak menarik perhatian.
disebabkan hari dah petang, nak balik KL pun alang2 je.
hubby mencadangkan kami ke Bukit Tinggi.
tapi hotel hampir penuh kat sane.
masa kami pergi ni pun mood Tahun Baru Cina lagi.
so mesti la ramai bertapa kat sana.
sebagai anak jati raub,
hubby memberi cadangan supaya kami bermalam je kat Raub.
esok pagi2 baru kami bertolak ke Bukit Tinggi.
aku menurut sebab hari pun dah petang.
kami menginap di Hotel Jelai.
esoknya lepas sarapan kami bertolak ke Bukit Tinggi.
dengan tiket rm12 seorang kami masuk ke Colmar Tropicale.
sedikit terpegun,
keadaan kat situ sejuk waktu pagi.
dah petang sikit baru rasa panas tapi still rasa berangin.



maklumlah kawasan tanah tinggi.
nak di ingatkan, sebelum naik ke sini,
sila ringankan tangan anda membawa bekal
minuman dan makanan dari bawah.
kalau tak,anda terpaksa ringankan tangan anda hulur rm6 untuk air tin sahaja.
mesti anda rasa ragu2 kan?
ok.
ni gambar di ambil dari dalam kereta.
tak sabar nak turun.


sape yang suka ambil gambar, kat sini memang sesuai.
senibina bangunan ala Eropah.
sangat cantik.




benda ni pun ada kat sini.
macam funfair.
tengok patung gajah dan kuda laut tu..
warna pink..
idaman hati dalam diam.


kasihan.
encik bear yang comel ni dah gantung diri.



lepas tu kami ke Taman Jepun pulak.
rasa2 nya tak payah la bawak kereta.
kat sini ada disediakan bas shuttle yang comel.
dan free.
oh ye,
aku dan suami bernasib baik sebab pergi dan balik dapat duduk.
sebenarnya kami duduk di kerusi hadapan.
sebelah pemandu.
tak payah berebut.
puas hati
tapi bas ni turunkan pengunjung kat bawah je.
nak ke Taman Jepun tu kena guna kaki sendiri menapak ke atas.



Japanese Village.
ada rumah berkonsepkan Jepun
boleh jugak nak join Japanese Tea. tapi kena tambah RM la.
nak perasan Jepun lagi?
boleh jugak sewa kimono.
pun kena tambah RM jugak.



restoran Shushi n makanan ala Jepun



cash only ok.



kamu2 silalah berkunjung ke sini.
best.
oh.
hubby cakap ini adalah pre honeymoon.
maksudnye..
akan ada honeymoon n honeystar yang akan menyusul.
kan?
kan??
yes!!
angguk sendiri.

No comments:

Post a Comment

 

bisikan ai ke langit Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal